Ini mungkin berpotensi membawa kepada penyakit tulang seperti osteoporosis yang berisiko untuk menjejaskan pergerakan seseorang. Saringan ini juga turut mendedahkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia 1 mempunyai kekuatan otot yang lemah. Bertujuan untuk menilai kekuatan tulang dan otot, saringan percuma ini telah dijalankan melalui beberapa siri roadshow bermula pada bulan Mei 2022 dan dibuka kepada orang dewasa berumur 19 tahun ke atas.
Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura berkata:
Hasil daripada saringan mobiliti telah mendedahkan trend yang membimbangkan iaitu kesedaran rendah dalam kalangan warga Malaysia mengenai kesihatan tulang. Ini sekali gus menekankan keperluan mendesak untuk menangani masalah dan risiko berkaitan dengan mobiliti di negara kita. Di Anlene, kami percaya bahawa langkah pencegahan terhadap osteoporosis boleh mengurangkan kelazimannya dalam populasi rakyat Malaysia dengan ketara. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu untuk menjaga kecergasan dan kesihatan tulang, sendi serta otot mereka secara proaktif, agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan membantu mereka untuk kekal aktif selama yang boleh.
Kerjasama eksklusif ini akan ditunjukkan melalui inisiatif meluas dengan roadshow Anlene Mobilit Check yang dijalankan di pelbagai cawangan AEON di seluruh negara dan di Columbia Asia Hospital Puchong sepanjang bulan Oktober 2023. Roadshow ini akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada orang ramai dengan menggunakan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot, bertujuan untuk memberikan warga Malaysia maklumat tentang kekuatan tulang 2 dan otot mereka.
Dr Paisal Bin Hussin, Pakar Bedah Ortopedik di Columbia Asia Hospital Puchong menjelaskan bahawa
osteoporosis adalah salah satu kebimbangan kesihatan yang boleh menjejaskan ramai orang secara senyap.
osteoporosis adalah salah satu kebimbangan kesihatan yang boleh menjejaskan ramai orang secara senyap.
Kelaziman osteoporosis diunjurkan lebih tinggi di Asia berikutan populasinya yang semakin tua, dan Malaysia tidak terkecuali. Lebih membimbangkan, Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan tertinggi dalam jumlah patah tulang pinggul menjelang 2050. Lonjakan ini adalah akibat langsung daripada osteoporosis—keadaan yang dicirikan oleh tulang yang lemah yang lebih terdedah kepada patah tulang, terutamanya di kawasan pinggul
kata Dr. Paisal.
Tambahnya lagi, Untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat, badan kita secara semula jadi menjalani proses yang berterusan dipanggil pembentukan semula tulang, di mana tulang lama digantikan dengan tisu tulang baru. Proses ini berlaku sepanjang hayat kita. Walau bagaimanapun, apabila usia meningkat, ia boleh menjadi kurang cekap, dan kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an. Wanita yang dalam tempoh peralihan menopaus mungkin mengalami kehilangan tulang yang cepat, berpotensi kehilangan sehingga 20% ketumpatan tulang mereka.
Mujurlah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis boleh dicegah. Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang anda dari usia muda adalah penting. Dengan mengambil langkah proaktif untuk menguatkan tulang kita hari ini, kita boleh menjamin masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan
nasihat Dr. Paisal.
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ms Liew Yen Lee, Penolong Pengurus
Pemakanan di Fonterra Brands Malaysia. Beliau menasihatkan,
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ms Liew Yen Lee, Penolong Pengurus
Pemakanan di Fonterra Brands Malaysia. Beliau menasihatkan,
Menjaga tulang, sendi dan otot kita bermula dengan pilihan gaya hidup yang sihat yang menggabungkan kedua-dua senaman kerap dan diet yang seimbang. Mengamalkan senaman yang kerap bukan sahaja menggalakkan tulang yang kuat tetapi juga menguatkan otot yang menyokongnya. Gabungan aktiviti ini dengan diet seimbang yang kaya dengan kalsium, vitamin D, protein, adalah penting. Anlene diformulasi untuk menyokong kekuatan tulang bersama dengan diet seimbang dan gaya hidup yang aktif
Anlene™ GOLD 5X™ dirumus secara saintifik dengan nutrien utama yang penting untuk menyokong
keperluan pemakanan orang dewasa. Setiap gelas menyediakan 100%** kalsium, vitamin D, tinggi protein, kolagen, MFGM Active™, dan 17 vitamin dan mineral.
keperluan pemakanan orang dewasa. Setiap gelas menyediakan 100%** kalsium, vitamin D, tinggi protein, kolagen, MFGM Active™, dan 17 vitamin dan mineral.
Satu kajian 4 mencadangkan bahawa pengambilan harian dua gelas susu yang diperkaya dengan nutrien
penting seperti kalsium, Vitamin D, magnesium, dan zink, boleh membantu dalam mengurangkan
kemerosotantulang dalam tempoh 4 minggu. Satu lagi kajian 5 menunjukkan bahawa pengambilan MFGM dalam diet seseorang berserta dengan senaman yang kerap, boleh meningkatkan kekuatan otot selepas 4 minggu.
penting seperti kalsium, Vitamin D, magnesium, dan zink, boleh membantu dalam mengurangkan
kemerosotantulang dalam tempoh 4 minggu. Satu lagi kajian 5 menunjukkan bahawa pengambilan MFGM dalam diet seseorang berserta dengan senaman yang kerap, boleh meningkatkan kekuatan otot selepas 4 minggu.




No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...