D’Herbs Lancar Brandfilm Raya 2026 “Ya, Abah Saya Security” Yang Menyentuh Hati

D’Herbs Holdings melancarkan Brandfilm Raya 2026 bertajuk “Ya, Abah Saya Security”, sebuah karya penuh emosi yang diinspirasikan daripada kisah sebenar kehidupan usahawan terkenal tanah air, Dato’ Aliff Syukri bersama arwah ayahnya yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.


Brandfilm istimewa ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa malu dengan pekerjaan ayahnya. Namun seiring dengan peredaran masa dan kematangan hidup, beliau akhirnya menyedari bahawa di sebalik uniform sederhana seorang pengawal keselamatan, tersimpan pengorbanan besar seorang ayah yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan masa depan anak-anaknya lebih cerah.

Melalui penceritaan yang menyentuh hati, “Ya, Abah Saya Security” mengangkat tema kasih sayang keluarga, pengorbanan seorang ayah serta kepentingan menghargai ibu bapa. Mesej ini sangat dekat dengan kehidupan masyarakat, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang sering menjadi waktu terbaik untuk kita mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan. 


Menurut Dato’ Aliff Syukri, brandfilm ini dihasilkan sebagai tanda penghargaan terhadap arwah ayahnya yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.

“Bila kita kecil, kadang-kadang kita tak faham pengorbanan ibu bapa. Kita hanya fikir tentang diri sendiri. Tapi bila kita dewasa, barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan mereka. Kisah ini sangat dekat dengan hati saya, dan saya harap ia dapat menyentuh hati ramai orang di luar sana,” katanya. 


Tayangan perdana brandfilm tersebut telah berlangsung di GSC IOI Mall Damansara, dan turut dihadiri oleh rakan media, influencer serta tetamu jemputan khas yang bersama-sama menyaksikan karya penuh emosi ini.

Brandfilm Raya D’Herbs 2026 ini dihasilkan dengan kerjasama Terranego Media sebagai agensi media, manakala Tangerine Film bertindak sebagai syarikat produksi yang menerbitkan karya tersebut. 


Melalui penghasilan brandfilm ini, D’Herbs berharap mesej yang disampaikan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih menghargai ibu bapa serta insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.

Brandfilm “Ya, Abah Saya Security” akan dilancarkan kepada umum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui platform digital rasmi D’Herbs pada 12 Mac 2026
D’Herbs Lancar Brandfilm Raya 2026 “Ya, Abah Saya Security” Yang Menyentuh Hati Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 10, 2026 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.