Grannies Kiosk Melawati Tawar Nasi Dagang Asli Terengganu, Port Sarapan Wajib Singgah
Peminat nasi dagang kawasan Selangor dan Kuala Lumpur pastinya cukup teruja apabila dapat rasainya setiap hari tanpa perlu ke Terengganu. Yup, di Kiosk Grannies yang kini telahpun dibuka di Restoran Sajian Mak Lang Melawati Kuala Lumpur.
Apa yang membuatkan Grannies terus mendapat perhatian ramai ialah keaslian resipi Pantai Timur yang masih dikekalkan hingga hari ini. Setiap hidangan dihasilkan dengan rasa autentik, penuh nostalgia dan cukup dekat dengan selera kampung.
Semuanya sedap dan ditawarkan pada harga cukup berpatutan.
Kena Cuba Nasi Dagang Grannies
Menu yang paling wajib dicuba mestilah nasi dagang yang menggunakan resepi bonda kepada pengasas jenama Grannies. Nasi dagang di sini ditawarkan samada menikmatinya bersama gulai ikan, gulai ayam mahupun gulai udang.
Rasa nasinya itu sendiri sudah enak apatah lagi dipadankan dengan gulai serta acar timun yang cukup rasa dan menyelerakan. Setiap set nasi dagang didatangkan dengan sebiji telur rebus.
Nasi minyak juga antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan Grannies. Pada kebiasaannya kita nikmatinya untuk hidangan tengahari tetapi di Grannies kita boleh merasainya ketika bersarapan.
Kiosk Biasa Menu Banyak Seperti Restoran
Walaupun hanya beroperasi sebagai kiosk, Grannies sudah mempunyai pengikutnya tersendiri. Malah, hidangan mereka juga pernah menjadi pilihan beberapa VIP dan selebriti terkenal seperti Sultan Pahang, Dato' Siti Nurhaliza, Neelofa, Aznil Nawawi dan ramai lagi.
Imi kerana kualiti masakan serta kepelbagaian menu terengganu yang konsisten menjadikan nama Grannies antara pilihan untuk katering dan juga juadah istimewa bagi sebarang keraian.
Aktiviti Menarik di Grannies Makan Makan Fest Vol.1
Saya telah dijemput ke Grannies Makan Makan Fest Vol.1 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei 2026. Namun saya berkesempatan menyertai pada hari kedua iaitu 2hb Mei hari Sabtu. Apa yang menarik selain daripada dapat menikmati hidangan Nasi Dagang saya juga sempat menyertai aktiviti DIY Nasi Dagang Platter bersama para blogger yang dijemput.
Aktiviti ini memberi peluang kepada blogger menghasilkan plating nasi dagang mengikut kreativiti masing-masing. Memang riuh rendah kerana dalam masa pendek yang diberikan, masing-masing cuba menghasilan plating yang terbaik.
Menawarkan Servis Katering Tanpa Minimum Order
Grannies juga menyediakan servis katering tanpa had sebarang minimun pembelian. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis seperti sambutan hari lahir, acara makan-makan di pejabat dan sebagainya bolehlah membuat tempahan terus ke Grannies.
Untuk ifo kisok Grannies di Melawati:-
📍 Restoran Sajian Mak Lang Melawati
🕖 Waktu operasi: 7 pagi – 12 tengah hari (dibuka setiap hari)
Teringin nasi dagang rasa autentik dari Terengganu, jangan lupa singgah kiosk Grannies di Melawati.
Untuk info, jenama Grannies mula dikenali sejak tahun 2018 menerusi tempahan dan kolaborasi bersama beberapa kafe di sekitar Lembah Klang. Antaranya seperti La/ Cucur KLCC dan juga Kueh Kafe. Selepas bertahun membina nama dan pengikut setia, akhirnya Grannies membuka kiosk pertama sendiri pada Febuari 2026.
Apa yang membuatkan Grannies terus mendapat perhatian ramai ialah keaslian resipi Pantai Timur yang masih dikekalkan hingga hari ini. Setiap hidangan dihasilkan dengan rasa autentik, penuh nostalgia dan cukup dekat dengan selera kampung.
Port Sarapan Pagi Hidangan Terengganu
Waktu operasi dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan ianya dibuka setiap hari. Grannies Kiosk Melawati menawarkan pelbagai menu hebat dari Terengganu seperti:-

- Nasi Dagang Ikan, ayam atau Udang
- Nasi Minyak
- Laksa Kuah Putih & Laksa Kuah Merah
- Nasi Lemak Sambal Ikan
- Pulut Lepa, Pulut Dakap dan Pulut Tapai
- Nasi Goreng Ikan
- Aneka kuih-muih tradisional
Di Grannies juga ada menawarkan biskut dan cenderamata yang boleh kita beli dan dijadikan buah tangan.
Kena Cuba Nasi Dagang Grannies
Menu yang paling wajib dicuba mestilah nasi dagang yang menggunakan resepi bonda kepada pengasas jenama Grannies. Nasi dagang di sini ditawarkan samada menikmatinya bersama gulai ikan, gulai ayam mahupun gulai udang.
Rasa nasinya itu sendiri sudah enak apatah lagi dipadankan dengan gulai serta acar timun yang cukup rasa dan menyelerakan. Setiap set nasi dagang didatangkan dengan sebiji telur rebus.
Nasi minyak juga antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan Grannies. Pada kebiasaannya kita nikmatinya untuk hidangan tengahari tetapi di Grannies kita boleh merasainya ketika bersarapan.
Kiosk Biasa Menu Banyak Seperti Restoran
Walaupun hanya beroperasi sebagai kiosk, Grannies sudah mempunyai pengikutnya tersendiri. Malah, hidangan mereka juga pernah menjadi pilihan beberapa VIP dan selebriti terkenal seperti Sultan Pahang, Dato' Siti Nurhaliza, Neelofa, Aznil Nawawi dan ramai lagi.
Imi kerana kualiti masakan serta kepelbagaian menu terengganu yang konsisten menjadikan nama Grannies antara pilihan untuk katering dan juga juadah istimewa bagi sebarang keraian.
Aktiviti Menarik di Grannies Makan Makan Fest Vol.1
Saya telah dijemput ke Grannies Makan Makan Fest Vol.1 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei 2026. Namun saya berkesempatan menyertai pada hari kedua iaitu 2hb Mei hari Sabtu. Apa yang menarik selain daripada dapat menikmati hidangan Nasi Dagang saya juga sempat menyertai aktiviti DIY Nasi Dagang Platter bersama para blogger yang dijemput.
Aktiviti ini memberi peluang kepada blogger menghasilkan plating nasi dagang mengikut kreativiti masing-masing. Memang riuh rendah kerana dalam masa pendek yang diberikan, masing-masing cuba menghasilan plating yang terbaik.
Menawarkan Servis Katering Tanpa Minimum Order
Grannies juga menyediakan servis katering tanpa had sebarang minimun pembelian. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis seperti sambutan hari lahir, acara makan-makan di pejabat dan sebagainya bolehlah membuat tempahan terus ke Grannies.
Untuk ifo kisok Grannies di Melawati:-
📍 Restoran Sajian Mak Lang Melawati
🕖 Waktu operasi: 7 pagi – 12 tengah hari (dibuka setiap hari)
Teringin nasi dagang rasa autentik dari Terengganu, jangan lupa singgah kiosk Grannies di Melawati.
Grannies Kiosk Melawati Tawar Nasi Dagang Asli Terengganu, Port Sarapan Wajib Singgah
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 07, 2026
Rating:
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 07, 2026
Rating:

No comments:
Sharing is caring...