Menangi hadiah bernilai RM200,000 dalam Balik Kampung Bersama Pensonic

Pensonic telah melancarkan Kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ dengan lebih banyak ganjaran-ganjaran hebat sebagai tanda terima kasih kepada para pengguna di atas sokongan mereka.

Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum ini mendapat sambutan hangat daripada pengguna-pengguna setia Pensonic. Terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas memasak bersama Chef Selebriti Dato Chef Haji (DCH) Ismail yang menyeronokkan, peraduan ‘Raya Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’. Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak    Bersama Pensonic’ Berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.

Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap hari Isnin, jam 6.00 petang bermula 30 April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu, ada 8 episod untuk kita kumpul dan jawab soalan dan peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 Jun 2018. Peserta hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah peraduan seperti di bawah:

1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
2. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
3. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.



PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB. Para peserta digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.

Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
2. TV LED 43" Pensonic
3. Pendingin Udara Pensonic4.
4. Ketuhar 45L Pensonic
5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic
6. Penyaman Udara

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.

Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!

Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, terdapat juga hadiah-hadiah mingguan. Paling penting kita dapat mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini. Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.

"Tujuan produk-produk Pensonic wujud adalah untuk para pengguna menikmati hidup dengan sepenuhnya dan membantu anda meluangkan masa dengan mereka yang tersayang, terutamanya keluarga anda. Tiada perkara yang lebih memuaskan hati daripada memasak hidangan-hidangan anda sendiri dan berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Oleh itu, kami berharap supaya anda mempunyai pengalaman yang menyeronokkan apabila anda memasak untuk mereka yang tersayang. Resipi-resipi DCH Ismail dalam rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic' dan Kelas-kelas Memasak 'Balik Kampung Bersama Pensonic', termasuk produk-produk Pensonic, tentu akan menjadikan pengalaman memasak satu perkara yang menyeronokkan", kata Pengarah Executive Kumpulan Pensonic, En.Nelson Chew.

Beliau menambah, "Tahun ini juga, kami bekerjasama dengan peniaga-peniaga untuk mengadakan ‘Kelas-kelas Memasak Secara Langsung’ (Live Cooking Classes) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Lokasi kelas-kelas memasak ini akan dipaparkan di Facebook Pensonic, oleh itu anda dipersilakan supaya mengikuti (follow) kami di Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi
terkini. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kelas memasak ini dapat membawa pulang hidangan lazat yang telah mereka sediakan dalam kelas memasak, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM450.00, termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!"


Pensonic, bersama-sama dengan DCH Ismail, inginkan rakyat Malaysia menikmati hidangan-hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah, meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Resipi-resipi dalam rancangan kami mudah disediakan, menggunakan bahan-bahan yang biasanya boleh didapati dalam kebanyakan ada di dapur rakyat Malaysia.

So korang jangan lupa sertai ya peraduan dari Pensonic Malaysia!

Menangi hadiah bernilai RM200,000 dalam Balik Kampung Bersama Pensonic Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 11, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. yes! kita pun nak join. dah set alarm dekat phone for 30 April ni. Tak dapat Nissan, dapat mesin basuh pun jadilah. HUHUHU

    ReplyDelete
  2. Wahhhh ! Nak kena tonton nie. Mula 30 april setiap isnin jam 6 petang yer ? Oky cantik, nak book masa jie utk spend masa tgok rancangan nie. Kot2 boleh menang ke nanti. Wahhhh !

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ros antara pengguna barangan elektrik Pensonic.. wahhh hadiah-hadiah yang ditawarkan menarik sungguh!ni yang buat rasa nak join jugak nanti ni :)

    ReplyDelete
  5. Since I going to buy a new rice cooker, why not buy pensonic brand. Who know I will win a big prize with Pensonic. Thanks for sharing this amazing contest. Will share with other kaki contest.

    ReplyDelete
  6. Woww... Hadiah nya tersangat lah menarik dan lumayan. Tapi tu lah. Kenapa start pukul 6... huhuhu... Memang tak sempatlah nak tengok. Tapi teringin juga nak join contest ni.

    ReplyDelete
  7. Waduhhh..lumayan sungguh hadiah-hadiah dia. Ni nak kena join jugak ni, mana tahu rezeki berpihak pada sis..owhh x leh nak bayangkan lah..hehehe

    ReplyDelete
  8. Dulu bila nak beli barang brand Pensonic rasa ragu-ragu tapi sekarang slowly brand ni semakin established dan diyakini.. Contest dia best sebab hadiah menarik. Nak join pon senang. Kalau ada masa nanti boleh la join. Thanks sharing

    ReplyDelete
  9. Wah syok nya kalau dapat menang.. good luck to all the participants... lumayan nya hadiah..

    ReplyDelete
  10. Waahh... hadiah champion ini besar banget ya
    Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!
    Semoga berjaya blogger Malaysia yang menang atau akun yang nulis ini yang menang hehee

    ReplyDelete
  11. I nak Nissan X trail Tu. Memang lumayan betul hadiah they all. Nak try juga....mana tau Ada luck.

    ReplyDelete
  12. Banyak banyak hadiah

    Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
    1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
    2. TV LED 43" Pensonic
    3. Pendingin Udara Pensonic4.
    4. Ketuhar 45L Pensonic
    5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic
    6. Penyaman Udara


    I nak menang Nissan X-TRAIL tu boleh tak... nak kereta baru la .. tapi tak nak beli nak menang.. senang nak bawa anak jalan jalan sana sini weee..

    ReplyDelete
  13. Akak Doakan ruby menang kereta ya. Ruby nak sangat sebuah kereta. Bleh balik kampung n tahun ni. Dah 3 tahun tak balik kampung beraya pada pg syawal. Jalan jem kereta tak sesuai join di Tol Gombak nun. Pensonic minimum RM 50 ruby InsyaAllah mampu. Hehe

    ReplyDelete
  14. Uwahhhh nak menang kereta juga.. Nissan X-Trail kot hahahahha Kena rajin buka tv3 pukul 6 petang la gamaknya.. selalunya kul 7, baru bua tv3 hahaha

    ReplyDelete
  15. Here comes the balik kampung campaign. Every year for sure will have and many excited faces can be seen especially when announcing the winner. Lolz...

    ReplyDelete
  16. Please Nissan Xtrail be mine!
    Ayue tak yah join ek sebab Ayue selalu bernasib baik. Hahaha.
    All the best Ayue.

    ReplyDelete
  17. Pergh banyak tu sis. Memang xleh lepaskan peluang ni. Mana tahu rezeki nak menang kan. Tq sis share

    ReplyDelete
  18. Nak join lah! Confirm.
    Hadiah sampingan pun best semuanya. Apa salahnua memcuba nasib. Untung-untung menang tv LED ke, mesin basuh ke, aircond ke, boleh AS letak kat homestay..Haha

    ReplyDelete
  19. Suka dengan usaha macam ni. Selain dapat bantu orang, dapat generate income jugak.

    ReplyDelete
  20. Wahhh menariknya tawaran ni. Hopefully Ika boleh la menang barangan pensonic. Semua barangan dia sangat berkualiti dari zaman dulu lagi.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.