Menambat Selera Rakyat Malaysia dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhan

Lebih ramai rakyat Malaysia kini sedar bahawa mereka mempunyai pilihan untuk menikmati minuman berkhasiat yang tidak terhad kepada produk tenusu. Dalam usaha untuk memenuhi pilihan pemakanan yang kian berubah, Nestlé GOODNES menunjukkan bagaimana minuman berasaskan protein tumbuhan semakin mendapat perhatian dengan pilihan lazat yang ditawarkannya.


Diperkenalkan baru-baru ini oleh Nestlé Malaysia sebagai sebahagian daripada komitmen untuk menawarkan makanan dan minuman berasaskan tumbuhan yang lebih berpatutan

dan mudah didapati oleh rakyat Malayasia, rangkaian Nestlé GOODNES yang diperakui Halal dan sesuai untuk golongan vegan, memenuhi segala ciri-ciri minuman protein berasaskan tumbuhan yang sungguh lazat. Memanfaatkan khasiat badam dan oat yang baik untuk keshatan, rangkaian minuman Nestlé GOODNES bebas laktosa, menjadikannya sesuai untuk amalan diet yang semakin fleksibel di kalangan pengguna.


En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,
Minuman berasaskan protein tumbuhan merupakan pengganti susu tenusu yang baik khususnya bagi pengguna yang menitikberatkan keshatan dan dengan keperluan dietari spesifik, lebih-lebih lagi dengan rasanya yang lazat. Kami terus konsisten dalam meluaskan tawaran produk selepas mempertimbangkan keperluan rakyat Malaysia, dan dengan rangkaian Nestlé GOODNES, orang ramai kini mempunyai lebih banyak pilihan. Malah lebih penting lagi, pemakanan yang sewajarnya penting bagi umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan, memandangkan minuman dan makanan berasaskan protein tumbuhan turut menyumbang kepada kepelbagaian dan keseimbangan dalam diet.


Rangkaian ini boleh didapati dalam dua perisa lazat dan menyelerakan - Oat Tanpa Tenusu dan Badam & Oat Tanpa Tenusu, buatan Malaysia dengan oat dan badam. Daya tarikan utama Nestlé GOODNES ialah kemanisan semulajadi daripada oat terhidrolisis dan tanpa gula tambahan (sukrosa). Formula unik ini juga membekalkan kebaikan mikronutrien seperti kalsium dan Vitamin D yang membantu pembentukan tulang kuat dan Vitamin B2 dan B3 untuk membantu pembebasan tenaga daripada makanan.

Dengan ciri serba guna dan harga yang berpatutan, Nestlé GOODNES boleh dinikmati dan digunakan dalam kehidupan harian kita untuk memenuhi pelbagai keperluan. Anda boleh menikmati kelazatan rasanya yang tersendiri, ditambah kepada minuman panas atau sejuk dan bijirin, dan juga digunakan dalam masakan.


Pilihan produk Halal tanpa tenusu Nestlé juga termasuk versi MILO Tanpa Tenusu dan NESCAFÉ Tanpa Tenusu bagi mereka yang suka menikmati minuman asli tetapi lebih cenderung memilih protein berasaskan tumbuhan.

Dengan Nestlé GOODNES dan minuman berasaskan protein tumbuhan kami yang lain, rakyat Malaysia boleh mendapatkan pilihan yang terbaik setiap kali mereka menghirup minuman kegemaran mereka, sambil kami membantu pengguna membuat pilihan bijak yang mencerminkan gaya hidup dan keprihatinan mereka terhadap alam sekitar
tambah En. Aranols.


Untuk maklumat lanjut mengenai Nestlé GOODNES, 
https://www.dearnestle.com.my/brand-story/nestle-goodnes



No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...