Kempen ini menyerlahkan komitmen guardian Malaysia sebagai kurator utama dalam memilih jenama, produk dan solusi terbaik untuk penjagaan kesihatan rambut ANDA. Jenama-jenama terpilih merangkumi tiga kategori utama: ‘Rambut Cantik & Rawatan’, ‘Anti-Kelemumur, Penjagaan Kulit Kepala & Anti-Rambut Gugur’, serta ‘Warna & Gaya Rambut’. Di samping itu, produk-produk seperti KORDEL’s dan BIO-LIFE juga menyokong kesihatan dalaman secara menyeluruh – menekankan pentingnya penjagaan dari dalam sebagai asas kepada rambut yang sihat dan bersinar.
“Kami di guardian Malaysia ingin membantu anda Serlahkan Kecantikanmu melalui penjagaan rambut yang menyeluruh – dari akar dan kulit kepala hinggalah ke hujung rambut, termasuk ekspresi warna yang mencerminkan keperibadian anda,” jelas Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.
Dengan rangkaian jenama berkualiti tinggi, guardian Malaysia adalah destinasi sehenti untuk semua keperluan penjagaan rambut. Pemilihan produk kami menekankan aspek kesihatan rambut, selaras dengan prinsip jenama kami, ‘Nurturing MY Wellbeing’. Nilai ini dizahirkan secara kreatif menerusi nama kempen yang catchy, Hairppiness, gabungan perkataan ‘hair’ dan ‘happiness’.
RAMBUT BERMAYA, ANDA CERIA
“Hairppiness, yang menjadi kata kunci kempen kami bulan ini, bermula dengan pengetahuan yang tepat, sokongan yang tepat dan penjagaan yang tepat,” sambung Anna
HAIRPPINESS DI 1UTAMA: 4 HINGGA 8 JUN 2025
Kempen Hairppiness oleh guardian Malaysia bermula secara rasmi hari ini dengan acara atrium di pusat beli-belah 1Utama, dan akan berlangsung sehingga hujung minggu ini (8 Jun). Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli MYguardian Rewards akan menikmati pelbagai ganjaran menarik, termasuk:
2x mata ganjaran untuk produk terpilih
Diskaun tambahan 5% untuk SEMUA pembelian, sebagai tambahan kepada promosi di seluruh negara
Pengering rambut Philips PERCUMA untuk 60 ahli MYguardian Rewards pertama yang berbelanja sebanyak RM120 di atrium (Tertakluk kepada terma dan syarat)
Dapatkan nasihat peribadi daripada pakar perunding mengenai sebarang masalah atau keperluan rambut anda!
Untuk menambahkan kemeriahan, acara atrium ini turut menampilkan program Hairppiness Indulgence dimana pengunjung boleh menebus gelato percuma, mencuba aktiviti Wind Chamber’s Hair-raising Excitement, dan berpeluang memenangi Hadiah Kejutan Bertuah dengan setiap pembelian di atrium!
“Bila rambut anda terasa hebat, anda bebas menjadi diri sendiri dan melakukan apa sahaja,” kata Anna mengakhiri.
Bagi memastikan ANDA di luar sana mendapat manfaat sepenuhnya daripada pilihan penjagaan rambut terbaik, kempen Hairppiness akan berlangsung sehingga 1 Julai 2025 di semua stor guardian Malaysia serta stor dalam talian di www.guardian.com.my. Pelbagai promosi terpilih dan hadiah dengan pembelian (GWP) turut ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, khas untuk ANDA, ANDA dan ANDA di seluruh negara!
Temui Hairppiness anda bersama guardian!
Terima kasih atas perkongsian info yang sangat menarik dan menyeluruh mengenai kempen Hairppiness oleh Guardian! Suka sangat cara penulis menyampaikan maklumat dengan penuh semangat dan positif. 🌟 Saya tertarik dengan pendekatan holistik penjagaan rambut dari dalam dan luar—satu usaha yang sangat bijak! Boleh saya tahu, antara semua jenama yang diketengahkan, yang mana satu paling mendapat sambutan setakat ini?
ReplyDeletePsoriatic arthritis