Siri Pembelajaran Sosial Emosi Dari Evergreen Edupress Dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Siri Pembelajaran Sosial Emosi Dari Evergreen Edupress Dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025 |
Satu pencapaian yang cukup membanggakan, Evergreen Edupress PLT, anak syarikat milik penuh Little Caliphs® International Sdn. Bhd. telah mewakili Malaysia di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025. Ini bersempena pengiktirafan negara sebagai Country of Honour. 


Jemputan ini telah disampaikan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perbadanan Kota Buku, mencerminkan pengaruh Malaysia yang semakin menyerlah dalam landskap penerbitan global.

Evergreen Edupress sememangnya cukup terkenal dengan sumbangan inovatif dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pengarahnya, Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin figura yang cukup herpengalaman dan sentiasa berpandangan jauh dalam dunia pendidikan Malaysia.

Evergreen Edupress Mencuri Perhatian
Melalui pesta buku ini, Evergreen Edupress 
mencuri tumpuan dengan pelancaran antarabangsa Siri Pembelajaran Sosial Emosi (SEL) terbaharu mereka. 


Pelancaran ini menjadi bukti komitmen jenama tersebut dalam membentuk generasi kanak-kanak secara holistik dan bersedia untuk masa hadapan melalui kandungan pendidikan berteraskan nilai-nilai  murni. 

Penulisan Terbaru
Siri baharu ini ditulis oleh Nur Jannah Nur Iskandar, yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Kandungan siri ini  dibangunkan dengan teliti agar selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2026. 


Ia menyediakan bahan pembelajaran yang menarik untuk memperkukuh Pembelajaran Sosial Emosi dan Pembinaan Sahsiah yang  juga merupakan dua elemen utama dalam perkembangan awal kanak-kanak. 

Bagi meraikan pelancaran tersebut, satu sesi penceritaan khas oleh Nur Jannah turut diadakan dan berjaya memikat hati para pengunjung. Sesi ini bukan sahaja menyerlahkan warisan penceritaan Malaysia, malah menonjolkan kepimpinan pemikiran negara dalam pembangunan pendidikan.

Simbolik Pencapaian
Penyertaan di pentas antarabangsa ini bukan sekadar meraikan pencapaian sastera Malaysia, malah merupakan detik bersejarah bagi Evergreen Edupress dalam menyampaikan kandungan pendidikan yang berimpak dan sejajar dengan kurikulum kepada khalayak global. 


Syabas Evergreen Edupress moga konsisten menjadi penerbitan terbaik dan terus sukses membawa nama Malaysia ke seluruh dunia.

HUAWEI MATEPAD PRO 12.2" (2025) NOW AVAILABLE IN MALAYSIA


Huawei Malaysia officially launched the all-new HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025), now available nationwide both online and in-store, marking a bold new chapter in mobile computing. This next-generation flagship tablet brings the power of a PC, the creativity of a sketchpad, and the convenience of a lightweight companion into one seamless device. Designed with modern professionals, creators, and entrepreneurs in mind, the HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) is poised to become the go-to tool for an increasingly flexible and fast-moving world of work. 


As remote work, travel, and hybrid roles become the norm, the demand for intelligent, all-in-one devices has grown exponentially. The HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) rises to that challenge, offering a comprehensive productivity suite wrapped in a sleek 5.5mm-thin body that weighs just 512g. Whether you're responding to emails during a flight, reviewing proposals over coffee, or building decks while waiting for a meeting to start, the tablet offers the performance and polish of a full-featured workstation, no laptop required.

At the core of this productivity powerhouse is the new HUAWEI Glide Keyboard, reimagined with a stylus-charging slot to ensure the HUAWEI M-Pencil (3rd Gen) is always on hand, fully powered, and ready to go. Built to support both traditional typing and freeform creativity, the keyboard transforms the tablet into a flexible command centre that adapts to your workflow, from writing briefs and annotating PDFs to presenting ideas on-site. Its stain-resistant finish also makes it practical for real-world environments, whether you're in the boardroom or at a co-working café.

Unlike other tablets that offer limited mobile office tools, the HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) delivers a full PC-level WPS Office experience, offering a near-identical interface to its desktop counterpart. Users can work across tabs, access advanced formatting, and switch between slides, spreadsheets, and docs effortlessly. It even supports full Microsoft 365 compatibility, streamlining collaboration across devices and platforms.

Creative users and note-takers alike will appreciate HUAWEI Notes, enhanced with Al handwriting enhancement to transform handwritten text into neater, more legible notes-perfect for meeting recaps and brainstorming sessions. When paired with GoPaint, designers and artists can access pro-level brushes, layering tools, and frame-by-frame animation, turning the tablet into a full digital canvas. All of this is experienced on Huawei's Tandem OLED PaperMatte Display, which now offers 2.8K resolution, ultra-smooth 144Hz refresh rate, and peak brightness of up to 2,000 nits. This means every stroke, colour gradient, and data point appears crisp and vibrant, even under bright sunlight or in dimly lit

Beneath its elegant exterior lies serious power. The HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) features a newly optimised thermal system that improves performance by up to 30%, making multitasking faster and smoother. The 10,100 mAh battery offers full-day endurance and can be rapidly recharged in just 55 minutes, ideal for professionals who don't have time to pause. Whether you're juggling multiple apps, hosting virtual calls, or editing high-res media files, the tablet is built to handle it all without compromise.



The HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) priced at RM3,599 is now available via the HUAWEI Experience Stores, the HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on azada, and the HUAWEI Official TikTok Shop. Get yours today and claim your exclusive free gifts wort TUA Soundsy, auding tere USE M.Pencil (Brd Gen), HUAWEI MouSe, HUAWEI Backpack

For more information, latest updates, or promotions about Huawei, please visit the HUAWEI Offi absite, the HUAWEI Official Facebook page, or Instagram

Konsert We 4U2C ubati rindu peminat, sejarah baharu bakal tercipta 15 Septembe

Peminat 4U2C pastinya teruja dengan berita konsert yang bakal dianjurkan. Sebuah konsert yang dinanti bagi mengubati rindu peminat, Konsert WE 4U2C ini bakal berlansung pada 15 September depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor.


Setelah hanpir tiga dekad tidak membuat persembahan di pentas besar, konsert yang diberi nama WE 4U2C adalah platform terbaik buat kumpulan ini kembali membuat comeback' bagi mengubati kerinduan peminat.

Kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia pada tahun 90-an dahulu kini kembali dengan tenaga baharu sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan keunikan persembahan mereka secara langsung. 


Mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bakal menggamit memori indah gaya dekad 90-an sewaktu nama 4U2C sedang meningkat naik.

Menurut anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, konsert yang dianjurkan kali ini tercetus hasil daripada idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida dan menganggap tawaran daripada pihak Juss Event Sdn. Bhd. tiba tepat pada masanya.

Malah AC serta ahli kumpulan lain berjanji akan melakukan persembahan yang terbaik demi peminat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti.“Konsert ini sudah menjadi salah satu impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya sendiri dan kemudian pihak Juss Event menawarkan tawaran untuk kumpulan 4U2C adakan konsert kami sendiri.
Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan, saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat.
Saya dan ahli kumpulan lain janji akan memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti.
Bukan mahu mencipta sejarah, sebaliknya objektif kumpulan ini adalah untuk menjadi trendsetter buat penyanyi mahupun kumpulan muzik lain.

Jelas AC, Malaysia mempunyai ramai penyanyi berbakat dan berkualiti, jadi konsert 4U2C ini akan menjadi momen untuk membuktikan perkara tersebut. 
Kami bukan nak cipta sejarah baharu, sebaliknya objektif kami adalah untuk jadi trendsetter dengan kembalikan sejarah dahulu.Inilah peluang untuk kami comeback, bukan untuk terus berada dalam pasaran cuma nak tunjuk yang kami boleh jadi
trendsetter.
Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari, jadi untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama. 
Kita nak tunjuk dalam Malaysia ini sebenarnya memang ada artis yang berkualiti dan bukan sekadar menyanyi semata-mata namun boleh menghiburkan
Sementara itu, AC memberitahu kumpulan 4U2C juga akan melancarkan tiga buah single baharu untuk tahun ini. 


