Domino’s Malaysia Perkenalkan Pizza Puff Baharu Serendah RM9.90

Pernah tak tiba-tiba rasa lapar, tapi gaji masih belum masuk? Nak berjimat, tetapi dalam masa yang sama tetap mahukan makanan yang mengenyangkan dan berbaloi. 


Situasi ini semakin biasa dialami oleh ramai rakyat Malaysia. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pengguna kini lebih bijak berbelanja. Mereka bukan sekadar mencari makanan yang murah, tetapi juga hidangan yang mengenyangkan, sedap dan memberikan nilai terbaik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. 

Menyedari perubahan gaya hidup ini, Domino’s Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharu mereka iaitu Pizza Puff – pilihan baharu yang praktikal untuk dinikmati secara individu pada bila-bila masa.

Pizza Puff – Pizza Dalam Bentuk Baharu
Berbeza daripada pizza tradisional, Pizza Puff hadir dalam bentuk separuh bulat dengan kulit pastri yang rangup keemasan. Rekaan tertutup ini membantu mengekalkan kepanasan serta inti yang melimpah, menjadikan setiap gigitan lebih memuaskan. 


Ia cukup mudah dinikmati ketika waktu rehat makan tengah hari, selepas kelas, di antara mesyuarat, mahupun ketika dalam perjalanan pulang. Dengan harga hanya RM9.90, Pizza Puff menawarkan pengalaman menikmati pizza yang lebih mudah, mengenyangkan dan mesra poket. 


Menurut Ringo Joannes, Region Chief Executive Officer Domino’s Malaysia, Singapore & Cambodia, pelanggan hari ini masih menginginkan hidangan yang memuaskan walaupun perlu berjimat.

“Semua orang berhak menikmati hidangan yang mampu memuaskan keinginan tanpa membebankan bajet. Itulah inspirasi di sebalik Pizza Puff – satu hidangan kompak yang penuh dengan rasa kegemaran pelanggan, sesuai dinikmati secara individu pada bila-bila masa.”

Tiga Pilihan Perisa Pizza Puff
Domino’s Pizza Puff didatangkan dengan tiga pilihan perisa yang sesuai untuk pelbagai cita rasa.

1. Loaded Beef 

Bagi peminat daging, Loaded Beef menggabungkan daging kisar, beef pepperoni, sos BBQ berasap serta keju mozzarella yang cair dan melimpah.

2. Loaded Chicken 

Loaded Chicken pula menampilkan gabungan chicken potpourri sausage, chicken pepperoni, sos pizza tomato dan keju mozzarella yang memberikan rasa klasik Domino’s.

3. Loaded Cheese 

Jika anda seorang pencinta keju, Loaded Cheese pastinya pilihan terbaik. Inti keju cair yang melimpah dipadankan bersama keju mozzarella dan sos pizza tomato menghasilkan rasa yang cukup memuaskan.

Hanya RM9.90 – Berbaloi & Mengenyangkan
Dengan harga serendah RM9.90 untuk setiap perisa, Pizza Puff menjadi pilihan ideal untuk mereka yang makan bersendirian atau sekadar ingin menikmati snek yang lebih mengenyangkan.

Sama ada untuk makan tengah hari, minum petang atau menghilangkan rasa lapar pada bila-bila masa, Pizza Puff membuktikan bahawa anda tidak semestinya perlu membeli pizza bersaiz besar untuk menikmati rasa pizza kegemaran.

Kini Di Semua Cawangan Domino’s Malaysia 

Pizza Puff kini ditawarkan untuk tempoh terhad di semua cawangan Domino’s Malaysia. Ia boleh didapati melalui:
  • Dine-in 
  • Takeaway 
  • Delivery 
Pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui laman web Domino’s Malaysia, aplikasi Domino’s atau terus di mana-mana cawangan Domino’s berhampiran.

Jika anda sedang mencari hidangan yang sedap, mudah dibawa dan berbaloi dengan harga mampu milik, Pizza Puff RM9.90 ini sememangnya wajib dicuba!

1 comment:

  1. Domino’s Malaysia introducing the new Pizza Puff at an affordable price of RM9.90 is an interesting move to attract more customers looking for quick and budget-friendly options. It shows how brands continue to innovate with new menu items while keeping pricing accessible. Such launches often create excitement and help maintain customer engagement in a competitive food market. In a similar way, creative industries like logo digitizing services also rely on innovation and precision to deliver appealing results that capture attention and meet evolving customer expectations across different platforms and business needs.

    ReplyDelete

Sharing is caring...