Rawatan Gold Laser Alternatif Untuk Menjadikan Kulit Wajah Sihat dan Berseri-Seri

Ibarat kata-kata 'kecantikan itu semuanya milik insan', setiap orang pastinya inginkan kulit yang cantik, sihat dan berseri-seri pada masa yang sama. Dengan teknologi tinggi yang diperkenalkan hari ini, terdapat banyak rawatan wajah yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan bajet tuan badan.

Namun bagi saya sendiri, pelaburan untuk dapatkan kekalkan wajah yang sihat dan berseri-seri adalah satu pelaburan jangka panjang. Selain daripada kepuasan ianya juga memberi kelebihan dari segi aura diri personanya agak luar biasa!


Rawatan Wajah di Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa
Betemu dengan figura yang cukup dikenali dalam bidang astetik, Dr Alice Prethima Michael memang benar-benar mengujakan saya. Dr. Alice yang memulakan kareernya sebagai doktor sakit puan dan perbidanan (OBGYN), telah beralih ke bidang astetik kerana minat dan juga ingin membantu ramai pesakitnya  dalam membina keyakinan serta meningkatkan  kualiti hidup.

Dr Alice Prethima Michael 

Pada tahun 1999, Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa telah diperkenalkan dengan menawarkan kombinasi rawatan dalaman (Kesihatan & Kesejahteraan) dan luaran (Estetik & Anti-Penuaan). Dengan pendekatan holistik menggabungkan pengetahuan ilmu bidang perubatan Obgyn, seterusnya Dr Keluarga dan kini bidang astetik dapat memenuhi keperluan serta kehendak pesakit  secara keseluruhan.


Dr Alice bersama Puan Priya Simmi

Priya Simmi merupakan Mrs Malaysia World 2019/2020 yang juga merupakan antara yang menerima rawatan bersama Dr. Alice. Saya memang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Puan Priya dalam sesi temubual bersama blogger baru-baru ini. Di mana beliau menyentuh tentang ' kehendak dan keinginan dari diri kita sendiri'. Beliau sendiri ada masalah jerawat dan beliau mahu atasi masalah yang dihadapi. Ini kerana beliau mahu bertemu orang dalam keadaan lebih yakin kerana keterampilan itu sangat penting. Priya juga sangat berpuas hati dengan semua rawatan yang dijalankan bersama dengan Dr. Alice kerana beliau tidak menghadapi sebarang kesan sampingan. Bahkan selepas rawatan beliau boleh berjumpa dengan klien dan sesiapa sahaja dengan selesa dan gembira.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa telah menawarkan potongan harga diskaun  40% untuk rawatan seperti berikut :-

  • Dr Alice Gold Laser
  • Dr Alice Facial Rejuvenation Method (Profhilo)
  • Dr Alice Shine Bright Program
  • Dr Alice Thread Lift Using Aptos Threads

Walaubagaimanapun tawaran diskaun ini adalah sah sehingga 1 September 2020.


Rawatan Dr Alice Gold Laser
Rawatan wajah ini khas untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat/bekas jerawat ataupun meningkatkan kesihatan kulit. 
Dengan menggunakan Photo Thermal Technology boleh merawat wajah terutamanya yang mempunyai masalah jerawat.

Menggunakan formulasi elemen semulajadi (gold) yang dipercayai selamat bersama teknologi terkini boleh menghilangkan jerawat dan juga bekas-bekas jerawat. Ini menjadikan rona kulit lebih sekata tanpa sebarang cela. Revolusi penggunaan 'Gold' sememangnya mendapat pengiktirafan daripada FDA (Food and drug Administration) pada September 2018.  Dan di Malaysia ini merupakan pengenalan Goled Laser yang pertama!

Terdapat 4 prosedur yang dijalankan untuk Gold Laser:-

Wajah akan dibersihkan terlebih dahulu. Tidak ada mekap dan benar-benar bersih.

Seterusnya wajah akan disapukan dengan 'Gold Micro Particle' (99.9% Gold).

 Penggunaan Blue Light ini penting untuk mematikan kuman. Ini terutama jika wajah memang mempunyai jerawat atau kesan jerawat, blackheads dan sebagainya.

Tidak akan rasa sakit biarpun hanya sedikit. Dan sepanjang rawatan memang patient akan rasa selesa. (Tengok Aliza, muka bahagia jer kan, hahah)

 Seterusnya prosedur yang memerlukan penggunaan teknologi laser. Jadi mata perlu benar-benar ditutup. Pesakit perlu memakai penutup khas mata.