Malah, AC berkata, lagu-lagu yang dikeluarkan akan menampilkan sisi baharu kumpulan itu yang seiring dengan peredaran zaman.“Memang kita akan lancarkan tiga lagu baharu iaitu satu genre balada manakala lagi dua lagu yang rancak mengikut peredaran muzik masa kini.

Kami mahu tunjuk sisi baharu kami buat pendengar zaman sekarang. Lagu ini juga saya harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu 4U2C buat persembahan nanti,

Bukan sekadar sebuah persembahan muzik, konsert WE 4U2C ini juga dilihat sebagai sau penghargaan kepada legasi yang ditinggalkan mereka dalam landskap muzik di Malaysia.
.
Selain AC, 4U2C mempunyai enam ahli lain iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

Dengan gubahan yang lebih segar, visual moden dan penceritaan perjalanan seni mereka, konsert ini dijangka menjadi satu lagi fenomena yang bakal tercipta.

Sementara itu, komposer terkenal iaitu Aubrey Suwito bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsert WE 4U2C dengan dibantu barisanpemuzik profesional dan berpengalaman dalam industri.

Aubrey memulakan perjalanan muziknya pada usia 6 tahun dan telah banyak bekerjasama dengan ramai artis ternama, hasilnya dia berjaya meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam industri muzik.

Konsert WE 4U2C yang dianjurkan oleh Juss Event Sdn. Bhd. ini mendapat kepercayaan serta tajaan daripada syarikat Millennium Group.

Manakala syarikat Giant Malaysia merupakan rakan kongsi bagi pengaktifan runcit serta Uncle Jack sebagai rakan rasmi bagi makanan dan minuman.

Selain itu, konsert ini turut menerima sokongan daripada stesen radio Era, Sinar, Gegar dan Mix sebagai rakan radio rasmi, manakala Astro Gempak sebagai rakan kongsi media digital rasmi bagi membantu mempromosikan acara ini kepada khalayak.Harga tiket WE 4U2C ini bermula daripada RM155 (Berpisah Jangan), RM355,Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona) bagi tingkat bawah. 


Manakala harga tiket bagi tingkat atas pula, RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite) Tikeytersebut akan mula dijual pada 30 Jun ini, melalui platform Ticket Empire dan Fantopia.

Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket awal kerana permintaan konsert ini dijangka mendapat sambutan yang sangat tinggi.

Malah selain pembayaran melalui perbankan dalam talian, peminat juga boleh membeli tiket dengan kaedah ‘beli dahulu bayar kemudian’, menerusi Atome, Pay Later by Grab dan Shopee Pay Later.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Juss , manakala bagi perkembangan semasa mengenai konsert boleh lawati media sosial Juss.Events di aplikasi Instagram, Facebook dan TikTok.

Manakala untuk perkembangan bagi kumpulan 4U2C boleh lawati media sosial  kumpulan ini di Instagram dan TikTok.


Memperkenalkan Cloud 9 CrispyKrunch yang Baharu

Apabila anda rasa tidak ada “mood” atau muram, Cloud 9 menaikkan semangatmu dengan sentuhan terbaharunya yang mantap! Cloud 9 CrispyKrunch yang serba baharu kini dilancarkan untuk membawa para peminat snek menikmati pengalaman penuh keriangan, ibarat belon udara panas yang mengangkat semangat anda ke langit. Penuh dengan tekstur yang rangup dan rasa yang memikat, Cloud 9 CrispyKrunch ialah pilihan sempurna untuk menceriakan hari anda pada bila-bila masa, mana-mana sahaja.


Direka khas untuk generasi baharu penggemar snek yang mendambakan sajian bertekstur pelbagai, setiap Cloud 9 CrispyKrunch yang kaya dan memuaskan anda, ia juga lembut serta berkrim di bahagian luar, dengan kejutan rangup di dalamnya. Tersedia dalam dua varian penuh rasa, setiap Pretzel CrispyKrunch dan Hazelnut CrispyKrunch menampilkan inti mousse coklat yang lazat, dilapisi dengan Pretzel rangup, Biskut, atau Kacang Hazel, semuanya dibalut kemas dalam lapisan coklat yang halus.


Cloud 9 CrispyKrunch merupakan gabungan sempurna antara Pretzel Rangup, Biskut, atau Kacang Hazel, yakni memberikan pengalaman tekstur yang seimbang, memuaskan serta memikat selera. Sama ada dinikmati sebagai snek ringan atau untuk menaikkan semangat sepanjang hari, CrispyKrunch ialah pilihan coklat yang ideal untuk anda.



Cloud 9 CrispyKrunch – Dilancarkan Kini!
Bermula Jun ini, Cloud 9 CrispyKrunch yang baharu akan tersedia di seluruh negara menerusi rangkaian pasar raya dan pasar raya besar utama. Ia ditawarkan pada harga pengguna yang disyorkan (RCP) iaitu RM8.90 untuk pek pelbagai 12g x 12 unit dan RM2.60 bagi bar tunggal 32g. Coklat ini sesuai untuk dinikmati secara individu atau dikongsi – mencipta momen manis yang menggembirakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jack ‘n Jill's (https://urc.com.my/) atau
ikuti Jack ‘n Jill di Instagram (https://www.instagram.com/JacknJill_MY/) dan Facebook
(https://www.facebook.com/JacknJillMY) untuk maklumat terkini.

Huggies AirSoft Pants BAHARU: Lembut dan Kebolehnafasan untuk Bayi, Ibu Bapa Senang Hati

HUGGIES meraikan 100 keluarga di Malaysia dengan hari yang penuh keriangan di taman permainan tertutup baru-baru ini, bagi memperkenalkan inovasi terbaharu dalam produk lampinnya yang direka khas untuk menangani cabaran ibu bapa. Huggies Airsoft Pants yang kini diperbaharui, dilengkapi dengan teknologi Super AiryZone™ dan 360 Cloudsoft™, diuji dalam persekitaran sebenar di mana gabungan keselesaan dan kebebasan bergerak amat diutamakan. Lampin ini bukan sahaja menawarkan penyerapan, kelembutan dan keselesaan, malah turut menyokong si kecil bermainan tanpa gangguan dan kurang meragam, memudahkan ibu bapa menjaga anak mereka ketika bermain, meneroka dan membesar.


HUGGIES memahami bahawa setiap detik dalam dunia keibubapaan memerlukan keseimbangan yang halus. Saat seorang ibu memberi suapan pertama bayinya, dia juga bersedia untuk mengelap tumpahan pertamanya. Ketika seorang bapa tersenyum bangga melihat langkah pertama anaknya, dia juga tahu akan ada jatuhan pertama. Di sebalik keriuhan yang menggembirakan ini, satu perkara seharusnya tidak menjadi beban: memastikan bayi sentiasa selesa. Di sinilah Huggies Airsoft Pants yang baharu dan diperbaharui memainkan peranan pentingnya, direka khas untuk menjadikan setiap detik lebih mudah dan menyenangkan, buat bayi dan ibu bapa.


“Di Huggies, kami bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi kami juga mendengar dengan teliti,” kata Leong Wei Li, Pengurus Jenama Kanan Huggies Malaysia. “Setiap penambahbaikan yang kami lakukan bermula daripada perbualan bersama ibu bapa. Kami mendengar tentang cabaran mengimbangi pelbagai tanggungjawab, akan setiap kejayaan kecil dan saat-saat kepenatan. Setiap detik itu penting, sama ada bayi terjaga kerana lampin penuh atau sesi menukar lampin menjadi cabaran kerana saiz tidak sesuai. Inilah realiti harian yang mengilhamkan rekaan Huggies Airsoft Pants baharu, dan teknologi Super AiryZone™ serta 360 Cloudsoft™ adalah jawapan kami kepada keperluan tersebut. Lampin ini direka untuk memastikan bayi kekal selesa dan kering sepanjang hari, supaya ibu bapa boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati momen ringan dan menggembirakan bersama si manja, tanpa perlu terlalu risau.”

