Mengangkat Kisah Pemakaian Susuk
Berbeza dengan filem genre seram tempatan lain yang pernah berada di pasaran sebelum ini, TEMBUNI BERDARAH mengangkat isu pemakaian susuk dalam dunia estetika kecantikan serta perbezaan idelogi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik sebagai jalan pintas untuk berjaya.
Apa yang boleh saya katakan, filem TEMBUNI BERDARAH ini memang mempunyai ‘vibes’ sepertimana kedua-dua filem seram arahan saya itu. Cuma, strukturnya sedikit berbeza kerana saya cuba mengangkat dua perbezaan idelogi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik.
Mengapa saya lakukan ini, kerana filem ini berkisar dengan suasana dan keadaan yang berlaku hari ini, apatah lagi bila ia mengaitkan tentang dunia estetika kecantikan. Kalau kita perhatikan, zaman ini ramai orang yang memilih dunia estetika kecantikan untuk merawat diri, menaga penampilan untuk nampak cantik serta awet muda.
Oleh kerana jangkamasa menonton semakin menipis di kalangan peminat filem, saya juga cuba kurangkan elemen drama melalui dialog yang banyak untuk memberikan lebih banyak rasa kejutan filem di kalangan penonton.
Filem seram Melayu memang tidak lari dari saka. Berbeza dengan filem seram Indonesia yang lebih cenderung menampilkan hantu kuntilanak sebagai subjek utamaMalam Gala dan Sidang Media TEMBUNI BERDARAH di GSC MyTown Cheras. Idham juga mengakui turut berpuas hati dengan komitmen yang ditonjolkan kesemua barisan pelakon
filem ini dalam menjayakan watak masing-masing.
Namun, sebagai teraju utama, saya memberikan cabaran yang lebih berat buat Sophia Albarakbah untuk membawakan ‘akting kotor’ agar dapat menampilkan dirinya dengan sisi lakonan yang lebih berbeza.Ternyata dia benar-benar menyahut cabaran saya untuk keluar dari zon selesanya apabila sanggup bermain dengan darah, menjayakan babak di kubur pada waktu malam daripada tacantik semata-mata dengan lakonannya.
Satu lagi yang orang mungkin tidak tahu, Sophia Albarakbah memang seorang pelajar perubatan dan pernah bekerja di hospital. Jadi, kita akan nampak bahawa dia tidak kekok untuk bermain dengan jarum serta alat perubatan lain atau berbicara dengan pesakit,
TEMBUNI BERDARAH menjalani penggambaran selama 20 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dan sewaktu bulan Ramadan pada tahun ini.
Filem TEMBUNI BERDARAH arahan Dr Ahmad Idham ini bakal ditayangkan seluruh pawagam tanahair pada 25 September 2025 ini.
Sinopsis
Dr Izara (Sophia Albarakbah) mempunyai cita-cita untuk mengembangkan bisnes produk kecantikannya, namun dia percaya tiada jalan pintas untuk berjaya dan setiap individu haruslah berusaha serta bekerja keras demi mencapai cita-cita dan impian mereka.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...