Program “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” Guardian mengiktiraf bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat dan ia adalah hak asasi setiap manusia.
“Menjaga kebersihan dan kesihatan adalah hak asasi segenap masyarakat dan ia tidak boleh dianggap sebagai kemewahan, terutama untuk kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah sangat terdedah kepada pelbagai risiko. Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila kanak-kanak berasa bersih dan wangi, iaakan menambahkan keyakinan diri serta meningkatkan kesejahteraan mental mereka.” tambah Ng.
Selain menyediakan produk penjagaan mandian, Guardian juga akan menganjurkan Bengkel Kebersihan Interaktif di sekolah-sekolah di mana pelajar akan diajar tentang amalan kebersihan yang baik.
Di bawah kempen itu, 15 sen daripada setiap liter produk penjagaan mandian Guardian yang dijual di Malaysia akan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang berkemampuan ini. Selain itu, patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga
RM29.90 sahaja.
Untuk 2024, Tuala Berhud Beruang Guardiancares istimewa juga akan dijual pada harga RM29.90 di semua stor Guardian di seluruh Malaysia, juga boleh dibeli menerusi stor dalam talian dan aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan Patung dan Tuala Berhud Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares untuk menyokong keperluan penjagaan mandian kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
Kay berkata, “Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan kesukaran kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan saya berharap lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada keperluan penjagaan diri yang berkualiti dan mendapat maklumat tentang kesihatan dan kebersihan yang boleh mengurangkan masalah kesihatan yang boleh dicegahsecara berkesan. Secara peribadi, saya mengalami ruam kulit(di dahi dan jari kaki) semasa di bangku sekolah kerana mengabaikan rutin kebersihan kulit yang betul. Saya hanya mengamalkan tabiat kebersihan diri yang betul selepas mendapati kulit muka saya bermasalah.”
Fasa kedua #Guardiancares “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”akan bermula pada 27 Disember2023.
“Kami sangat berharap agar pelanggan kami akan terus menyokong kempen yang terpuji dan bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa yang mencabar ini, dan kami berharap usaha kami akan terus memainkan peranan utama dalam menjaga kebersihan dan kesihatan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dan di seluruh rantau ini,” kata Anna mengakhiri.






No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...