Tidak seperti ekspo automotif biasa, MALF 2025 adalah festival tempatan yang meraikan identiti Malaysia di pentas serantau dengan pelbagai persembahan budaya tradisional mewakili semua etnik utama di Malaysia.
Antara tarikannya termasuk demonstrasi drift, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan.
Antara tarikannya termasuk demonstrasi drift, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan.
Namun, kemeriahan tidak terhenti hidup yang penuh dengan di litar sahaja. Edisi tahun ini menyediakan pelbagai citarasa makanan di bazaar, menampilkan suasana hebat dan gaya hidup yang penuh dengan keceriaan.
Penonton juga akan terpesona dengan barisan persembahan budaya tradisional yang dinamik dan persembahan dram yang memukau, meraikan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia — termasuk tarian etnik pribumi Borneo dan persembahan etnik dari seluruh negeri.
Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini.sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,jelas Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur
Tidak dinafikan MALF 2025 semakin mendapat perhatian meluas di peringkat serantau, dengan penyertaan yang memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan
Indonesia. Pertambahan penyertaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai asalah satu perhimpunan gaya hidup otomotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.
MALF 2025 adalah festival untuk keluarga yang bukan sahaja aktiviti dunia kelajuan (pemotoran) bahkan ianya juga menampilkan produk tempatan, fesyen, dan pelbagai pilihan vendor makanan dan minuman. Kita juga boleh menyertai Auto Icons Show, Festival Motosikal dan Larian Kopi.
Ikuti @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk info terkini, sorotan jelajah menarik dan maklumat lengkap festival.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...