Apabila kanak-kanak kecil semakin aktif dan banyak bergerak, pemilihan lampin yang sesuai bukan lagi sekadar keperluan asas, ia memberi kesan secara langsung terhadap keselesaan dan keceriaan mereka. Dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap, haba yang terperangkap serta tekstur yang tidak selesa boleh menyebabkan ketidakselesaan, keresahan, serta mengganggu waktu bermain dan rehat. Teknologi Super AiryZone™ berfungsi sebagai zon pengudaraan di bahagian hadapan, belakang dan tengah lampin, memberikan 10X lebih aliran udara* dan membantu mencegah ketidakselesaan. Sementara itu, 360 cloudsoft™ menampilkan lapisan luar Airsoft Pants yang diperbuat daripada gentian ultra-halus 1.2 denier menjadikan lampin 150% lebih lembut1, umpama sentuhan selembut awan.

Diuji, Dibuktikan, dan Digemari oleh Keluarga Sebenar
Sewaktu acara pelancaran, ibu bapa berpeluang melihat sendiri keberkesanan produk apabila anak-anak kecil mereka merangkak melalui Terowong Super AiryZone™ dan bermain dengan gembira di Kolam Bola Cloudsoft™. Hasilnya? Kanak-kanak menjadi ceria dan aktif, serta ibu bapa berpuas hati dan rasa senang hati juga!


Take It Breezy, Baby! Huggies Airsoft Pants terbaharu kini boleh didapati dalam empat saiz mengikut tumbesaran anak: M, L, XL dan XXL di pasar raya besar, pasar raya utama, serta secara dalam talian di seluruh negara.

Seiring dengan pelancaran Huggies Airsoft Pants terbaharu, promosi eksklusif menarik ditawarkan sempena “Huggies Payday Sale” di TikTok. Promosi ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2025, di mana baucar diskaun bernilai RM100 boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM330 di kedai rasmi Huggies di TikTok. Tawaran ini adalah dalam kuantiti terhad dan berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.

Take it breezy, baby – bersama Huggies.

LAST CHANCE TO PRE-ORDER THE HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” (2025)

Looking to start the second half of the year on a high note, whether you're refreshing your tech setup or streamlining your remote workflow, now is your final chance to pre-order the all-new HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) before it officially hits stores on 28 June 2025. Designed to deliver next-level portability and PC-like power, this flagship tablet is built to keep up with the fast-paced, hybrid lifestyles of today’s professionals, creators, and go-getters.

Leading the charge is the HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025), a powerful mobile workstation packed into a sleek, ultra-thin design. Whether you're storyboarding a pitch deck on a morning flight, taking handwritten notes in class, or sketching social media content on-site, this device helps you stay productive anytime, anywhere. Paired with the detachable Genius HUAWEI Glide Keyboard and a hidden stylus slot for the HUAWEI M-Pencil (3rd Gen) powered by NEARLINK, you can write, design, and create with ease.

The tablet’s Tandem OLED PaperMatte Display boasts a 2000nits, 144Hz refresh rate, 2.8K resolution, and pro-grade colour accuracy, while the anti-glare nano-textured screen cuts 99% of ambient light, perfect for editing videos at an outdoor shoot or finalising reports in a sunlit cafe. Certified by TÜV Rheinland and SGS, it’s made for long hours of use without compromising on clarity or eye comfort.

Under the hood, performance gets a serious boost with Huawei’s advanced heat dissipation system, improving efficiency by up to 30%. Coupled with a massive 10,100 mAh battery that fully charges in just 55 minutes, you’ll have all-day power to keep going without missing a beat. Live multitasking is a breeze with features like Smart Multi-Window, App Multiplier, and the new Live Multi-task interface, so you can review reference material, build a moodboard, and reply to messages all at once.

The HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) also comes pre-installed with PC-level WPS Office, offering enhanced document editing, multi-tab browsing, and desktop-style shortcuts. Paired with GoPaint and HUAWEI Notes, you can brainstorm concepts, storyboard animations, or annotate feedback seamlessly, perfect for designers, lecturers, digital marketers, and business strategists alike.

Pre-order your HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) until 27 June priced at RM3,599 via the HUAWEI Experience Stores, the HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, and the HUAWEI Official TikTok Shop. Unlock exclusive perks, including a HUAWEI M-Pencil (3rd Gen), HUAWEI Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI SoundJoy, and PC-Level WPS access, along with a rebate of up to RM200, all worth up to RM2,045 by placing an RM50 deposit to secure your unit.

For more information, latest updates, or promotions about Huawei, please visit the HUAWEI Official Website, the HUAWEI Official Facebook page, or Instagram.

Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Menjelang ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2026, Spritzer, jenama air mineral semula jadi yang paling dipercayai di Malaysia, secara rasmi melancarkan kempen berskala nasional bertemakan “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”, dalam satu majlis pelancaran media yang diadakan di C Space, Pasar Seni, Kuala Lumpur. Majlis ini turut disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.


Dari kiri : 1. Yang Berusaha Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim - Senior Director of Tourism Malaysia Advertising & Digital, Head of Secretariat Visit Malaysia 2026
2. Yang Berhormat Datuk Khairul Firdaus Bin Akbar Khan - Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture
3. ⁠Mr Kenny Lim - Spritzer Group Chief Executive Officer
4. ⁠Ms Shiao Chan - Spritzer Group Head of Marketing

Berteraskan konsep “healing”, kempen ini menggalakkan orang ramai untuk kembali mendekati alam semula jadi, meneroka keindahan budaya, dan menemui semula keseimbangan serta gaya hidup yang lebih sihat melalui pelancongan domestik. Sepanjang Jun hingga Julai 2025, Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” akan menampilkan rancangan kembara 6 episod, seni interaktif, media sosial dan pemasaran kandungan, menginspirasi gerakan nasional ke arah pelancongan healing dan lestari, sambil mengukuhkan Spritzer sebagai peneman terbaik yang menghidrasi dengan mineral semula jadi yang menyegarkan.
Dari kiri : 1.⁠ ⁠Yang Berusaha Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim - Senior Director of Tourism Malaysia Advertising & Digital, Head of Secretariat Visit Malaysia 2026
2.⁠ Mr Ng Seong Ping
3. Yang Berhormat Datuk Khairul Firdaus Bin Akbar Khan - Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture
4.⁠ ⁠⁠Mr Kenny Lim - Spritzer Group Chief Executive Officer
5.⁠ ⁠⁠Ms Shiao Chan - Spritzer Group Head of Marketing
6. Adriana Adnan  ambassador /Host of Air Love Cuti2, Jom Healing with Spritzer
7. ⁠Oscar Lee - Artist, Co2_Karbondioksida

Tema Healing: “Jom Healing – Kembali Mendekati. Secara Semula Jadi.”
Sejajar dengan landskap gaya hidup masa kini, istilah “healing” semakin menjadi sebutan dalam
kalangan generasi muda Malaysia, melambangkan keperluan untuk berehat seketika daripada
tekanan harian menerusi percutian singkat yang memulihkan emosi, memberikan ketenangan
jiwa dan semangat. Menyedari perkembangan ini, Spritzer memperkenalkan kempen "Jom
Healing", menyeru rakyat Malaysia untuk kembali mendekati alam sambil mengekalkan
kesihatan dan hidrasi dengan air mineral semula jadi Spritzer.

Kempen ini turut mengetengahkan pelancongan secara lebih bertanggungjawab dengan
menggalakkan eksplorasi domestik yang bersifat lestari. Menerusi kandungan video dan
pengaruh media sosial, Spritzer ingin menyemai kesedaran agar masyarakat mencintai khazanah
alam, warisan serta budaya tempatan, sambil memelihara keindahan tersebut melalui amalan
kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar.

