Inilah mee rebus yang cukup popular di Ipoh. Harga untuk satu mangkuk (pada entri ini ditulis) adalalah RM5.50 sahaja. Cukup segala rasa dengan kepekatan sesuai serta isi kuah yang tidak menghampakan. Dapat telur sebiji lagi untuk dalam setiap mangkuk.
Saya juga ada order nasi ayam. Harga untuk satu pinggan RM6.60. Okla sedap juga tapi bukanlah nasi ayam terpaling sedap saya pernah makan. Laksa di sini sedap juga. Tapi kunjungan kali ini saya tidak order laksa memandangkan waktu makan tengahari jadinya saya gemarkan lagi makanan seperti nasi dan mee rebus.
Pelbagai jenis minuman ada ditawarkan tapi paling saya suka adalah lai chi kang. Untuk satu mangkuk ini harga yang dikenakan adalah RM3.50. Agak berbaloi sebab macam-macam bahan ada didalamnya. Dan lai chi kang sangat sesuai dinikmati ketika waktu cuaca panas sebab ianya dapat membantu mneyejukkan badan.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...