Konsep rumah adalah gabungan rekaan rumah tradisi melayu dan juga semi industri. Kita boleh lihat dari struktur rekabentuk dan bumbung villa seperti rumah tradisi melayu lama. Namun dekorasi didalamnya adalah berkonsepkan semi industri.
Terdapat 3 bahagian rumah ini iaitu Villla Serambi, Villa Teratai dan Villa Anjung.
Di bahagian common area adalah Villa Serambi yang menempatkan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Konsep dekorasi bahagian dalaman ruang ini adalah gabungan semi-industri dan melayu tradisi yang cukup aestetik.
Manakala untuk Villa Teratai terdapat 2 bahagian iaitu Villa Teratai Studio (bawah) dan juga Villa Teratai Dormitory (atas).
Bilik di Villa Teratai Studio ini boleh memuatkan sehingga 5 orang pada satu-satu masa.
Di bahagian depan adalah Villa Anjung, rekaan yang lebih moden. Mempunyai tuang tamu, bilik air dan juga bilik tidur yang lebih privasi.
Apa yang lebih menarik, semua kelengkapan ada disediakan di Bohoq Villa. Ini termasuklah peralatan memasak, mesin basuh, tempat BBQ, kolam mandi dan pelbagai lagi.
Paling suka dengan persekitaran yang dikelilingi dengan bendang yang kehijauan, memang sejuk mata memandang.
Suasana didalam kampung yang jauh dari hiruk piruk kota menjadikan bermalam di Bohoq Villa sememangnya satu keseronokan dan dapat memberi ketenangan. Memang sangat rekomen pada mereka yang inginkan suasana terapi dan ‘healing’.
Bagi saya sendiri bercuti di Bohoq Villa Langkawi memberi kelainan dari pengalaman saya bercuti sebelum ini. Selain daripada persekitaran villa yang sangat cantik, fasiliti superb, saya juga sangat sukakan dekorasinya yang cukup astetik.
Jika bercuti di Langkawi, bolehlah menginap di Bohoq Villa, okiee


















menarik ni utk big family gathering ;)
ReplyDelete