Mandian dan Losyen Bayi Pilihan Saya Buat My yara

Bila ada anak kecil, kita memang cepat sensitif dan sifat ingin tahu yang tinggi terutama dari segi pemakanan dan penjagaan hariannya. Apatah pada hari ini, begitu banyak isu yang dikaitkan dengan penjagaan dan kebersihan anak dan persekitarannya.

Yara umurnya baru 3 bulan. Walaupun Yara tidak ada masalah dengan alergi, namun saya tetap memberikan yang terbaik terutama dari segi penjagaan kebersihan dirinya. Setiap kali saya membeli produk untuk beliau, saya pasti mengkaji dan membuat pemilihan dengan betul. Ini kerana kulit bayi adakalanya memang sensitif. Kandungan bahan adalah perkara paling utama perlu dititik-beratkan!

Saya telah mencuba produk PIGEON Purifying Body Wash dalam mandian my Yara. Produk yang berasal dari Jepun ini dirumus khas dari  mimic vernix dan ceramide yang berfungsi membersihkan kulit halus bayi tanpa menyebabkan sebarang iritasi. Untuk pengetahuan semua produk ini adalah bebas daripada Paraben, formaldehid, Alkohol dan mana-mana bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 



Biarpun mandian ini tidak menghasilkan buih yang banyak. Namun yang pastinya my Yara memang sentiasa seronok ketika menikmati waktu mandiannya. Bau sabun tidak keterlaluan sesuai dengan bau badan bayi yang sememangnya sudah mempunyai bau badannya sendiri. Apa yang lebih penting produk ini mampu mengekalkan lapisan perlindungan kulit dengan memastikan tahap pH yang seimbang. Ini kerana ianya telah diuji bagi memastikan penggunaan yang selamat pada semua jenis kulit terutama bayi.

Selepas mandi biasanya saya akan menyapu badan Yara dengan PIGEON New Born Pure Moisturizing Lotion . Seperti mandiannya, produk ini juga bebas daripada paraben, formaldehid, Alkohol atau bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Tekstur losyen ni tidak berminyak dan ianya cepat meresap dalam kulit. Saya cukup gemar membuat urutan bayi selepas mandian dan ternyata produk ini memang sesuai digunakan dalam urutan. Kerana ianya tidak melekit-lekit.

Menariknya losyen ini bukan sahaja mampu melembutkan kulit bahkan ianya dapat mengekalkan lapisan kulit sekaligus memberi perlindungan. Dengan tahap pH yang seimbang sememangnya produk ini telah diuji bagi memastikan penggunaan yang selamat pada semua jenis kulit.

Dan sebagai ibu memang saya rekomenkan produk ini buat penggunaan bayi-bati di luar sana. Selamat, membersih dan melindungi bayi kita :-)

Jangan lupa dapatkan produk Pigeon Pure di motherhood.com.my yup!!
Mandian dan Losyen Bayi Pilihan Saya Buat My yara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 08, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. Wahh. Pigeon dah keluarkan mandian dan lotion baby. Bestnyaa.
    ehhh jap. Mak-mak boleh pakai jugak kan? hehe.

    ReplyDelete
  2. lia- mak mak boleh jugak pakai....heheheh

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.