Persoalannya siapa, apa, bila, bagaimana dan mengapa begitu berminat dengan Anzo Holdings? Adakah kerana kenaikan Anzo dan siapa pelabur yang sedang mengintai syarikat itu? Seperti yang diketahui, penglibatan Anzo dalam industri pembuatan sarung tangan menarik perhatian ramai pelabur. Ini kerana industri sarung tangan antara yang paling menguntungkan di dunia ketika ini dek kerana pandemik Covid-19. Jadi apabila Anzo menceburi perniagaan inu secara tidak langsung dapat menarik minat pelabur runcit dan institusi dana asing yang lain.
Sepertimana yang kita ketahui syarikat ini telah membeli kilang pembuatan sarung tangan perubatan di Manjung, Perak dengan harga RM55 juta. Kilang ini dikatakan dapat menghasilkan hingga 1.2 bilion sarung tangan perubatan dan sarung tangan nitril setahun sekaligus menghasilkan pendapatan sekitar RM400 juta.
Sebelum pengumuman ini, Anzo juga ada menyatakan telah memenangi kontrak bernilai RM1.3 bilion untuk membekalkan material tembaga kepada pembuat keluli besar di Korea Selatan. Kedua-dua perniagaan ini akan meningkatkan pendapatan Anzo dalam jangka masa terdekat dan dapat mengukuhkan lagi kedudukan kewangannya pada tahun akan datang.

Walaubagaimanapun bahagian sektor kayu Anzo terjejas kesan daripada perintah kawalan pergerakan pada bulan Mac 2020 dan hanya menyumbang perolehan sebanyak RM900,000 (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut. Namun dengan hasil operasi yang lebih baik, ianya mencatatkan kerugian kecil iaitu hanya RM2,000 berbanding dengan kerugian RM1.03 juta pada suku tahun sebelumnya.
Untuk sembilan bulan hingga kini, pendapatan dan keuntungan kasar syarikat masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta. Dan ini bermakna kerugian sebelum cukai berkurang hampir separuh iaitu dari RM2.7 juta pada 2019 menjadi RM1.39 juta pada tahun 2020.

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...