Menyemai Jalinan Emosi dengan Alam, Budaya & Percutian Lestari
“Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” bertujuan untuk mengeratkan jalinan emosi rakyat Malaysia
dengan pelancongan domestik berasaskan alam semula jadi, di samping mengukuhkan imej
Spritzer sebagai peneman terbaik ketika melancong. Selain aktiviti fizikal di luar, Spritzer turut
memanfaatkan kandungan asal rancangan kembara, interaksi media sosial dan seni interaktif,
pengalaman budaya serta tip pelancongan lestari untuk menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi
perjalanan healing mereka sekaligus mempertingkatkan ikatan emosi terhadap jenama.


Menambat Hati Pelancong Generasi Baharu & Antarabangsa
Kempen ini menyasarkan golongan tempatan berumur 20 hingga 40 tahun yang menghargai
pengalaman hidup bermakna. Golongan ini mencari pengembaraan berasaskan alam, festival
budaya dan makanan tempatan sebagai kaedah untuk menenangkan jiwa. Spritzer juga berhasrat menarik perhatian pelancong bebas antarabangsa yang mengutamakan pelancongan lestari dan pengalaman budaya tempatan. Selaras dengan keperluan pelancongan masa kini, jenama ini memupuk imej yang lebih mesra dan dekat di hati menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sorotan Istimewa: Rancangan Kembara Asli dan Pameran Seni Interaktif
1. “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing” – Keindahan Tersembunyi, Rancangan Kembara
Luar Biasa
Spritzer mempersembahkan Jom Healing, sebuah siri web menampilkan pempengaruh tempatan
popular seperti Adriana Adnan dan Sean Lee, bersama pempengaruh pelancongan Fakhrul Aizat,
Dee Alimin dan Jaslin Puasa. Rancangan ini merakam pengembaraan mereka ke lokasi alam
semula jadi seperti air terjun, pulau, gunung, gua, tasik, taman negara dan hutan rekreasi serta
bandar warisan, aktiviti budaya dan lokasi warung tempatan dalam mencari erti ketenangan.
Daripada keindahan semula jadi seperti Air Terjun Kimorugi dan keunikan mistik Gua Lembah
Lenggong, sehinggalah kepada warisan budaya seperti bengkel batik dan aktiviti berkayak
sambil melihat kelip-kelip, Jom Healing turut menyelami pengalaman interaktif seperti
menganyam jaring dan membuat otak-otak. Penonton juga disajikan dengan aktiviti mendaki
yang menenangkan di Sungai Lembing serta penerokaan keindahan Pulau Mantanani secara
island-hopping. Lebih daripada sekadar melancong, pendekatan yang dekat di hati ini
menggalakkan penonton untuk melihat pelancongan sebagai terapi dan sumber kesejahteraan.
Rancangan ini akan ditayangkan di Viu bermula dari 27 Jun hingga 14 Julai pada setiap Isnin
dan Jumaat.

#JomHealing #AirLoveCutiCuti #HealingTravel

2.⁠ ⁠Tarian Bayang: The Consumption Pattern – Plastik Diterjemah Menjadi Seni
Penerapan pameran seni interaktif “Tarian Bayang” membawa dimensi baharu kepada bahan
terbuang. Diperbuat daripada ratusan botol plastik kitar semula, potongan plastik yang digantung
menghasilkan bayang-bayang bercorak seakan batik dan renda apabila disinari cahaya, seolah-
olah ‘menari’ di permukaan lantai.

Pameran ini bukan sahaja memperingati keindahan seni tradisi, malah menyampaikan mesej
mendalam tentang kesan kelakuan manusia terhadap alam. Ia menggambarkan bahawa walaupun
plastik meninggalkan bayang hitam terhadap bumi, ia juga mampu diberi nafas baharu dengan
kreativiti, tanggungjawab dan rasa cinta terhadap kelestarian.

Saksikan karya seni ini di ruang utama Pasar Seni bermula dari 23 Jun hingga 22 Julai 2025,
hasil kolaborasi bersama Oscar Lee and Celine Tan dari Co2_Karbondioksida.

#PlasticReimagined #ShadowGarden #SustainableArt
Produk Pilihan: Hidrasi Sepenuhnya Untuk Setiap Perjalanan Spritzer turut mengetengahkan dua produk terlaris yang sesuai untuk gaya hidup aktif dan tropika:

Air Mineral Semula Jadi Spritzer: Kaya dengan mineral semula jadi seperti silika untuk kesihatan kulit dan tulang, diperoleh daripada kawasan terlindung seluas 430 ekar dan ditapis secara semula jadi lebih 15 tahun. Dibotolkan dalam pembungkusan bebas mikroplastik dan
disahkan SIRIM.

Air Mineral Berkarbonat Spritzer Sparkling: Tanpa gula, tanpa kalori dan menyegarkan, sesuai untuk pengembaraan tropika. Dihasilkan dari sumber yang sama, dengan sensasi berkarbonat yang menyenangkan.

Kedua-dua produk menggunakan botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya, selaras dengan
aspirasi jenama ke arah pelan pembangunan lestari menerusi visi Circular Brand 2030.

Daripada Sebotol, Hingga Lahirlah Cinta pada Malaysia
Sejak 2024, inisiatif “Air Love Cuti-Cuti” telah membawa nafas baharu dalam dunia
pelancongan domestik dengan pendekatan yang menekankan penjagaan diri, kecintaan terhadap
alam dan budaya tempatan.

Permainan kata antara “air” dan “I love” mencetuskan simbolik mendalam, bahawa Spritzer
bukan sekadar air minuman, tetapi satu ungkapan kasih terhadap pengembaraan, kesihatan dan
tanah air.

Menerusi kempen “Jom Healing”, Spritzer komited untuk memperluas mesej ini melalui
kolaborasi, kandungan asli dan pengalaman penuh makna, menjadikan jenama ini sebagai teman
pelancongan yang paling dipercayai dan disayangi rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”:
https://spritzer.com.my | https://shop.spritzer.com.my

ROHTO EYE MEMBANTU PELAJAR MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS DAN BERPRESTASI LEBIH BAIK, KATA PARA PENDIDIK

Bagi ribuan pelajar sekolah, penglihatan yang jelas bukan sekadar manfaat kesihatan — ia adalah pintu kepada keyakinan diri, pembelajaran yang lebih baik, dan masa depan yang cerah. Kempen tahunan Rohto Eye Care, “Sending Love & Care: The Joy of Seeing”, telah memberi impak bermakna di bilik darjah dengan penajaan cermin mata preskripsi kepada lebih 11,000 pelajar B40 sepanjang empat tahun pelaksanaannya.


Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, menegaskan keperluan yang
semakin meningkat terhadap kesedaran kesihatan mata, dan menekankan bahawa semua
kanak-kanak, tidak kira latar belakang mereka, berhak mendapat akses yang sama kepada
penjagaan mata.

“Dengan peningkatan kadar miopia — yang berkemungkinan berpunca daripada penggunaan skrin
secara berlebihan, kekurangan aktiviti luar dan faktor gaya hidup lain — adalah penting untuk
mendidik pelajar mengenai penjagaan mata yang betul. Berdasarkan kejayaan besar kempen kami
pada tahun lalu, kami kekal komited untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dengan
pengetahuan dan sumber yang diperlukan demi penglihatan yang lebih sihat. Kami juga amat
menghargai sokongan padu daripada rakan-rakan strategik kami — Watsons, Focus Point dan
Yayasan PINTAR — yang telah bersama kami sejak awal pelaksanaan kempen ini,” tambah Lim.

Para pendidik dari beberapa sekolah penerima turut melaporkan bahawa pelajar yang sebelum ini
menghadapi kesukaran melihat papan pembelajaran kini berjaya menyiapkan kerja rumah tepat
pada masanya, lebih aktif menyertai perbincangan di dalam kelas, serta berperanan memimpin
aktiviti pembelajaran.

“Pada pendapat saya, program ini sangat membantu para pelajar daripada keluarga B40. Ia bukan
sahaja meringankan beban kewangan keluarga, tetapi turut mengembalikan keterujaan dan
kegembiraan dalam kalangan pelajar," kata En. Ishak bin Bidin, guru di Sekolah Kebangsaan Taman
Midah 2, Selangor — salah sebuah sekolah yang menerima tajaan pada tahun lalu.

