Anda Punyai Bakat dan Berminat Berlakon, Jom Sertai "SELUDUP"

Sinopsis
Amran (Pekin Ibrahim) seorang nelayan dan usahawan muda berjaya di perkampungan nelayan Teluk Permata mempunyai seorang adik bernama Jai (Syafie Naswip). Hidup Amran gembira apabila Jai mendapat tempat di kolej dan kebetulanYasmin(Tiq Zaqyah) kekasih lamanya pulang ke kampung untuk berkerja sebagai jururawat di klinik desa dan memulakan hubungan baru dengan Amran. Amran mendapat tahu sebuah geng penyeludupan sedang melakukan operasi menyeludup di kampung itu dengan mengupah nelayan untuk menyeludup arak , rokok haram dan juga manusia. Amran ingin melaporkan kepada pihak berkuasa tetapi Tam(Namron)mengugut untuk mengganggu keluarga Amran. Bagaimanakah Amran, Yasmin akan menyelamatkan Teluk Permata dari gejala penyeludupan ini? Apaakh cabaran yang terpaksa mereka tempuhi. Bagaimana kesudahannya. Untuk mengetahui jawapannya, anda kena saksikanya sendiri :)
Antara barisan pelakon utama SELUDUP -Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah Zak, Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Turut dalam gambar Jehan Miskin selaku pengarah untuk siri SELUDUP.

Tidak dinafikan masyarakat hari ini mulai sedar dan peka tentang isu perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak. Walaupun jika kita lihat perbezaan harga yang ketara jika dibandingkan dengan barangan tulen/original namun dari segi kualiti dan impaknya kepada masyarakat memang ketara terutama bila ianya membabitkan pendapatan, kualiti hidup masyarakat dan keselamatan.  



Turut memberi ulasan tentang siri TV SELUDUP ini ialah Pengurus Saluran Astro Prima Namanzee Haris,  

Kami gembira berkerjasama dengan Jehan Miskin yang bukan asing buat kami . Seludup mempunyai jalan cerita yang menarik dengan mesej sosial yang kuat dan barisan pelakon terkenal yang akan menarik minat penonton kami. Dengan lebih aktiviti mendekati penonton dan promosi di media sosial, kami yakin Seludup akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton"

Siri TV kerjasana Astro Prima dan Mastermind Group Sdn Bhd ini akan menayangkan13 episod pada hujung tahun 2014 dan akan memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini.

Ok, nak umumkan satu BERITA BAIK pada uolls...
Kalau uolls memang berminat..
Ada bakat...
Nak jadi sebahagian dari siri TV SELUDUP...
Apa kata, uolls sertai pencarian pelakon dalam siri SELUDUP :)
Caranya mudah sahaja...



KLIK http://bit.ly/Seludup dan ikutilah EMPAT LANGKAH yang mudah (seperti diatas) untuk menyertai uji bakat. 

Bukan sahaja anda akan berjaya mendapat watak dalam siri SELUDUP bahkan anda juga berpeluang menjadi pemenang-pemenang HADIAH LUMAYAN yang bernilai sebanyak RM15,000

Contoh video yang telah berjaya diuploadkan salah satu peserta untuk menyertai ujibakat SELUDUP

Seee...mudah kan :)

Untuk lihat semua penyertaan peserta boleh jengah disini ya :) https://www.facebook.com/Seludup/app_349313058487732

Youtube - http://www.youtube.com/user/SELUDUP
Facebook - https://www.facebook.com/Seludup
Instagram - http://instagram.com/seludup 
Uji Bakat - Bit.ly/Seludup

Jangan lepaskan peluang ini uollssssssssss


Anda Punyai Bakat dan Berminat Berlakon, Jom Sertai "SELUDUP" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 07, 2014 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.