Yang penting sekali, ia lembut untuk kulit dan bukan sahaja digunakan untuk mengurangkan suhu badan anda. Malah, boleh digunakan apabila anda mengalami sakit kepala, sakit gigi, malam yang panas, bekerja di bawah cuaca panas, ataupun untuk kulit merah selepas bersukan. Anda cuma perlu mengeluarkan Fevercare dan melekatkan filem penyejuk gel yang berwarna biru pada bahagian badan yang diingini, anda boleh memotong filem tersebut mengikut saiz yang sesuai. Selain itu, ia datang dalam pembungkusan lepuh ambar mesra alam yang memberikan perlindungan cahaya UV dan biru. Memandangkan produk ni dibuat daripada bahan semula jadi, tiada bahan kimia berbahaya boleh meresap ke dalam produk. Produk Fevercare telah menjalani ujian dan mempunyai jaminan yang berkualiti dan diluluskan oleh MDA (Medical Authority Device).
Yukazan Fevercare tersedia dalam pembungkusan 2 dan 6 keping untuk dewasa dan kanak-kanak. Perbezaan antara produk tersebut adalah size yang lebih kecil untuk kanak-kanak dan reka bentuk tepi melengkung yang lagi sesuai ditampal pada dahi kanak-kanak, dan tampalan perubatan gel sejuk kanak kanak disyorkan untuk kanak-kanak berumur 3 bulan dan ke atas.
Joyce Lee, Pengarah Urusan MKA Joycare Sdn. Bhd. berkata bahawa Malaysia mengalami peningkatan suhu dari tempoh Julai hingga September awal tahun ini. Suhu tertinggi tercatat setakat ini ialah 36 darjah celcius, dan suhu tinggi boleh menyebabkan strok haba oleh kerana suhu badan yang terlalu tinggi. Inilah sebab Yukazan Fevercare direka untuk menurunkan suhu badan anda, tiada lagi kebimbangan tentang hari gembira yang dirosakkan oleh cuaca yang panas.
Pelakon Hong Kong, Him Law, berasa kagum dengan tampalan gel sejuk perubatan Fevercare bila dia mengetahui bahawa ia mengandungi lebih daripada 80% kandungan air. Dia menyatakan bahawa produk Fevercare memberikan perasaan sejuk dan selesa, selepas dia menampalkan pada lehernya semasa acara pelancaran Fevercare di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Beliau juga berkata bahawa produk Fevercare kanak-kanak itu mirip topeng mata di mana kita boleh tampal di kawasan bawah mata untuk tujuan menenangkan selepas bekerja seharian.
Yukazan Fevercare kini boleh didapati di farmasi, Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada pautan Facebook ini: https://www.facebook.com/officialYukazan

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...