Didorong oleh maklum balas positif sejak beberapa tahun lalu, Rohto Eye Care — jenama
penjagaan mata dari Jepun yang terkenal dengan dedikasinya terhadap kesihatan mata —
berbangga untuk meneruskan inisiatif ini pada tahun 2025. Kempen tahun ini telah memberi
manfaat kepada lebih 4,000 pelajar dari lima buah sekolah, dengan lebih separuh daripada
mereka berasal daripada komuniti B40. Para pelajar ini menerima saringan mata percuma, cermin
mata preskripsi serta pendidikan kesihatan mata yang penting — melengkapkan mereka dengan keperluan asas untuk pembelajaran yang lebih baik, sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah
.
Sekolah penerima bagi kempen tahun ini termasuklah Sekolah Kebangsaan Petaling 1, Sekolah
Kebangsaan Setapak; Sekolah Kebangsaan Polis Depot, Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya
in Kuala Lumpur; serta Sekolah Kebangsaan Telok Gong in Port Klang, Selangor. Rohto Eye
Care komited untuk meneruskan usaha berterusan dalam menjangkau individu yang mempunyai
akses terhad kepada perkhidmatan penjagaan mata yang penting.

Pengalaman Penjagaan Mata Komprehensif untuk Para Pelajar
Kempen ini menampilkan satu siri pengaktifan yang direka untuk memberikan pengalaman
penjagaan mata yang menyeluruh bagi para pelajar:

• Ceramah Pendidikan Kesihatan Mata: Menerusi sesi interaktif dan menarik yang
dikendalikan oleh wakil Rohto Eye Care, pelajar dapat mengetahui tentang kepentingan
kesihatan mata, langkah pencegahan, dan cara berkesan untuk mengekalkan penglihatan
yang sihat.
• Sesi Saringan Mata: Saringan telah dijalankan dalam kalangan pelajar untuk mengesan
isu-isu seperti rabun, astigmatisme, dan gangguan penglihatan yang lain, memastikan
mereka menerima intervensi tepat pada masanya dan penjagaan mata yang betul.
• Penajaan Kaca Mata Preskripsi: Selepas menjalani sesi saringan, pelajar yang
memerlukan bantuan visual akan menerima cermin mata preskripsi secara PERCUMA,
sumbangan daripada Rohto Eye Care, bagi memastikan mereka mendapat sokongan yang
sewajarnya untuk penglihatan dan pembelajaran yang lebih baik.


Pendidikan Penjagaan Mata Menjadi Lebih Seronok dan Bermakna

Untuk menjadikan kempen ini lebih seronok dan bermakna, Rohto Eye Care turut menganjurkan satu siri aktiviti menyeronokkan bagi mencabar persepsi visual dan daya ingatan pelajar. Aktiviti- aktiviti yang diadakan di sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut:

• Mencari Perbezaan – Melalui permainan ini yang mengasah persepsi visual dan perhatian
terhadap perincian, pelajar diberikan dua imej yang hampir serupa dan perlu memeriksa
dengan teliti untuk mencari perbezaan di antara keduanya.
• Paparan Visual – Direka untuk menguji ingatan visual dan kemampuan kognitif pelajar,
permainan ini melibatkan pemain yang perlu mengingati dan menyusun semula urutan imej
yang dipaparkan untuk tempoh yang singkat.
• Namakan Warna – Untuk mencabar pemprosesan visual dan keupayaan kognitif pelajar,
pemain akan melihat perkataan yang dipaparkan dalam warna yang berbeza, dan mereka
perlu menamakan warna teks tersebut, bukannya membaca perkataan itu sendiri.

Kemuncak kempen ini adalah poster gergasi yang direka oleh wakil Rohto Eye Care bersama para
pelajar, yang menampilkan langkah-langkah penjagaan mata untuk mengukuhkan
pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Poster ini dipamerkan di
perkarangan sekolah sebagai sumber pendidikan, berfungsi sebagai peringatan penting tentang
amalan penjagaan mata yang betul.

Pembiayaan untuk kempen “Sending Love & Care: Joy of Seeing” diperoleh melalui inisiatif
pengumpulan dana, di mana RM1 daripada jualan setiap produk penjagaan mata Rohto di Watsons
sepanjang Mac 2025 telah disumbangkan kepada kempen ini. Inisiatif ini sejajar dengan Matlamat
Pembangunan Mampan. (UNSDG)#3: Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan, menggalakkan
kesedaran kesihatan mata dalam kalangan kanak-kanak dan menyokong akses kepada keperluan
penting perkhidmatan penjagaan kesihatan.


BERSERI TANPA FILTER, PERLINDUNGAN TERHADAP UV | Sunplay Tone-up UV Essence Terbaharu

Tiada filter? Tiada masalah. Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu dari Sunplay memberikan seri wajah yang lebih segar dan bersedia  untuk kamera, sambil melindungi anda daripada sinaran matahari. 


Dengan hanya satu olesan, krim tabir suria ini akan memberikan kesan tone-up yang serta- merta mampu membetulkan tona kulit dan mencerahkan seri wajah. Dirumus dengan SPF50+ PA++++ dan Perlindungan Serbuk Mutiara Iridescent Strobe, ia bukan sahaja memberikan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UVA dan UVB untuk melindungi kulit anda, malah mencerahkan kulit kusam dan tampak letih untuk tona kulit yang sekata secara semula  jadi. Selain itu, formulanya yang lembut bebas daripada minyak mineral dan paraben, serta telah diuji untuk alahan, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. 

Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) yang baharu diperkaya dengan ramuan mesra  kulit untuk menaik taraf rutin harian anda. Asid Hyaluronik memberikan hidrasi mendalam dan menyokong lapisan pelindung kulit, manakala Vitamin C membantu mencerahkan tona kulit secara berperingkat. Ia juga mengandungi Ekstrak Cica yang terkenal dengan sifat
menenangkannya — sesuai untuk kulit sensitif atau mudah merengsa.

Tekstur Halus, Ringan dan Tidak Terlihat
Tabir suria ini diformulasi dengan tekstur ringan seperti esen. Ia mudah untuk dioles, membolehkannya menyerap dengan cepat dan sempurna ke dalam kulit. Teksturnya yang sangat ringan tidak meninggalkan rasa berminyak, membuatkan ia seperti pelindung tidak kelihatan yang menyerlahkan seri semula jadi anda sambil melindungi daripada cahaya matahari.

Terus Dilindungi sambil Bergembira di Bawah Cahaya Matahari
Seperti kepercayaan utama Sunplay bahawa perlindungan matahari tidak seharusnya menghalang keseronokan, tabir suria tone-up baharu ini menawarkan ketahanan air yangunggul — sesuai untuk hari yang panjang di luar, sama ada anda ke pantai atau sedang bergerak aktif. Ia memastikan anda kekal berseri dan terlindung tanpa perlu olesan semula yang kerap.

Kami ingin menjemput anda semua untuk merasai keyakinan tampil tanpa filter dengan kulit yang sebenar dan berseri. Tabir suria ini direka untuk memenuhi keperluan kecantikan dan perlindungan harian, dan kami teruja menawarkan kepada para pembeli betapa mudahnya mendapatkan kulit yang tersedia untuk beraksi di hadapan kamera
kata Lim Mei Yuen,

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia.Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu berharga RM65.90, eksklusif menerusi kedai fizikal dan secara dalam talian Guardian di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabir suria baharu ini, sila layari laman Facebook rasmi Sunplay Malaysia.


HUAWEI UNVEILS MATEPAD PRO 12.2" A PREMIUM PC-LEVEL EXPERIENCE TABLET FOR WORK, PLAY, AND CREATIVITY

Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia proudly unveils the  HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025), the latest evolution of its flagship tablet series. As a PC-level experience tablet, it exemplifies Huawei's ongoing mission to revolutionise the mobile working experience with powerful, PC-like capabilities. Built for business and professionals, designers, and creators, the HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) enhances on-the-go productivity with cutting-edge display technology and smart features that push the limits of what a tablet can do. 