Proses pancaran laser ini adalah penghasilan tenaga haba yang merangsang kulit untuk meningkatkan pengeluaran kolagen baru dan sel kulit baru. Hasilnya, tisu penghubung tumbuh dengan lebih pantas,  dapat mengecilkan kelenjar minyak dan pori menjadi lebih halus.

 Ramai tidak tahu kulit berminyak menjadi punca kepada pori terbuka sehingga menyebabkan pengumpulan bintik hitam, selain peningkatan usia, jantina dan genetik juga adalah puncanya. Proses ini juga dapat meremajakan kulit kita.

Seterusnya wajah akan disapukan dengan laser krim dan sunblock. Perlindungan wajah selepas rawatan menggunakan laser.

Wajah akan kelihatan berseri-seri selepas rawatan. Saya difahamkan untuk tempoh 5 hari, hanya pemakaian krim sunblock sahaja digalakkan. Selepas 5 hari barulah digalakkan whitening cream dan sebagainya.

Aliza bersama Dr Alice selepas rawatan Gold Laser.

Disarankan sebanyak 4 kali rawatan Gold Laser perlu dilakukan untuk setiap patient bagi mendapatkan kesan yang paling terbaik. Tempoh rawatan seterusnya adalah bergantung kepada keadaan kulit muka, sekiranya mempunyai jerawat yang besar dan teruk perlu dilakukan dalam tempoh 2 minggu selepas rawatan pertama. Namun untuk muka yang tiada bermasalah dalam tempoh sebulan baru mengambil rawatan seterusnya sudahpun memadai.

Untuk rawatan Gold Laser ada ditawarkan pakej berharga RM2500 untuk 4 kali rawatan.

Dan untuk info lebih lanjut korang boleh layari:-
Instagram : dralice_prethima

Untuk mendapat rawatan, ada 3 cawangan klinik Dr Alice iaitu;

Dr Alice Ageless Medispa
257, Jalan Maarof, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-20950458

Dr Alice Anti Aging
62-1 Jalan Maarof, Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22820994

Dr Alice Klinik
46, Lorong Batu Nilam 21-A,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang.
Tel : 03-3324699

Gold Laser menggunakan teknologi menarik,
Bersama Dr Alice menawarkan rawatan terbaik!
Rawatan Gold Laser Alternatif Untuk Menjadikan Kulit Wajah Sihat dan Berseri-Seri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 09, 2020 Rating: 5

16 comments:

  1. Wah untung la dah berseri wajah Aliza ... dia kena terus sambung ni utk nampak lebih cantik dan licin..

    ReplyDelete
  2. The face looks bright and smooth after the treatment!

    ReplyDelete
  3. nampak berseri2 lepas treatment. ada diskaun boleh la try nanti

    ReplyDelete
  4. Memang nampak wajah Aliza makin berseri selepas rawatan tu. Ayu pula ambil pakej yang mana?

    ReplyDelete
  5. Laser ni bgus sebenrnya.. Cuma tu la, takut2 je nak biat.. Ehhehe.. Makin cun la alizara.. Memnag nampakn bahagia ye masa rawatan

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik.. Harga pun berpatutan utk 4 kali sesi.. Nampak beza wajah Aliza selepas treament.. 😍 😍 😍

    ReplyDelete
  7. wah ada 40% diskaun! apa lagi tunggu, mereka yg inginkan wajah berseri dan cantik, inilah masanya! :)

    ReplyDelete
  8. Wa the Rawatan Wajah di Dr Alice Total Wellness and Ageless Medispa looks good. Ladies can keep flawless skin with it now

    ReplyDelete
  9. Wah... canggihnya ada rawatan macam ni untuk kulit muka yang pasti akan memberi seri pada wajah

    ReplyDelete
  10. Rawatan laser memang bagus untuk pulih kan kulit muka. Lagi2 kalau ada lobang2 bekas jerawat tu..

    Tapi seram la nak try ..Hahah..

    ReplyDelete
  11. Dengar nama laser pun dah seram. Macam macam rawatan dah sekarang ni untuk cantik

    ReplyDelete
  12. muka aliza mmg serius nmpk perubahan masa tu juga. Ingatkan lepas rawatan dia mekap, tak rupanya. nampak cam mekap. Wow sangat tau kesan dia...terserlah natural beauty..tak yah mekap pun cantik..

    ReplyDelete
  13. Belum pernah cuba rawatan gold laser ni lagi, nampak berseri seri selepas the treatment.

    ReplyDelete
  14. nowadays this has been a very normal treatment and it is also important for those having some skin issue. i like this

    ReplyDelete
  15. Wow gold laser. Kalau dah cuba tentu boleh dapat wajah yang berseri-seri kan?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.