GLAMOROUS DEVOTION - Koleksi Terkini Zacheela Penuh Gaya




2016 bakal melabuhkan tirai namun bagi jenama fesyen Muslimah, Zacheela, keterujaannya baru bermula. Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 adalah pentas penuh warna bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.

Bertempat di Parkroyal Kuala Lumpur, Zacheela menampilkan lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah. Menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyester dengan perincian mutiara dan manik premium, koleksi eksklusif ini menyediakan 100 helai bagi setiap rekaan dan boleh didapati di butik Zacheela sahaja.

Lima koleksi tersebut antaranya seperti:;

1. Alessandra

Keunikan corak baroque pada koleksi ini melantangkan gaya mewah dan glamor dengan rona hitam. Signatur rekaan ini memberi kelainan kepada fashionista yang meminati penampilan mewah dan elegan sekaligus tampak yakin berfesyen.

2. Fiorella

Lukisan tangan dengan bermotifkan flora digunakan agar pemakainya tampak lebih manis dan ayu. Dua warna lembut iaitu ungu dan dusty green yang dilakar pada fabrik, menambahkan ciri kelembutan dalam koleksi ini. Bagi yang meminati gaya feminin dan romantis, Fiorella adalah pertaruhan terbaik anda.

3. Sophia
Dominasi cetak Moroccan yang classy ini sempurna digayakan ke pelbagai acara. Rona biru dan hijau lembut ini pasti memukau mata yang memandang.

4. Malena
Koleksi ini mengetengahkan rekaan corak abstrak yang sangat unik. Merah jambu yang merupakan signatur butik Zacheela diilham dalam koleksi ini bagi menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.


5. Bahira
Koleksi ini diinspirasikan daripada corak modern geometric, sebagai pilihan buat wanita yang inginkan gaya lantang. Kombinasi warna biru dan putih menyerlahkan sisi berani mencipta sensasi pada pemakai.

Istimewanya pada acara ini turut ditonjolkan ialah Blissful Blossom, keluaran eksklusif Zacheela. Limited edition couture ini kombinasi polos warna peach pink yang dihiasi dengan swarovski crystal dan mutiara premium. Ia direka khas buat wanita yang ingin tampil anggun dan mahukan kelainan di majlis istimewa mereka.

Koleksi wajib dimiliki yang terdiri daripada Kurung Plain, Kurung Printed, Blouse Skirt, Cardigan, Dress dan Blouse Pants ini menyasarkan golongan belia bekerjaya yang mementingkan penampilan diri yang unik dan elegan. Menyediakan saiz XS hingga XXL, harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga RM179 hingga RM299.

Blissful Blossom keluaran esklusif dari Zacheela

Istimewanya pada acara ini, Zacheela menampilkan aktres terkenal tanah air, Anzalna Nasir sebagai duta jenama eksklusif.

Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi yang juga Pengasas Zacheela, Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, koleksi yang ditampilkan banyak bermain dengan keberanian dalam membawa elemen inovatif dan trend terkini serta didatangkan dalam pelbagai warna. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar fesyen Muslimah.

“Kami berusaha hmenghasilkan sesuatu yang unik agar peminat sentiasa tergoda untuk memiliki koleksi kami. Bagi memenuhi kehendak pengikut fesyen, kami memperkenalkan koleksi baru pada setiap dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya acara pertunjukan fesyen Glamorous Devotion ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan jenama Zacheela di mata peminat fesyen tanah air.

“Acara seperti ini diharapkan dapat mengukuhkan jenama kami dan mampu membina kepercayaan para penggemar fesyen. Walaupun kami sedar begitu banyak butik yang menawarkan fesyen Muslimah di pasaran, Zacheela menerimanya sebagai satu persaingan sihat dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui servis dan kualiti.”


MENGENAI ZACHEELA SDN BHD

Ditubuhkan pada penghujung 2013, Tengku Shaheela Tengku Abd Malek memulakan perniagaan dalam talian dengan menumpukan kepada busana wanita. Perniagaan ini diusahakan kerana minatnya kepada dunia fesyen dan bisnes.

Dalam mengukuhkan lagi bisnes ini, suami kepada Tengku Shaheela Tengku Abd Malek iaitu Zarkiah Awang Latif yang juga Pengasas Bersama Zacheela sedia meninggalkan dunia kerjayanya dalam bidang minyak dan gas setahun yang lalu.

Mengetengahkan konsep Muslimah Modern Wear, Zacheela dengan tagline Beauty of Modesty sentiasa mahu menampilkan koleksi elegan namun melindungi aurat dengan sempurna. Lebih utama Zacheela amat menitikberatkan pemilihan fabrik berkualiti tinggi seiring dengan jahitan yang bermutu, selain mudah diurus. Setiap pakaian juga direka dengan mengambil kira aspek keselesaan ibu menyusu dan mesra wuduk. Paling utama setiap pakaian yang direka mengikut kesesuaian pelbagai situasi dan majlis

Setelah dua tahun beroperasi, Zacheela kini memiliki dua cawangan butik di KL dan Bangi, serta sebuah pejabat urusan di Bangi dengan kekuatan kakitangan seramai 16 orang.

Untuk lihat koleksi-koleksi menarik, boleh 'walk-in' ke:-

Butik Zacheela
GB07,
Keramat Mall
Jalan Datuk Keramat

Butik Zacheela
05-05- 02,
Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral,

BUTIK ZACHEELA
05-05- 02 JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A, BANGI SENTRAL
43650, BANGI, SELANGOR
54000 Kuala Lumpur 43650 Bangi, Selangor
No tel: 03-8912084

GLAMOROUS DEVOTION - Koleksi Terkini Zacheela Penuh Gaya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.