Program Pelesenan Kedai Ayamas :-)


Sebagai peminat produk Ayamas, memang sangat mengalu-alukan pembukaan semula (setelah renovation) outletnya di Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua, KARA Holdings Sdn Bhd merupakan pengendali Kedai Ayamas dan juga anak syarikat Johor Corporation (JCORP). Dan pada hari ini telahpun mengumumkan pelancaran Program Perlesenan Kedai Ayamas. Ini adalah sebagai salah satu langkah bagi mengembangkan perniagaan Kedai Ayamas dan sekaligus menyokong pembangunan usahawan Malaysia dalam industri makanan dan minuman.

Oh ya! Untuk pengetahuan semua Kedai Ayamas merupakan kedai pertama di Malaysia yang memperkenalkan jualan ayam segar berstatus HALAL dan pelbagai produk berasaskan ayam di dalam suasana kedai moden dan selesa.

Sebagai sebuah jenama yang telah dikenali sejak 30 tahun yang lalu, Kedai Ayamas juga ada menyediakan perkhidmatan berkonsep makan di restoran dan bawa pulang (tapau) bagi membolehkan pelanggan untuk menikmati pelbagai jenis makanan enak keluaran mereka seperti ayam panggang Ayamas Roasters, produk sejuk-beku seperti nugget ayam, sosej, bebola ayam dan pelbagai lagi. Dan bagi saya sendiri untuk mendapatkan produk berasaskan ayam seperti sosej dan sebagainya, kita hanya perlu ke kedai Ayamas sahaja kerana ianya ditawarkan dalam satu bumbung. Sangat mudah!

Selaras dengan slogan mereka iaitu “More than just chicken”, Kedai Ayamas juga menawarkan makanan sedia-dimakan seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega, Nasi Kandar Ayam Masala, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai. Di samping itu, Kedai Ayamas juga turut menjual produk masakan seperti pasta, rempah-ratus dan herba, pelbagai produk rak dapur serta sos-sos, pemanis mulut dan juga minuman. Menarik bukan?

Sos Cili Ayamas ini antara feveret saya dan keluarga :-)

Kedai Ayamas Taman Tun Dr Ismail  merupakan salah satu daripada sembilan kedai di bawah Program Pelesenan Kedai Ayamas ini. Kedai-kedai lain adalah seperti Kedai Ayamas TTDI Jaya, Kedai Ayamas Melawati, Kedai Ayamas Bukit Baru, Kedai Ayamas Medan Gopeng, Kedai Ayamas Kota Damansara, Kedai Ayamas Seksyen 18 Shah Alam, Kedai Ayamas Bukit Jelutong dan KIOSK Kedai Ayamas Beserah di Kuantan.

Pengendali Kedai Ayamas iaitu KARA juga telah mensasarkan untuk membangunkan 20 buah kedai pemegang lesen baru pada 2019 dan 100 buah kedai pemegang lesen menjelang 2023. Buat masa ini, terdapat 49 kedai Kedai Ayamas di Malaysia yang terdiri daripada 40 kedai milik KARA dan 9 kedai oleh pemegang lesen.


Kenalkan sebahagian pihak pengurusan KARA Holdings dan juga wakil-wakil dari sembilan kedai di bawah Program Pelesenan Kedai Ayamas.

Bestkan! Macam-macam ada dijual di kedai Ayamas. So, korang jangan lupa terjah kedai Ayamas yang berdekatan :-)

Program Pelesenan Kedai Ayamas :-) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 25, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.