Amani di Finale Cartoonville MamiBaby Expo MV

Jangan tanya kenapa saya tak hapdet semalam ya...
Waaaaaaaaaaaaaaaaaa... Sebenarnya dari minggu lepas hidup saya sangat BZ...
Dan semalam saya terpaksa amik EL :p
Banyak program dan aktiviti anak-anak yang perlu dilangsaikan...

**************************************************************
Balik pada tajuk story---citer pasal Amani yang beria berlatih catwalk kat umah...
Bila tiba acara event, Amani sangat OK..
Walaupun dalam keadaan mengantuk! Kul 2.30pm baru start mana tak menguap budak tu.
See my princess... Alalalala, comey dah bergaya cam puteri raja Denmark, tapi tang menguap mulut dibuka seluas-luas (menurun dari dedet) tak leh nak cover-cover dah. Sib baek tak menangis nak susu dan sebagainya...
Lepas tu crazy lak menyapu lip ice kat bibir. So ni secara jujurnya ajaran mak die yang bertuah. Sebab nak bagi Amani tidak meragam kita kena umpan dengan benda-benda yang die suka. Amani selain makanan die memang suke menyapu bibir die dengan pelembap bibir, hehehehe.
Ni antara feveret peserta saya. Sebab "Diandian" (tak sure nama anak ke mak) memang sangat sporting. Comey ko dengan pemerah pipi yang bernyala, lepas tu rajin lak "Diandian" ni melambai-lambai tangan kat audien. Maknyer lak buat main-main cam citer Pinocchio... Siyes suker tengok :)
Anak kacukan yang sangat comey. Agak moody pada mulanya. Mana idaknya kul 2.30 tengahari, mak pak pun ngantuk sebenarnya.
Bini Captain Hook in da house, heheheheh... Simple tapi still cute...
Abby as "Tinkerbell"... Tengok muncung abby teringat kat Anniesa anak Lely (kawan FB)... Cam leh lawan muncung paling panjang, hahahahahha... Abby ni sangat cute dalam beraksi...

Banyak lagi...
Malas nak inter-frame semua dalam blog daku ni...
So... Kita forward terus ke gambar Amani...
Ni masa nak kena jawab soalan atas pentas. Punya tak senonohlah dedet merakamkan gambar... Kot ya nak candid biarlah mak die tengok kamera, ceh!
Ekceli Amani kan masa hari tu, die memang posing tak de perasaan. Nak kata senyum peramah -NO, Nak kata menangis guling2- NO, Nak kata tak nak buat atau mengamuk sakan - NO.
Tapikan dia catwalk ala-ala puteri raja yang angkuh, hahahahhaha. Cam tak heran kat orang lain...
Lepas tu sesi bergambar ramai-ramai. Ada 15 orang peserta akhir semuanya...
Cam biasa Amani, die berposing tanpa perasaan...
Dan ini adalah pememang-pemenang utama :)
Clap clap clap...
Saya suka juga aksi Juara (indian boy). Memang lucu dan sangat sporting, maknya pun hebat dalam menjawanb soalan. Dan "Diandian" si Pinocchio yang comey no.2 (u deserve it!). Cuma no.3 yang pakai baju ala-ala Peter Pan ramai juga yang mempertikaikan kemenangan beliau. Mungkin sebab anaknya begitu tidak sporting, menangis tak nak beraksi, mak nyer juga agak kelam-kabut (rasanya tak mejawab soalan), tapi mungkin BONUS point lebih kepada pemakaian ibu dan anak. Walaupun dalam hati saya lebih setuju "adik Superman", "Abby" dan "Batman versi pomfuan" dipilih menjadi pemenang. Apapun keputusan hakim adalah muktamad dan saya tak kisah tak pun. Hahahahaha!
Ni bukan hadiah saya dapat. Susu pregnant ni bukan untuk saya ya, No No No. Saya daftar jadi ahli ibu mengandung (sebenarnya tidak) dan dapatlah susu S26. Ni pun sebab adik saya yang preggy tu suruh. Nak tambah koleksi susu lettew.
Ini lah hadiah hamper yang kunun RM150. Saya rasa dia salah taiplah bukan RM150 tapi 50 hengget. Plus saya akan dapat 3 bulan langganan percuma majalah MamyBaby.

Walaupun my Amani kalah saya tetap positif. Sah-sah memang menanam (berkebun) niat untuk target conso je. So dapatler conso, hik hik. Itupun saya tak kuar modal sangat. Bayangkan baju dan kebanyakan aksesori ditaja oleh auntie Yumie Lufya (siyes, rasa terharu bila ada member yang kita tak pernah jumpa tapi sangat berkawan baik di FB menawarkan baju2 anaknya). Cuma kasut tu saya beli---lip lap, ni kalau jalan gi pasar malam mesti orang ingat Amani kaki jangok terlampau. Kalau ikut plan saya nak beli heels untuk Amani, tapi memikirkan kemungkinan kemelecetan bakal berlaku sebab Amani ni jalan jenis berlari so awal2 dah lupakan niat itu. So Amani, mummy tetap berbangga dengan mu, kerana " keberanian dan percaya dengan kebolehan diri apabila berada di pentas"

Amani di Finale Cartoonville MamiBaby Expo MV Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 15, 2012 Rating: 5

6 comments:

  1. Wahhh cantiknyaa Amani..macam tuan puteri..kak Ayu biarpun conso,itu sdh ckup bagi pngalaman berharga untuk si cilik kita berada di atas pentas dan Yumie banyak kali mng conso dlm cntest baby ni..Akhirnya Amani merasmikan baju Rapunzel ni..Lufya tk pakai pun lagi sbb baju ni terlalu besar dgn Lufya..dan baju ni mahal sikit tau RM200! costume pling mahal yg Yumie beli utk anak.,bangga Amani muat untuk mengayakannya..Cantik sesgt!

    ReplyDelete
  2. BARU NAK TANYA MANA DAPAT BAJU YG CANTIK MCM NIE? RUPAYA YUMIE PUNYA :)

    ReplyDelete
  3. cantiknye amani.. baru nak tanya baju beli mane....

    ReplyDelete
  4. amani sgt comel:) siyes mcm princess :) :) good job utk mami amani gak :)

    ReplyDelete
  5. Kak Ila : baju ni Yumie kirim kat kawan beli kat Singapore.takde pun baju ni kat Malaysia.

    ReplyDelete
  6. @yumielufya,

    thanks pinjamkn baju utk amani :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.