Dugaan dan Cabaran...

Semalam petang my officemate dah kecoh2 pasal penutupan nursery iium educare cawangan PJ bermula hari ni sampailah Khamis minggu depan. Adoihai :( Kesnya dah ada 4 baby positif kena penyakit berjangkit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Kalau fikir positif, daripada anak kita terjangkit penyakit ini baiklah cepat2 kita hindarinya. Seminggu tu beb! Dahlah hari ni (Khamis) saya kena jaga exam (2 jam), esok petang kul 3 paper saya lak. Sah2 bila paper kita payah sikit nak cuti ke apa. Lepas exam kena marking dan biasanya diberikan 10 hari siap marking + key in the results. La ni tak tahu camana, boleh ke join centralized marking since Amani dan Afiq akan ikut saya ke hulu hilir.

Tu belum cite mak saya kena operation hari Jumaat ni (esok), mungkin kena warded sampai 5 hari di HKL. Encik hubby pulak nak kena out station (sekarang ni uruskan visa dan segalanya), my Yana hari2 kena amik die kul 5 petang sebab dia wakil sekolah netball (nw lawan)... dan lagi 2 minggu Anaqi dan Yana akan menempuhi Peperiksaan Akhir Tahun!

Nampak cam DUGAAN saja tapi saya lebih suke dengan perkataan CABARAN :) buat saya. Hari ni pertama sekali saya amik cuti (EL). Pagi settlekan anak2 lepas tu mak call suh uruskan GL (guarantee letter), dep head dan CC sms (pasal exam, invigilating dll)... Saya OK jer.

Tapi siyeslah saya failed jadi suri rumahtangga... Banyak kerja deh! Pening kepala ngan dua beradik nie!
Pagi2 dah minta makan brownies cake, nasi lemak dan mengada tak nak nestum.
Lepas makan comot sana-sini. Lepas tu tumpahkan air milo kat bawah meja....... Eeeeeeee geramlah ngan Amani ni. Bawa kuar, die punya excited sebab tak gi sekolah terus lari sana-sinun. Masuk kedai sepeluk dia amik Mr Potato... + beli air kotak lagi. Belanja kat kedai jer pagi ni dah dekat RM10 (barang bukan2, huhu)Afiq lak duk layan I-pad tak berhenti. Suh makan susah betol!

Rasa nak gi shopping jer untuk ilang stress, boleh ke cam tu? Hehehe.

Dugaan dan Cabaran... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 29, 2011 Rating: 5

5 comments:

  1. heheh amani cam rayyan la suka sepah.. kalau ak tumpah air tak sah... nasib baik sekarang blh umpan dgn ipad...
    pst..surirumah memang penat. saya lagi suka dok opis

    ReplyDelete
  2. geram kan? aerish pn g2... x mo mkn.. dok la pgg ipad tuh... angry birdnyer hal al.. hu3

    ReplyDelete
  3. bwk p shopping...senyap la kot...hehehe

    ReplyDelete
  4. i know u can handle it :) cute amani wpun comot hehhehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.