Tapi lakonan Isla (siapa yang pernah tengok cerita Confession of Shopaholic) dan Zach sebagai suami isteri memang tidak mengecewakan. Sempoi dan gila-gila.
Kisahnya mengenai Jeff dan Karen Gaffney (Zach Galifianakis dan Isla Fisher) hidup bahagia di pinggir bandar bersama anak-anak mereka. Jeff merupakan pengurus HR di syarikat teknologi, sementara Karen bekerja sambilan sebagai pereka dalaman.
Sehinggalah pada suatu hari setelah anak-anak Jeff dan Karen dhantar menyertai program perkhemahan ada sepasang suami isteri baru berpindah di sebelah rumah mereka.
Karen ni ala-ala jiran prihatin (macam penyibuk) gigihlah skodeng dan nak tahu lebih lanjut tentang jiran yang baru berpindah. Jiran baru iaitu The Joneses merupakan pasangan suami isteri moden yang segak dan bergaya, si suami Tim (Jon Hamm) adalah seorang penulis pelancongan manakala isterinya Natalie (Gal Gadot) merupakan baker, blogger dan banyak terlibat dengan projek kebajikan.
Karen suspek The Joneses ini bukan pasangan biasa. Sepertinya pasangan ini menyembunyikan sesuatu. Apatah lagi gerak-geri Tim yang begitu mencurigakan seolahnya ingin mendapatkan sesuatu info daripada Jeff. Dan Karen sendiri mengikuti Natalie secara dekat untuk mengetahui apa yang sebenarnya aktiviti rahsia yang dijalankan oleh pasangan ini.
Jeff mula-mula malas nak layan karenah isteri dia. Last-last dia pun ikut sama sangsi dengan Tim. Pada masa yang sama dia dan Tim sudah berkawan baik.
Macam best jer citer ni...nak tengok la kat netflix
ReplyDelete