Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro® | Bubur Ikan Riang Ria

Sememangnya saya semakin bersemangat untuk menjadi ibu yang sentiasa menjadi yang terbaik buat anaknya setelah saya menghadiri Bengkel Sesi Penyayang Bersama Dugro® baru-baru ini. Berbekalkan dengan menu mudah untuk anak yang dikongsikan didalam "Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro® ", saya telah mencuba salah satu daripadanya. 


Resepi yang saya cuba ialah "Bubur Ikan Riang Ria". Masaknya sangat mudah dan ringkas. Paling penting rasanya sedap selain daripada bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan bubur ini memang berkhasiat.

 Bahan-bahan yang diperlukan:-
  • 1/4 cawan beras, dibersihkan dan ditoskan
  • 3 cawan stok ayam (saya rebus ayam dan ambil air patinya)
  • 1/4 cawan lobak merah didadu
  • 1/2 cawan brokoli yang dipotong kecil
  • 2 sudu besar isi jagung
  • 100g ikan dory, dipotong kecil

Kaedah:-

Masakkan beras bersama stok ayam dan saya tambah satu mangkuk kecil air lagi. Untuk menghasilkan bubur yang lebih lembut teksturnya.

Apabila sudah hampir masak, masukkan isi jagung dan brokoli.


Dan masukkan juga lobak merah dan ikan dori yang sedia  sudah dipotong.  Masak sehingga empuk, kemudian tutup api dapur.

Dah siap Bubur Ikan Riang Ria. Nampak ceria dengan warna-warni sayuran dan juga ada ikan sebagai sumber protein, selain daripada beras itu sendiri yang memberi zat karbohidrat. Sayuran boleh digantikan dengan jenis sayuran yang lain mengikuti citarasa anak masing-masing.

Reaksi Ameer ketika menikmati Bubur Ikan Riang Ria..

Sedap katanya. Sebagai ibu saya memang sentiasa mahukan yang terbaik buat Ameer. Jadi bagi memastikan Ameer mendapat pemakanan lengkap berkhasiat setiap hari, saya sentiasa sediakan bersama segelas susu Dugro® :-) Di mana pakar nutrisi turut menyarankan pengambilan susu 2 hingga 3 gelas setiap hari,

Anak gembira, 
Ibu teruja,
Hidangan istimewa,
Buat si manja :-)

Susu Dumex Dugro®  memberi LEBIH nutrisi kerana ianya mengandungi tinggi kandungan DHA, Omega 3, Omega 6, 15 vitamin serta mineral dan lcFOS (serat).

**Buat ibu-ibu jangan lupa dapatkan Dugro di pasaran hari ini tau. Ini kerana terdapat promosi pembelian dengan hadiah  2-in-1 Playmat + Storage Bag. Menarik tentang hadiah ini  ianya mempunyai pelbagai kegunaan dan boleh jadikan bahan untuk beraktiviti , antaranya seperti sesi bercerita secara interaktif bersama anak-anak.

Moga saya dapat sertai acara dan aktiviti yang dianjurkan oleh susu Dumex  Dugro® pada masa akan datang.

Keterangan lanjut boleh layari www.facebook.com/DumexDugro

Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro® | Bubur Ikan Riang Ria Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 02, 2018 Rating: 5

1 comment:

  1. anak2 sukakan menu makanan yang simple dan kita ibu2 wajib tahu makanan yang terbaik utk mereka

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.