“Di Huggies, kami bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi kami juga mendengar dengan teliti,” kata Leong Wei Li, Pengurus Jenama Kanan Huggies Malaysia. “Setiap penambahbaikan yang kami lakukan bermula daripada perbualan bersama ibu bapa. Kami mendengar tentang cabaran mengimbangi pelbagai tanggungjawab, akan setiap kejayaan kecil dan saat-saat kepenatan. Setiap detik itu penting, sama ada bayi terjaga kerana lampin penuh atau sesi menukar lampin menjadi cabaran kerana saiz tidak sesuai. Inilah realiti harian yang mengilhamkan rekaan Huggies Airsoft Pants baharu, dan teknologi Super AiryZone™ serta 360 Cloudsoft™ adalah jawapan kami kepada keperluan tersebut. Lampin ini direka untuk memastikan bayi kekal selesa dan kering sepanjang hari, supaya ibu bapa boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati momen ringan dan menggembirakan bersama si manja, tanpa perlu terlalu risau.”
Apabila kanak-kanak kecil semakin aktif dan banyak bergerak, pemilihan lampin yang sesuai bukan lagi sekadar keperluan asas, ia memberi kesan secara langsung terhadap keselesaan dan keceriaan mereka. Dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap, haba yang terperangkap serta tekstur yang tidak selesa boleh menyebabkan ketidakselesaan, keresahan, serta mengganggu waktu bermain dan rehat. Teknologi Super AiryZone™ berfungsi sebagai zon pengudaraan di bahagian hadapan, belakang dan tengah lampin, memberikan 10X lebih aliran udara* dan membantu mencegah ketidakselesaan. Sementara itu, 360 cloudsoft™ menampilkan lapisan luar Airsoft Pants yang diperbuat daripada gentian ultra-halus 1.2 denier menjadikan lampin 150% lebih lembut1, umpama sentuhan selembut awan.
Diuji, Dibuktikan, dan Digemari oleh Keluarga Sebenar
Sewaktu acara pelancaran, ibu bapa berpeluang melihat sendiri keberkesanan produk apabila anak-anak kecil mereka merangkak melalui Terowong Super AiryZone™ dan bermain dengan gembira di Kolam Bola Cloudsoft™. Hasilnya? Kanak-kanak menjadi ceria dan aktif, serta ibu bapa berpuas hati dan rasa senang hati juga!
Seiring dengan pelancaran Huggies Airsoft Pants terbaharu, promosi eksklusif menarik ditawarkan sempena “Huggies Payday Sale” di TikTok. Promosi ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2025, di mana baucar diskaun bernilai RM100 boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM330 di kedai rasmi Huggies di TikTok. Tawaran ini adalah dalam kuantiti terhad dan berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.
Take it breezy, baby – bersama Huggies.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...