Courts Melancarkan Kempen Cepat Raya Memang Senang!

Ibarat berada di syurga membeli-belah, Courts Sri Damansara menawarkan pelbagai barangan perkakasan dari setiap sudut rumah dengan harga berpatutan dan mampu milik. Apatah lagi bersempena dengan kedatangan Hari raya tidak lama lagi, Courts telah melancarkan kempen "Cepat Raya, Memang Senang" yang mana 2 perkataan "Memang Senang"itu memberi inspirasi kepada pengunjung untuk mendapatkan segala barangan keperluan impian mereka dengan mudah terutama melalui pilihan pembayaran ansuran yang ditawarkan.

Untuk pengetahuan semua, Courts sememangnya antara pembekal terulung barangan perabot dan perkakasan elektrik rumah dari UK di Asia Tenggara. Mula bertapak di Malaysia pada tahun 1987 dan kini Courts telah mempunyai 64 cawangan termasuk Sabah dan Sarawak.
Courts menjanjikan...

  • Gerenti harga terendah 
  • 30 hari 'hassle-free', pertukaran dan pemulangan balik
  • Tempahan produk sehingga 14 hari
  • Penghantaran sepantas 5 jam untuk kawasan Lembah Klang
  • Lanjutan waranti sehingga 10 tahun
  • Kelulusan 100% Courts FLEXICREDIT untuk pembelian RM1000 ke atas

Courts Sri Damansara antara outlet yang memiliki keluasann lantai yang terbesar di Malaysia. Dengan susunan perletakan barangan yang kemas dan teratur serta  pendekatan dengan cara penyusunan yang lebih kreatif menjadikan ruang berbelanja di Courts Sri Damansara lebih menarik. Untuk pengetahuan semua, setiap kategori barangan dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna sekaligus memudahkan pengunjung Courts membuat carian dan perbandingan.

Contohnya seperti :-
Hitam - Perabot (sofa dan sebagainya)
Biru turqoise - Cool Plus Zone (air cond, kipas dll)
Ungu - Teknologi & Digital (HP, laptop, kamera, dron , pencetak dll)
Biru - Audio & Visual (televisyen dll)
Hijau - Perkakasan Rumah
Biru terang - Bedding (tilam dan katil)

Berbalik kepada  kempen "Cepat Raya, Memang Senang" yang mana Courts membawakan Lisa Surihani dan Harith Iskandar sebagai jurucakap kempen bagi mewar-warkan promosi hebat yang sedang dijalankan.

Jom tonton video kempen Courts di bawah :=)

Menarik bukan :=)

Memandangkan hanya beberapa hari sahaja lagi kita nak beraya, jadi kita memang kena buat perancangan yang terbaik dalam berbelanja. Pilihan saya untuk mencuci mata sambil berbelanja barangan keperluan rumah tentulah di Courts Sri Damansara!!

Melangkah ke ruang digital & audio, saya sudah tertarik dengan konsep SAMSUNG Smart Home yang diperkenalkan. Dunia serba canggih berinovasi ini memang benar-benar memikat hati apatah lagi memiliki pelbagai peralatan canggih di rumah sendiri.

Ke semua produk yang dijual di Courts adalah yang original. Jenama gadget terkini seperti Samsung, Apple dan banyak lagi yang ada di pasaran turut ada dijual di Courts Sri Damansara. Dan kelebihannya jika kita datang membeli di sini, kita boleh dapatkan dengan hanya membuat bayaran ansuran bulanan.
Pelbagai model dari variasi jenama yang kita boleh pilih, mengikut bajet yang kita ada.
     
Selain itu terdapat juga aksesori seperti 'keyboard', pen dirive, kad memori, tetikus dan banyak lagi ada dijual di sini.

Drone!!!!!

Balance wheel!!

Di satu sudut turut disediakan ruang untuk pengunjung Courts menguji sendiri permainan drone.

Bahagian audio dan visual yangmenempatkan pelbagai jenis model dari pelbagai jenama televisyen yang terkemuka.





Bahagian perkakasan rumah yang memenuhi keperluan seisi keluarga. Saya benar-benar teruja bila berada di sini. Ini kerana saya tercari-cari perkakasan dapur seperti mixer dan oven untuk projek membakar biskut raya. Dengan pelbagai pilihan jenama dan harga membolehkan saya membuat perbandingan mengikut bajet yang telah saya peruntukkan.


Harga yang ditawarkan memang berbaloi. Ini kerana Courts mengamalkan konsep "Kami membeli banyak, anda jimat banyak!"..


Peminat kopi, mesti teruja habis bila melihat 'çoffee maker' dekat sini :=)

Selain itu terdapat juga pebagai barang keperluan rumah yang lain.

Mesin basuh yang terkini...Boleh tambah sahaja pakaian ketika ianya sedang beroperasi.

Di bahagian Cool Plus Zone menawarkan pelbagai jenis kipas  dan penyejuk hawa dingin.

Penghawa dingin yang jenis mobile. Diletakkan dibahagian bawah dan boleh dialihkan di mana sahaja mengikut sudut yang kita mahukan.

Hampagas yang sangat diperlukan terutama dalam kerja-kerja pembersihan. Jadi kita boleh pilih mengikut pilihan jenis hampagas yang kita inginkan.

Untuk rumah lebih cantik dan  menarik. Mungkin kita juga perlukan beberapa pengubahsuaian didalam rumah agak tampil kelainan dan kelihatan lebih 'segar'. Ada bajet lebih, kita boleh tukarkan sofa lama ke sofa baru!

Di Courts Sri Damansara menawarkan 3 jenis rekaan sofa:-
1. Moden
2. Tradisional
3. Kontemporari


Kita juga boleh membuat tempahan sofa mengikut rekaan dan saiz yang kita kehendaki (customize sofa). Hanya pilih jenis rekaan sofa yang dikehendaki serta fabrik yang hendak digunakan.
Pelbagai jenis rekaan fabrik dan juga warna.

Untuk rekaan sofa yang lebih esklusif, kita boleh dapatkan sofa dari Celebrity Designer, Laurence Llewelyn-Bowen.

Di Courts juga menyediakan aksesori tambahan dalam mendekorasi rumah. Ini bagi memudahkan pelanggan membuat perancangan dalam mendekorasi ruang rumah mereka dengan menggunakan konsep "mix and match".

Tilam dan katil antara yang produk yang popular dari Courts. Ini kerana Courts antara peruncit terbesar yang menyediakan 16 jenis jenama tilam terkemuka di dunia.
Paling menarik perhatian saya adalah tilam dari jenama Vono. Memang sedap benar apabila berbaring di atasnya.

Terdapat juga...........

Alas kusyen, tikar sembahyang...

Bantal hiasan..

Perabot serbaguna..

Meja makan pelbagai rekaan...

Saya membeli kotak penyimpanan ini ya! Harganya RM69 sahaja. Memang murah, bayangkan saya telah jimat RM147 :p

Memang berada di sini tidak terasa cepatnya berlalu masa. Dengan pelbagai barangan yang membuatkan kita menjadi rambang mata. Paling penting harga yang ditawarkan dengan kualiti produk adalah seiring. 

Cepat Raya Memang Senang!

Jom ke Courts hari ini ...

#MemangSenang
#CourtsMY

Courts Melancarkan Kempen Cepat Raya Memang Senang! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 30, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.