Nim’s Memperkenalkan STAR BERRY Crispy Choco Tub Bersama Coklat Strawberi


Nim’s Memperkenalkan STAR BERRY Crispy Choco Tub Bersama Coklat Strawberi
- Nim’s jenama tempatan coklat tub dibawah NIMS ADELICIOUSZ SDN BHD yang cukup popular dan diminati dikalangan masyarakat Malaysia terutama golongan remaja. Mula diperkenalkan pada tahun 2019 dan sehingga kini Nim’s terus mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan pelbagai varian baru yang lebih inovatif.


Puan Tengku Norhanim Bt Tengku Othman merupakan pengasas Nims, EN Faiz Bin Hussamuddin pula merupakan pengasas bersama

Penyanyi remaja Iman Troye telah dilantik sebagai duta bermula pada bulan Mac 2022 bagi bersama-sama membantu memperkenalkan jenama Nim’s bukan sahaja untuk pasaran Malaysia bahkan luar negara.


Sehingga kini, jenama Nim’s sendiri sudah mempunyai 3 kilang di Meru, Klang Malaysia dan telahpun membuka ibu pejabat di Jakarta Indonesia.  Ini juga susulan daripada kejayaan kilang Nim’s yang telah diberi pengiktirafan GMP pada November 2022.

Tahun 2022 Nims sudah mula menebusi pasaran Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Bakal membuka satu lagi cawangan kilang di Indonesia menjelang tahun 2023.


Terkini Nim’s telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY dengan bijirin crispy berbentuk bintang berwarna merah jambu dinikmati bersama limphan coklat strawberi yang sangat sedap. Untuk info, STAR BERRY merupakan produk ke-7 dari jenama Nim’s.


Majlis pelancaran produk terbaru ini adalah khusus buat ejen-ejen nims yang sentiasa  komited sepanjang tahun. Produk terbaru ini juga adalah bagi merealisasikan impian mereka yang sentiasa mahukan produk terbaru!

NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY ditawarkan untuk satu tub pada harga RM15 sahaja dan pelanggan boleh dapatkan daripada agen-agen sah Nim’s dari seluruh Malaysia.


Nim’s variasi versatil coklat didalam balang,
Kudapan hebat yang memberi rasa keriangan!

7 comments:

  1. wah..ada perisa baru la. tak sabar nak cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi jenama Nims. Selalu Choco Jer je.. nanti leh cuba. macam sedap je perisa baru dia ^^

    ReplyDelete
  3. Tau tak bahaya betul Nims nie? Kalau buka, kena habiskan sebab memang sedap dan tak boleh stop hehehe

    ReplyDelete
  4. Nyummyy STAR BERRY Crispy Choco Tub Sedapnyaaa . Anak buah pernah bagi iena cuba. Sedap. Nanti nk cari la STAR BERRY Crispy Choco Tub Bersama Coklat Strawberi

    ReplyDelete
  5. Sure delicious kan dengan Strawberry flavor! Nak try juga la! 👍🏻 fav Nell juga bah ni’

    ReplyDelete
  6. Wow this chocolate dessert or snacks looks so tempting, i also want to try

    ReplyDelete
  7. Besar juga bekas dia untuk harga RM15 kira berbaloi la juga. Kalau saya makan tahan dalam seminggu nak catu-catu takut habis. Haha

    ReplyDelete

Sharing is caring...