Produk 3M Cavilon Produk Terbaik Melindungi Kulit Bayi dan Anak Kecil

Sebagai ibu saya sentiasa mahu memastikan anak saya sentiasa berada di dalam keadaan selesa. Ini adalah kerana apabila anak kita tidak selesa mereka akan meragam. Kesannya kita akan melalui kehidupan sebagai ibu setiap hari dalam keadaan stress.

Anak yang selesa bukan hanya bergantung kepada faktor kekenyangan, cukup tidur dan seronok bermain semata. Bahkan dirinya yang berada didalam keadaan sentiasa selesa memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan anak kita sentiasa berada di dalam mood yang baik. Contohnya seperti anak yang mempunyai masalah ruam atau kemerahan di bahagian punggung. Ini mungkin kulit anak itu agak sensitif dek kerana ibu atau penjaga lambat untuk menukar lampin pakai buangnya mengikut masa yang tertentu.

Sebenarnya terdapat banyak krim khas untuk mengelakkan ruam bayi ada jual di pasaran. Namun antara banyak-banyak produk ini ditawarkan, saya paling berminat dengan 3M Cavilon. Ini adalah kerana jenama produk ini sememangnya terkenal di seluruh dunia. Ianya dikatakan dapat menyerap cepat ke kulit dan tidak akan menganggu penyerapan air buangan besar/kecil di lampin bayi. 

Diformulasi dari ramuan yang unik dapat memberi kesembuhan (merawat) dan melindungi kulit daripada masalah kerengsaan, kemerahan dan melecet. 

3M Cavilon Durable Barrier Cream mampu kekal pada kulit sehingga tiga (3) kali pembersihan. Jadi kita tidak perlu mengaplikasi krim ini dengan kerap.

Ini adalah kerana setelah kita memakai krim 3M Cavilon ini, biarpun telah mencuci bahagian yang telah disapukan dengan krim itu berkali-kali. Namun krim itu masih kekal ada di kawasan yang kita sapu.

Buktinya seperti ini yang mana saya telah meletakkan satu krim jenama X di tangan kiri. Manakala di bahagian kanan saya sapukan dengan produk 3M Cavilon.



Saya rendam kedua belah tangan di kawasan air yang berlainan slotnya. Ini adalah untuk melihat sejauhmana krimnya bertahan kekal ada biarpun telah di cuci dengan air.

Beza diantara penggunaan produk X dan juga 3M Cavilon. Dengan jelas produk X sekali dibersihkan, ianya akan terus menghilangkan krim yang telah disapu. Manakala untuk produk 3M Cavilon, kita dapat lihat kesan minyak kekal ada. Ini sebagai bukti biarpun telah dicuci berkali-kali krim yang disapu masih kekal di situ. Nampak bagaimana ianya dapat memberi lebih penjimatan dan menguntungkan pengguna.

Saya memang menyapu krim ini di bahagian punggung Yana setiap pagi selepas mandi. Dan sehingga kini Yara tidak pernah menghadapi masalah kerengsaan atau ruam merah di kulitnya terutama di bahagian punggung.


Bahkan kehidupan Yara semakin bahagia setiap hari, ini adalah kerana beliau tidak pernah ada masalah tidak selesa disebabkan oleh penggunaan lampin yang lama.

Produk ini boleh didapati di farmasi, pasaraya dan juga platform membeli-belah seperti 11street, dan banyak lagi :-)

Jangan lupa untuk dapatkan satu krim 3M Cavilon buat anak/bayi kesayangan korang tau!

Produk 3M Cavilon Produk Terbaik Melindungi Kulit Bayi dan Anak Kecil Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 22, 2018 Rating: 5

18 comments:

  1. wah kemain bagus krim ni ek... anak-anak je boleh guna? orang tua?

    ReplyDelete
  2. Kalo ank kena ruam, mmg xkn selesa.. Nasibaik ada cream yg sesuai bg mengelakkn ruam.. Mak2 pn tk risau lg ank meragam

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba bila anak kena ruam nanti. Kesian bila kena menggaru2 dab meragam

    ReplyDelete
  4. Wahhh bagusnya krim nie. Kira dia agak waterproof lah nie. Mudahlah sbbnya budak2 nie byk bergerak n sering buat kotor. Jadi bila dibersihkan xde lah perlu utk apply lagi produk nie

    ReplyDelete
  5. Anak bila tukar Pampers jenama lain, mulalah alami ruam² merah. Nangis dia tak selesa. Bolehlah try juga produk ni.. nampak menarik.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga produk ni. Kalau diserang ruam lampin....anak-anak pun tak selesa dan mula buat hal. Kita pun tak senanng duduk kan. Marilah guna produk ni untuk prevent ruam lampin.

    ReplyDelete
  7. Jenama 3m ni mmg jenama yg dipercayai. Masa terlibat dgn kerja2 outdoor dulu pun bnyk guna produk 3M ni especially yg melibatkan signage. Tapi baru sekarang tau ada produk cream mcm ni.. bagus juga klu dptkan nnti ni. Thanks sharing info ni :)

    ReplyDelete
  8. 3M always produce the best products! I'll buy one for my kids and try it out, I always believe to protect first, red bumps are really painful for kids.

    ReplyDelete
  9. Boleh la SA suggest kat adik2 SA yg ada anak kecik..eh..ayu..bleh x kalau guna kat punggung orang tua yg melepuh sebab pakai pampers..kesian kat mak SA dah pakai macam-macam krim..tp x ok jugak..

    ReplyDelete
  10. Wah boleh beli untuk anak saya Adhwa.budak kalau pakai lampin lama memang x selesa dna mudah kena ruam. Boleh juga saya suggest pada adik saya sebab anak dia mudah kena ruam

    ReplyDelete
  11. Bagus la kak...dia berminyak tak lepas kena air kak? ataupun tak?

    Kiranya kalau ada ruam boleh la guna ye..tak kisah la budak ke dewasa kan?

    ReplyDelete
  12. B Agus la sbb pki sekali je..hilma x penah nak try pun yg ni sbb dah jumpa yg sesuai dgn anak..tp kandungan ingredients ok ke?

    ReplyDelete
  13. 3m Ni bukan ada juga produk lain yang sudoku cream tu ? Kalau ye i NAK cakap sudoku tu Alhamdulillah dengan izin Allah boleh bantu rawat ruam gatal, haritu Adelia ya ampun dok garu punggung dia merah gilos, sapu sudoku cream setakat ni dia heal lah... yang ni produk terbaru 3M ke nak kena cek di pasaran ni....

    ReplyDelete
  14. Bukan senang nak cari krim yang betul-betul sesuai dan berkesan untuk kulit bayi.. bolehlah Rose suggest krim ni kalau ada yang bertanya. Kesian kalau baby ada ruam...

    ReplyDelete
  15. bagus produk ni sesuai dengan kulit bayi kadang risau juga nak sapu apa dekat babytakut baby tak tahan lepas ni boleh beli yang ni pula

    ReplyDelete
  16. parent yg ada anak kecil mmg akan cari krim utk ruam ni. kadang2 kena pilih jugak kot2 tak sesuai dgn kulit. yg ni nampak mcm berkualiti

    ReplyDelete
  17. The result is so obvious whereby product x easy to wash off but 3M Lotion still stay and protect the skin. Is good that parents choose the best and safe products for kids.

    ReplyDelete
  18. Wow this brand is new to me and the results are impressive. I will check it out and wish to try it also.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.