Antara selebriti popular adalah Nabila Huda yang merupakan pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) menerusi lakonannya dalam Makrifat Cinta dan Fara Nadiah yang menceburi bidang lakonan sejak kecil lagi selain terkenal dengan filem Irama Kita.
Mereka antara barisan selebriti popular selain Sherry Alhadad dan Dato' Seri Vida yang aktif mengajak peminat menyokong perniagaan tempatan sejak September lalu. Ini menjadikan Shopee Live Skuad Stylo meraih 2 juta tontonan serta hampir 850,000 “Add to Cart” sejak mula bersiaran pada 5 September lalu.
Nabila yang mempunyai 3.1 juta peminat di media sosial turut berkongsi dia membelanjakan antara RM300 hingga RM400 setiap bulan untuk membeli barang keperluan dapur dan barangan elektrik di Shopee. "Saya mendapati membeli barangan keperluan seperti beras dan jenama pasta kegemaran saya di Shopee lebih mudah daripada ke kedai fizikal," katanya.
Ketika strim langsung pada 2 Oktober lalu yang dikendalikan bersama pengacara Sarancak (Sara Zulkifli), Fara turut menekankan kualiti dan harga mampu milik produk buatan tempatan, seperti jongkong emas 999.9 jenama Masdora.
Pelakon ini juga menyedari penjual wanita di Shopee membantu menaikkan wanita lain dalam komuniti mereka: “Menjual dalam talian memudahkan wanita terutamanya suri rumah kerana mereka boleh menguruskan perniagaan sambil menjaga anak. Mereka adalah contoh peranan kepada penjual lain,” kata Fara yang mempunyai 159,000 pengikut di Instagram.
Shopee mempunyai rekod prestasi dalam memperkasakan pencipta kandungan untuk mencapai keputusan yang cemerlang menerusi jualan strim langsung di platform tersebut. Penjual strim langsung Shopee terbaik di setiap negeri di Malaysia telah menjana jualan sebanyak RM4.6 juta dalam tempoh 12 bulan lalu.
%20selebriti%20jemputan%20untuk%20permainan%20Kotak%20Duit%20Misteri%20ketika%20Shopee%20Live%20Skuad%20Stylo.jpg)

%20dan%20selebriti%20Sherry%20Alhadad%20membantu%20seorang%20pemenang%20memilik%20kotak%20semasa%20permainan%20Kotak%20Duit%20Misteri.jpg)
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...