While the HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) delivers a Genius PC-like experience, it goes a step further by redefining what productivity means in the modern era. Unlike traditional laptops, this PC-level tablet powerhouse offers unmatched portability with a detachable keyboard and stylus integration,
empowering users to work, create, and collaborate anytime, anywhere.

Whether it's editing documents at a café, sketching concepts during a commute, or hosting virtual meetings on the move, the HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) delivers a level of convenience and agility that conventional PCs simply can't match.

THE FLAGSHIP PC-LEVEL EXPERIENCE PC-LIKE EXPERIENCE
As the new generation of professionals shifts towards a more mobile, flexible, and experience-driven way of living, the demand for all-in-one devices that bridge lifestyle, productivity, and creativity is on the rise. 


The HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) is designed precisely with this evolution in mind, bringing together the power of a laptop, the portability of a tablet, and the precision of a creative tool in a single, streamlined device. Whether you're working remotely, ideating on the go, or simply unwinding with your favourite content, this innovation empowers users to transition seamlessly between work, play, and passion without skipping a beat.


Huawei's vision for the future of work and creativity truly comes to life with the HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025). Combining cutting-edge hardware, such as the Genius HUAWEI Glide keyboard, with a robust software ecosystem, this device provides the flexibility, power, and design needed to stay ahead in markets where tablets are becoming the primary computing device. By leading with groundbreaking innovations that enhance mobility and productivity, Huawei continues to shape how users connect, create, and achieve more in their personal and professional lives.

To support professional work on the go, the HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) comes equipped with PC-level WPS Office, a full-featured suite that includes documents, presentations, and spreadsheets.

Compared to standard mobile versions, it offers enhanced functionality like advanced formatting tools, multi-tab browsing, and desktop-style keyboard shortcuts. When paired with the HUAWEI Glide Keyboard, the tablet transforms into a powerful mobile workstation that seamlessly supports everyday productivity tasks. Under the hood, the device is powered by flagship performance enhancements, including a new heat dissipation design that improves performance by up to 30%. Paired with a 10,100 mAh battery capable of full charge in just 55 minutes, users are assured of all-day usage with no interruptions.


Multitasking is a breeze with Smart Multi-Window and App Multiplier features, allowing professionals to run multiple apps side-by-side or compare versions of the same app, perfect for reviewing documents while drafting, or attending calls while referencing notes. The new Live-Multitask interface further enhances this by enabling users to run up to three apps simultaneously, complete with tile-style app display and adjustable ratios for smarter screen management.

The HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) Tandem OLED PaperMatte Display delivers an immersive visual experience with pro-level colour accuracy, a high 144 Hz refresh rate, 2.8K resolution, and HDR Vivid support, ideal for content creators and professionals who rely on colour precision. The anti-glare nano-textured display reduces 99% of ambient light interference and is certified by TÜV Rheinland and SGS for eye comfort, making it suitable for extended work sessions, whether you're at your desk, outdoors, or in transit.

The HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025) (RM3,599) is now available for pre-order via HUAWEI Experience Stores, the HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, and the HUAWEI Official TikTok Shop. Customers who place a RM50 deposit during the pre-order period will receive a rebate of up to RM200, along with exclusive free gifts worth up to RM2,045, including a complimentary HUAWEI M-Pencil (3rd Gen), HUAWEI Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI SoundJoy, and PC Level WPS.

For more information, latest updates, or promotions about Huawei, please visit the HUAWEI Official Website, the HUAWEI Official Facebook page, or Instagram.




Memperkasakan Profesion Optometris | Pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer

Satu Majlis Pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometri telah diadakan di Akademi Perubatan Malaysia, Presint 8, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis anjuran Persatuan Optometris Malaysia (Association of Malaysian Optometrist -AMO) telah berkerjasama bersama Majlis Optik Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.


Antara tetamu kehormat yang merasmikan pelancaran garis panduan ini adalah Yang Berhormat Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad. Tetamu kehormat lain adalah Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) selaku Penasihat Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, Dr Mohd Aziz bin Husni, Ketua Kepakaran Oftalmologi KKM selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, En Ahmad Fadhullah bin Fuzai, Presiden AMO dan Prof. Dr. Azrin Esmady bin Ariffin, Presiden College of Optometrists.


Untuk info, garis panduan ini dihasilkan oleh Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta yang dilantik oleh YBMK.

RINGKASAN EKSEKUTIF: GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN MATA PRIMER BAGI PROFESION OPTOMETRIS
Berikut adalah garis panduan yang dicadangkan untuk memperkasakan profesion optometris di malaysia:-

1. Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris
Garis panduan ini menyediakan panduan lengkap bagi optometris untuk menjalankan pemeriksaan, diagnosis, dan pengurusan kesihatan mata dalam konteks penjagaan mata primer. Objektif utamanya adalah untuk menyediakan pemeriksaan komprehensif bagi mengesan anomali penglihatan dan penyakit mata, seterusnya merujuk pesakit kepada pakar oftalmologi apabila perlu. Ia juga menekankan kepatuhan kepada etika profesional serta keperluan peningkatan kualiti melalui CPD tahunan.

2. Modul Latihan Penjagaan Kesihatan Mata Dipertingkat (Enhanced Eye Health Care) Bagi Optometris
Modul ini bertujuan meningkatkan kemahiran optometris dalam penjagaan kesihatan mata, terutamanya dalam pengesanan awal dan pengurusan penyakit mata kronik seperti diabetik retinopati dan glaukoma. Latihan ini membantu optometris menangani kecemasan mata dan kes-kes penyakit kronik dengan lebih baik, serta memastikan rujukan yang tepat kepada pakar oftalmologi.

3. Credentialing dan Privileging Optometris Swasta
Proses credentialing dan privileging memastikan bahawa optometris swasta layak menjalankan prosedur klinikal dengan selamat dan berkesan. Ini melibatkan pengesahan kelayakan profesional serta pemantauan kompetensi melalui buku log dan latihan tambahan. Optometris mesti memenuhi syarat credentialing dan pembaharuan setiap tiga tahun, yang merangkumi pengurusan kes diabetik retinopati dan glaukoma serta pengumpulan mata CPD.


Dokumen ini merangkakan struktur yang jelas untuk memastikan optometris memberikan perkhidmatan penjagaan mata berkualiti, beretika, dan selamat. Credentialing dan modul latihan membantu meningkatkan kemahiran klinikal optometris, manakala garis panduan penjagaan mata primer memastikan amalan profesional yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.


MEMPERKASAKAN OPTOMETRIS BAGI MENJALANKAN TUGAS JAGARAWATAN MATA PRIMER DI DALAM KOMUNITI
Berikut adalah cadangan Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris yang telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Khas Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia akan diterajui pelaksanaannya oleh College of Optometrists Malaysia dan Association of Malaysian Optometrists.

Optometris terlatih berperanan mengesan awal penyakit seperti glaukoma, katarak dan retinopati diabetes. Inisiatif ini mengubah persepsi masyarakat dan meningkatkan tahap profesionalisme kami,” katanya dalam satu sidang media bersama penasihat persatuan, 
Datuk Dr. Murphy Chan dan Woon Pak Seong.


Pentauliahan Optometris sebagai pengamal penjagaan kesihatan mata primer menurut garis panduan ini terdiri daripada:

1) Latihan Jagarawatan Mata Primer Dipertingkat (Enhanced Care); dan
2) Latihan Jagarawatan Bersama (Shared Care) penyakit diabetik retinopati dan glaucoma yang memerlukan pentauliahan kaedah Credentialing & Privileging (C&P).

Pihak College of Optometrists dengan ini mengemukakan plan pelaksanaan bagi kedua-dua Latihan tersebut untuk unjuran tahun 2025–2030. Kedua-dua latihan ini bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan oleh Optometris swasta kerana dengan adanya pentauliahan optometris swasta akan dapat memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan mata primer secara efektif dan beriktiraf.

