Wisma kami bukan sekadar tempat belajar kemahiran kecantikan atau bengkel jangka pendek, malah kami menyediakan laluan pendidikan lebih jauh melalui Program Peningkatan untuk Individu Dewasa Bekerja Tanpa Sijil iaitu Diploma Profesional TVET melalui Program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL).Is.(Dr) Teacher Mass
Latihan kemahiran yang diperkenalkan telah mendapat pengiktirafan kelayakan profesional bagi mereka yang berpengalaman melalui kaedah Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL). Ini sekaligus memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan diploma atau sijil bidang kecantikan tanpa perlu bermula dari asas.
Kursus TVET Kecantikan di Promasterskill Academy
Antara kursus TVET Kecantikan yang ditawarkan di Promasterskill Academy seperti:-
- Diploma in Aesthetics Management
- Diploma in Makeup Artistry Management
- Diploma in Spa & Wellness Management
- Diploma in Hair & Scalp Therapy
- Diploma in Reflexology Management
- Diploma in Creative Hairdressing Management
- Diploma in Pedicure & Manicure Management
Saya juga berpeluang mempelajari cara membuat lip scrub menggunakan bahan-bahan organik dari Is.(Dr) Teacher Mass. Rupanya tidaklah sukar mana untuk hasilkan lip scrub terbaik. Apa yang penting sukatan bahan yang digunakan perlulah tepat. Begitu juga kita perlu tahu kandungan bahan yang digunakan samada ianya selamat, halal dan tidak memberi kesan kepada pengguna.
Sekiranya anda berminat untuk mendalami bidang kecantikan secara profesional. Bolehlah daftarkan diri untuk sertai mana-mana kursus TVET kecantikan yang ditawarkan oleh Promasterskill Academy. Semua lapisan masyarakat boleh menyertainya terutama buat mereka yang ingin mengembangkan kerjaya dalam bidang kecantikan. Jangan risau, program TVET kecantikan dari akademi semuanya mendapat pengiktirafan kerajaan.
Oh ya! Promasterskill Academy juga membuka peluang pada mereka yang berminat untuk merasai sendiri servis rawatan kecantikan pada harga istimewa bermula dengan 3 jenis rawatan dengan hanya RM100.
Jika berminat dan ingin mendapat keterangan lanjut boleh hubungi di talian 03-90815439 / 011-2982132 / 014-2247484 atau email kepada promasterskillglobal@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...