Majlis Anugerah Graduasi ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Seribudi bagi meraikan para pelajar Tingkatan 5 yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka. Seramai 99 orang pelajar yang dirai terdiri daripada pelajar Aliran Sains Tulen, Perakaunan dan Perniagaan.
Di majlis malam penuh gemilang ini juga turut diadakan pemberian penganugerahan kepada pelajar tingkatan 5 yang telah mencapai pencapaian yang membanggakan samada akademik mahupun ko-kurikulum.
Turut hadir menyempurnakan majlis, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad. Yang Berhormat telah berbesar hati merasmikan majlis dan beliau turut berasa bangga dengan pencapaian Sekolah Menengah Seribudi yang dulu pernah memberi didikan kepada dua anak beliau.
Moga Majlis Anugerah Graduasi ini dapat menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan sepertimana yang terkandung dalam visi serta misi sekolah.
Suntikan semangat dan pengiktirafan yang telah diberikan kepada graduasi secara tidak langsung dapat
menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka agar
lebih cemerlang dan progresif.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...