Buat masa ini terdapat kira-kira 3400 Optometris berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia di mana seramai 2658 Optometris mempunyai sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) 2025, dengan pecahan Optometris di sektor awam berjumlah 405 dan di sektor swasta pula berjumlah 2995.

PENGENALAN LOGO KHAS
Untuk mengelakkan rasa was-was di kalangan masyarakat. Satu logo khas akan diperkenalkan seperti simbol “Rx” yang ada pada farmasi tertentu. Pengenalan logo ini adalah untuk membezakan kedai cermin mata yang mempunyai optometris bertauliah. Ini dapat memberi keyakinan kepada masyarkat dalam mendapat rawatan dan pemeriksaan bersama optometris yang punyai kelayakan.

Selain itu turut dilancarkan direktori digital optometris berdaftar bagi memudahkan akses kepada rawatan awal berkualiti.

KESIMPULAN
Apabila Optometris sudah mempunyai kelayakan membuat saringan dan jagarawatan mata secara profesional ianya sangat membantu pihak Klinik dan Hospital bahagian mata. Ini adalah kerana Optometris juga berkelayakan dalam memberi pemeriksaan serta rawatan mata peringkat awalan.

Ianya dapat mengurangkan jumlah pesakit ke hospital dan sangat membantu pengendalian pesakit yang lebih kronik yang memerlukan rawatan segera di Hospital. Pengenalan garis panduan ini juga dapat mengangkat profesion optometris dan pesakit mata biasa boleh dapatkan rawatan serta membuat pemeriksaan di kedai-kedai cermin mata berdekatan yang mempunyai optometris yang diiktiraf.

Pelancaran Juara Ummah dan Bengkel Bersemuka UPKK Siri 1

Pelancaran Juara Ummah dan Bengkel Bersemuka UPKK Siri 1 |Juara Ummah merupakan projek kolaborasi strategik diantara Ustazah Asma’ Harun (UAH), pendakwah dan tokoh pendidikan terkemuka bersama dengan Fly High Education Centre. Projek ini dilancarkan dengan misi untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik bahkan akhlak juga.


Pelancaran ini turut menyaksikan pembukaan Bengkel Bersemuka UPKK Siri 1, sebagai sebahagian daripada program Juara UPKK, yang mana ada menawarkan kelas intensif secara dalam talian dan bersemuka untuk persediaan murid menduduki peperiksaan UPKK


Untuk info Juara Ummah bukan sekadar program akademik. Bahkan ianya turut memfokuskan kepada pembangunan sahsiah dan jati diri Islamik para pelajar. Berpegang kepada motto “Membina Generasi Cemerlang Akademik & Akhlak”.


Sekaligus inisiatif ini menjadi penanda aras untuk melahirkan pelajar seimbang duniawi dan ukhrawi, serta menjadi pelapis kepimpinan ummah masa depan. 

Komponen Utama Program Juara Ummah
Berikut adalah antara  komponen utama program Juara Ummah:-

● Juara UPKK – Kelas secara online dan bengkel bersemuka yang dirangka khusus untuk pelajar sekolah rendah khususnya tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPKK.

Program bulanan Imtiyaz, Gempur dan Meroket – sesi pengukuhan dan ulang kaji yang dilaksanakan secara konsisten.

● Ebook Ulul Albab – panduan eksklusif untuk membantu pelajar menembusi sekolah berasrama penuh Ulul Albab yang akan ditawarkan dengan harga mampu milik serendah RM9.90, merangkumi panduan, tips, dan motivasi daripada tokoh ilmuwan.

● Program Cakna Ummah - kelas tuisyen secara online mampu milik dengan hanya RM99 sahaja untuk 4 subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains & Matematik), serta  tambahan subjek Sejarah untuk pelajar Tahun 5 dan 6. Ini adalah usaha untuk memastikan pendidikan berkualiti boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Ustazah Asma Sebagai Pengasas Juara Ummah


Ustazah Asma’ Harun, yang merupakan Pengasas kepada Juara Ummah  menekankan bahawa:
Kejayaan sebenar bukan sekadar ‘A’ di atas kertas, tetapi ‘A’ dalam akhlak dan amal”. Juara Ummah ialah usaha kita untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di sisi Allah SWT.
Dengan pembabitan dan sokongan Ustazah Asma’ Harun sebagai penasihat spiritual, menjadi wajah rasmi kempen sererusnya berperanan menjadi penyampai motivasi bulanan, diharapkan Juara Ummah mampu mencetuskan revolusi pendidikan Islamik serta dapat menghasilkan generasi Ulul Albab dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia. 


Untuk info lanjut mengenai pendaftaran program dan acara akan datang, sila layari media sosial rasmi Juara Ummah di https://www.instagram.com/juaraummah/ atau hubungi pihak pengurusan di talian +610-543 3732 (Puan Yanti). Boleh juga untuk hantar emel ke ummahjuara@gmail.com atau layari laman web rasmi di www.juaraummah.com

KEWPIE MALAYSIA RAI 100 TAHUN | Melangkah Cemerlang Menerusi Kerjasama Kulinari dan Pendidikan

Kewpie Malaysia Sdn. Bhd. (“Kewpie Malaysia”), begitu sinonim sebagai mayonis dan dressing premium, hari ini telah meraikan ulang tahun ke-100.

Satu tempoh yang cukup lama bagi sebuah jenama Kewpie Mayonnaise, untuk terus konsisten dan melalui pelbagai peringkat inovasi perisa, inspirasi kulinari dan kualiti yang dipercayai. 


Ulangtahun ke 100 ini menandakan satu abad inovasi dan pada masa yang sama ingin memupuk bakat tempatan serta kreativiti masakan di Malaysia.

Untuk memperingati peristiwa bersejarah ini, Kewpie telah melancarkan kenpen melalui pertandingan resepi dengan menawarkan peluang keemasan untuk rakyat Malaysia memenangi percutian impian ke Jepun.

Sedikit Info Kewpie
Pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 1925 oleh pengasas Toichiro Nakashima, Kewpie Mayonis diperkenalkan dengan misi untuk meningkatkan pemakanan dan menggalakkan pemakanan yang lebih sihat. Teksturnya yang kaya, berkrim dan rasa umami yang berbeza dengan cepat memikat hati keluarga, tukang masak dan penggemar makanan.

Ulang tahun ke-100 Kewpie Mayonis meraikan kualiti yang berkekalan, asal-usul yang mementingkan kesihatan, dan rasa umami yang berbeza yang telah memikat generasi pengguna di seluruh Asia dan seterusnya. Telah berada di Malaysia sejak 2009, Kewpie terus membina legasinya dengan kehadiran tempatan yang kukuh dan komitmen terhadap pasaran yang diperakui halal.

Pencapaian tahun ke-100 ini adalah penegasan semula janji Kewpie untuk masa depan. Di seluruh dunia, seratus tahun ditandakan di bawah tema "Ulang Tahun Mayonis Ke-100 Tahun KEWPIE," mencerminkan usaha berterusan jenama itu untuk inovasi, kualiti dan hubungan bermakna. 

Daripada visi yang sederhana untuk menambah baik pemakanan di Jepun, hingga menjadi jenama yang diiktiraf di peringkat global yang dipercayai di rumah dan restoran, perjalanan Kewpie adalah satu perkaitan yang berkekalan dan evolusi yang bertujuan.


Untuk menghormati seratus tahunnya, Kewpie Malaysia telah melancarkan "Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie", mengajak rakyat Malaysia untuk menjadi kreatif di dapur menggunakan Kewpie Mayonis Gaya Jepun. Peserta hanya perlu mencipta hidangan unik menggunakan produk itu, merakam foto dan merakam video pendek (30–45 saat), dan menyiarkannya di Instagram, Facebook atau TikTok dengan hashtag #KewpieIt100 dan tag @KewpieMalaysia. Penyerahan juga mesti dikongsi melalui Mesej Langsung (“DM”) untuk pengesahan. 


Peraduan ini berlangsung dari 31 Mei hingga 24 Ogos 2025, dan hadiah utama adalah melancong ke Jepun, tempat kelahiran Kewpie, bersama dengan hadiah eksklusif.

