Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®
Buat julung kalinya, Little Caliphs® menganjurkan Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® bersempena sambutan ulang tahun yang ke-20. Karnival yang cukup meriah ini telah berlansung pada pada 2 Disember 2023 bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Acara ini bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Karnival
Terdapat lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan. Kita boleh lihat bagaimana pencapaian Little Caliphs® yang berkembang selama 20 tahun.
Persembahan oleh Aniq Muhai bersama kanak-kanak dari tadika Little Caliphs juga antara tarikan. Begitu juga dengan Parenting Talk oleh Datin Hajjah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial, dan penampilan istimewa maskot Amir dan Amirah antara aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung di karnival ini.
Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan. Kita boleh lihat bagaimana pencapaian Little Caliphs® yang berkembang selama 20 tahun.
Maskot Amir dan Amirah Pasti Menjadi Tarikan
Dan maskot Amir dan Amirah ini akan menjelajah ke semua cawangan Little Caliphs® di Malaysia dan mungkin uga akan ke luar negara seperti Indonesia.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh 20 tahun ini, LCISB mempunyai hampir 500 buah rangkaian tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia dengan sejumlah hampir 40,000 orang pelajar keseluruhannya

kata Datuk Haji Roslan bin Nordin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB.

Tahniah The Little Caliphs® untuk kecemerlangan 20 tahun! Moga terus sukses menjadi pra-sekolah kanak-kanak prasekolah agar mereka cemerlang bukan sahaja akademik, bahkan sahsiah dan emosi.






No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...