Bermula 1 Julai 2023, Shopee menyumbang 50 juta ringgit untuk membantu para pelajar membeli bahan pembelajaran dan mencapai kecemerlangan akademik. Ini dapat dilakukan melalui baucar bernilai RM20 tanpa perbelanjaan minimum yang boleh digunakan untuk menebus bahan pembelajaran di kedai rasmi Sasbadi di Shopee, eksklusif buat pelanggan baharu Shopee. Sepanjang tahun ini, baucar ini akan dicetak dalam bahan penerbitan Sasbadi terpilih dan diedarkan melalui Shopee dan kedai buku seluruh negara.
“Buat mereka yang memerlukan bahan pembelajaran berkualiti tinggi, anda tidak keseorangan – Sasbadi komited untuk membantu anda mencapai potensi secara menyeluruh. Kami percaya bahawa Shopee mampu menyediakan sokongan yang sangat diperlukan ini untuk para pelajar di seluruh Malaysia, terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan dan yang amat memerlukannya. Kami akan sentiasa meneroka peluang untuk meningkatkan kesedaran terhadap usaha-usaha seperti ini,” kata Law King Hui, Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas Sasbadi.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sasbadi dalam menyokong keperluan pendidikan pelajar luar bandar dan yang kurang berkemampuan daripada pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong komuniti tempatan menggunakan teknologi. Saya percaya bahawa pendidikan amat penting dan bersama-sama dengan pasukan saya, saya gembira kerana dapat membalas sokongan yang saya terima semasa saya belajar dahulu. Kami berharap agar sokongan daripada Shopee ini dapat membantu para pelajar mencapai impian mereka,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...