Kerjasama Bersama Fei Fei Crab Restaurant 
Di Malaysia, sambutan diteruskan dengan kerjasama masakan yang unik dengan Fei Fei Crab Restaurant (“Fei Fei Crab”), sebuah restoran makanan laut yang cukup dikenali di Malaysia. Pelanggan boleh merasaj sendiri hidanhan hebat ini yang menggabungkan Kewpie dengan perisa tempatan Malaysia, Sekaligus memberi inspirasi dalam masakan fusion dan pengalaman makan kontemporari. 
Kami berbesar hati untuk meraikan 100 tahun Kewpie Mayonis bersama-sama dengan rakan kongsi kami dalam bidang pendidikan dan bidang kulinari tempatan,
kata Encik Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia.
Di Kewpie, kami percaya kepada kuasa makanan untuk menghubungkan manusia dan budaya. Acara ini mencerminkan masa lalu kami dan menandakan satu langkah ke hadapan dalam memberi inspirasi kepada cef, inovator dan pencinta makanan generasi akan datang di Malaysia. Setelah menubuhkan operasi kami di sini pada tahun 2009, kerjasama kami dengan Universiti SEGi dan Fei Fei Crab mencerminkan komitmen berterusan kami, komuniti, dan kreativiti Malaysia yang berkualiti.
Kerjasama Bersama Universiti SEGi
Kewpie juga bekerjasama rapat dengan Universiti SEGi untuk memberikan pendedahan langsung kepada pelajar kepada industri makanan melalui projek dunia sebenar dan aplikasi kreatif produk Kewpie. Kerjasama ini menyerlahkan komitmen Kewpie Malaysia terhadap pendidikan, pembangunan bakat dan penglibatan masyarakat jangka panjang. Dengan menyokong generasi inovator makanan yang akan datang, Kewpie memastikan bahawa warisan seabadnya terus berkembang dengan perspektif segar dan kreativiti muda.

Ketika Kewpie Malaysia meraikan kejayaan tahun ke-100 ini, jenama itu mengesahkan janjinya untuk kekal inovatif, inklusif dan berkait rapat dengan kehidupan penggunanya. Sama ada melalui hidangan baharu yang berani, kempen yang diterajui pelajar, atau peluang untuk meneroka Jepun, Kewpie terus memberi inspirasi dengan setiap titisan mayonisnya yang jelas.

Ketahui lebih lanjut tentang Kewpie di www.kewpie.com.my dan melalui media sosial mereka di Facebook, Instagram, Tiktok.

CABARAN PASTRI ANCHOR 2025 MEMILIH BAKAT BARU PASTRI MALAYSIA

Cabaran Pastri Anchor 2025, anjuran Anchor Food Professionals Malaysia & Brunei, meraikan cef pastri muda yang paling berbakat di Malaysia dengan menawarkan platform untuk mempamerkan kreativiti dan penguasaan teknikal mereka.


Pertandingan itu menampilkan sepuluh finalis; masing-masing lima orang dalam  kategori Roti & Viennoiserie dan Kek di mana mereka melalui proses penilaian yang ketat di UOW Malaysia, Shah Alam. Panel hakim diketuai oleh para pakar industri yang terkenal, termasuk Meilleur Ouvrier de France Chef Jean-François Arnaud dan Chef Judy Koh,

Pengasas dan Pengetua Creative Culinaire The School; serta para editor media dan pengulas makanan. 
Matkamat kami adalah untuk memupuk bakat pastri masa depan sambil menunjukkan kepelbagaian dan kebolehpercayaan produk tenusu premium Anchor dari New Zealand, salah satu tempat terbaik untuk menghasilkan tenusu di dunia
kata Peter Quah, Pengarah Perkhidmatan Makanan Anchor Food Professionals Malaysia. 
Kami berbangga melihat kemahiran dan semangat luar biasa yang dipamerkan.
Dalam kategori Roti, para peserta telah mempamerkan teknik laminasi dan pengendalian doh, dengan tumpuan kepada ketepatan, struktur dan rasa. Bagi kategori Kek pula, para finalis perlu menghasilkan pencuci mulut yang halus dan menarik secara visual serta menyerlahkan kesenian, tekstur dan keseimbangan.

Pertandingan yang diadakan dalam persekitaran dapur sebenar di bawah tekanan masa mendorong para peserta untuk menyediakan hidangan berkaliber tinggi yang mengukuhkan kehebatab masakan mereka dan prestasi bahan gred profesional Anchor. Sama seperti visi jenama mereka, memacu masa depan tenusu dalam perkhidmatan makanan.Enam orang pemenang telah dipilih selepas pertandingan selesai.


Pemenang hadiah Emas diberi peluang mengadakan demo solo sebagai pemenang Anchor rasmi bersama trofi, sijil  dan hadiah wang tunai RM2,500. Pemenang Perak dan Gangsa pula menerima trofi, sijil dan hadiah wang tunai masing-masing RM1,500 dan RM1,000.

Ketua Hakim pertandingan, Chef Jean-François Arnaud, menekankan bahawa acara seperti ini penting untuk pertumbuhan para chef muda. Beliau menjelaskan bahawa dengan bekerjasama di dapur yang sama di bawah tema dan kekangan masa yang sama membolehkan para peserta diberi panduan tentang cara untuk meningkatkan hasil kerja mereka. 
Inilah cara kita meningkatkan tahap pembuatan pastri, bukan sahaja di Malaysia malah diamalkan di seluruh dunia,
 beliau berkata.

Dalam kategori Roti & Viennoiserie , Anugerah Emas dimenangi oleh Ooi Kin Weng dari Akademi Seni Pastri & Kulinari Malaysia, diikuti Ryan Ang Rui Yan dari Taylor’s
University, yang menerima Anugerah Perak, dan Sharifah Nur Adylla Binti Syed Zahirin, yang memperoleh Anugerah Gangsa.

Pemenang Anugerah Emas bagi kategori Roti & Viennoiserie, Ooi Kin Weng, berkata bahawa mentega dan krim yang dihasilkan oleh Anchor sangat serba boleh dan berkualiti tinggi seterusnya membantu beliau menghasilkan ciptaan yang memenangi anugerah. 


Produk Anchor mudah digunakan semasa melamina doh dan membolehkan saya mencapai yekstur yang sangat lembut,
kata Ooi. Mengimbas kembali perjalanan sebagai seorang chef muda, beliau menambah,
Memenangi kategori ini amat bermakna buat saya, terutamanya selepas beralih daripada kerjaya dalam bidang IT kepada pastri. Perjalanan saya masih jauh dan saya teruja untuk terus belajar dan berkembang. Suatu hari nanti, saya berharap dapat membukankedai saya sendiri—mungkin secara kecil-kecilan—dan Anchor telah benar-benar menyemarakkan semangat saya untuk menghasilkan viennoiserie.
Dalam kategori Kek pula, Tan Jia Le dari Akademi Seni Pastri & Kulinari Malaysia telah membawa pulang Anugerah Emas, manakala Yap Jing Li dari Taylor’s University memenangi Anugerah Perak, dan Sandee Churme Jia Ying, juga dari Taylor’s University, memperoleh Anugerah Gangsa.Tan Jia Le, pemenang Anugerah Emas dalam kategori Kek, memuji produk tenusu Anchor sebagai komponen utama kejayaannya. 
Tekstur berkrim dan konsisten membantu saya mencapai kemasan yang licin dan rasa bersih yang benar-benar memberikan yang terbaik untuk kek saya. Sebagai Pemenang Emas, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk memilih bahan yang berkualiti dan sentiasa terus menimba pengetahuan
tambahnya lagi.

Selain itu, Ryan Ang Rui Yan dan Yap Jing Li turut dipilih untuk memenangi Anugerah Pilihan Media masing-masing dalam kategori Roti & Viennoiserie dan Kek.

#AnchorFoodProfessionalsMY #AnchorPastryChallenge #PastryChallenge #MalaysiaChef #pastryart #petitegateau #vennoissorie #pastry #entremet