Kesegaran dan keharuman berpanjangan, Bersama Comfort Ultra, Pelembut Fabrik yang Istimewa

Hai u olss…

Pasti masih segar di ingatan korang semua pasal kerjasama Ariani dan Comfort baru-baru ini. Ariani tu merupakan antara jenama fesyen tudung terulung kat Malaysia ni, sebut pasal Ariani je semua orang mesti tau. Sekarang, Ariani bekerjasama dengan Comfort untuk memberikan para pelanggan satu pengalaman yang lebih indah. Ye la, inilah yang orang kata revolusi penjagaan tudung. Bila tudung2 Ariani ditambah dengan keharuman Comfort, kita semua akan jadi #segaryakin sentiasa. (Entry sebelum ini: http://ayuarjuna.blogspot.com/2015/04/bergaya-yakin-dengan-ariani-kesegaran.html)

Bagi seorang yang berkerjaya dan berkeluarga macam saya, selain daripada pergi kerja dan aktiviti harian di rumah. Saya juga seorang yang suka berjalan, merasai pelbagai jenis makanan di merata tempat dan pelbagai lagi.
Dan cuba bayangkan jika saya datang makan di gerai terbuka seperti ini, yang menjual masakan kuey teow memang terbaik rasanya. Masakan yang dimasak mengeluarkan asap yang mempunyai aroma tumis yang begitu ketara.

Pasti melekat bau masakan di tudung yang kita guna :)
Tapi saya ceria dan cool sahaja.

Sebagai seorang seorang wanita yang berhijab penuh sepanjang berada di luar rumah, bila dikelilingi dengan pelbagai bau yang kurang menyenangkan seperti bau masakan, asap kereta dan sebagainya, pasti akan memberi kesan ketidakselesaan kepada saya.

Tapi kenapa saya apabila berhadapan dengan segala masalah bau itu, saya tetap kekal ceria dan selesa.

Sebenarnya ramai yang mungkin ambil remeh tentang bau, namun sebenarnya ia amat penting. Haruman membuat kita terasa lebih segar dan yakin untuk menghadapi hari yang mendatang. Tambah-tambah lagi apabila bau itu datang daripada makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh.

Tapi, saya menggunakan pelembuk fabrik pekat Comfort Ultra dari Unilever dalam semua cucian tudung! Sebab tu saya rasa #segaryakin selalu.

Mudah sahaja cara penggunaannya...
Hanya letak separuh penutup pelembut pekat Comfort Ultra.
Masukkan ke dalam air bersih.
Rendam seketika tudung yang telah dipakai seharian. Menggunakan Comfort Ultra, anda tidak perlu merendam lama. Kemudian angkat dan sidaikan di jemuran dan tunggu sehingga kering.

Baunya, cukup segar dan sangat harum! Nescaya uolls juga akan perasan yang pelembut fabrik pekat Comfort Ultra mampu memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 14 hari walaupun dengan hanya separuh penutup botol. Paling penting Comfort Ultra mampu melindungi tudung kita daripada bau yang tidak menyenangkan: bau makanan, pencemaran, asap rokok, peluh dan bau hapak.
Muka ceria bersama anak tercinta dengan tudung yang dicuci bersama Pelembut fabrik pekat Comfort Ultra :p

Baru-baru ini, Comfort telah membuat pengumuman tentang kerjasama mereka bersama Ariani, jenama tudung terkemuka di negara kita. Ini merupakan kerjasama yang dinanti-nantikan, terutama untuk penggemar Ariani dan Comfort seperti saya.

Ada promosi istimewa buat semua pelanggan-pelanggan Ariani ya. Yang mana setiap pelanggan akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani juga akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepad pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.

Kita juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila kita membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my. Menarik bukan?

Sebagai memeterai kerjasama Ariani dan Comfort dalam usaha menjadikan kita #segaryakin senantiasa, mereka menghasilkan video ini untuk tontonan semua.

Jangan lupa saksikan: https://goo.gl/OI7UG4
Jom cuci tudung kita dengan Pelembut fabrik pekat Comfort Ultra dan jangan lupa dapatkan promosi sementara masa masih ada. Memang terbaik!

Kesegaran dan keharuman berpanjangan, Bersama Comfort Ultra, Pelembut Fabrik yang Istimewa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 15, 2015 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.