Untuk pertandingan mewarna, pertandingan tarian, pertandingan nyanyian, dan pertunjukan fesyen telah diadakan di Ballroom 1 Seri Negeri. Hadiah yang ditawarkan cukup menarik. Bagi pemenang pertama akan menerima wang tunai RM500 tajaan PTPTN trofi, sijil, tiket taman tema Legoland Malaysia.
Manakala untuk pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai masing-masing RM400 dan RM300 berserta trofi, sijil, hadiah dan dua tiket masuk ke Snowlim Wonderland Malaysia dan hadiah hadiah bernilai RM300. Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan. Yuran pendaftaran pertandingan bermula dari RM25 ini termasuklah makanan yang disediakan khas untuk semua peserta yang mengambil bahagian.
Pusat Catur Latihan Negeri Sembilan pula menganjurkan kejohanan catur di Ballroom 3. Acara pada 9 November ini terbuka kepada kanak-kanak sehingga 12 tahun dan hadiah Trofi telah diberikan kepada pemenang.
Menambah nilai kepada Festival ini, Hospital Pakar KPJ Seremban bersama pasukan profesional perubatan mereka telah menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk kanak-kanak dan ibu bapa.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan seperti:-
• Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Tekanan Darah, BMI, Glukosa)
• Analisis Lemak Badan oleh Pakar Diet
• Penilaian Kebersihan Tangan bersama Pasukan Kawalan Jangkitan
• Pemeriksaan Pertuturan oleh Jurupulih Pertuturan dan Pemeriksaan Pendengaran oleh Pakar Audiologi.
• Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Tekanan Darah, BMI, Glukosa)
• Analisis Lemak Badan oleh Pakar Diet
• Penilaian Kebersihan Tangan bersama Pasukan Kawalan Jangkitan
• Pemeriksaan Pertuturan oleh Jurupulih Pertuturan dan Pemeriksaan Pendengaran oleh Pakar Audiologi.
Bengkel memasak ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan fee sebanyak RM49.90 dikenakan bagi setiap kanak-kanak yang ingin menyertai. Ini adalah termasuk peralatan membakar, apron, topi chef, buku resipi, dan hidangan lazat serta berkhasiat yang disediakan khas oleh pihak hotel
Program selama 2 hari yang cukup padat dan menggembirakan. Apa yang pasti kemeriahan sambutan Hari Kanak-kanak di Hotel Royale Chulan Seremban sukses dan jumpa lagi tahun depan!
I had a wonderful time attending the Children's Day Celebration at Hotel Royale Chulan Seremban such a heartwarming and well-organized event! As someone involved in Online Ghostwriting, it gave me fresh inspiration for writing joyful and family-friendly content.
ReplyDelete