Tidak dinafikan terdapatnya pelabur global China samada dari China mahupun Hong Kong telah menjadi pemegang saham utama di Anzo Holdings Bhd. Dan ianya adalah kurang dari 7 hari dari bermulanya CSTME Resources Bhd mengambil alih hampir 12 peratus pegangan saham dalam syarikat itu.
Jadi siapakah pelabur ini dan apa yang dilakukan oleh Anzo Holdings Bhd. sehingga menarik minat pelabur asing?
Seperti berlakunya sekarang di mana baru-baru ini Anzo Holdings Bhd. telah memenangi kontrak bernilai RM1.3 bilion bagi tujuan membekalkan tembaga millberry kepada kumpulan pembuatan keluli di Korea Selatan yang telah berkuat kuasa mulai 1 Julai.
Selain itu, Anzo dan anak syarikatnya juga mengadakan perjanjian pembekalan dengan CSTME. Di mana CSTME dikatakan mempunyai lesen AP untuk mengeksport produk tersebut ke syarikat di Korea Selatan.
Ini juga antara faktor kemungkinan CSTME melihat adanya potensi besar jika melabur di Anzo dan kemungkinan itu jugalah sebabnya syarikat ini mengambil 12 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut. Sepertimana yang kita ketahui menjadi pemilikan didalam industri tembaga merupakan perniagaan yang menguntungkan.
Pada minggu lepas, Anzo mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membeli syarikat pembuatan sarung tangan dengan harga RM55 juta. Anzo turut membeli aset Wintrade World Sdn Bhd termasuk tanah dan kilang yang mana mampu menghasilkan sehingga 1.2 bilion sarung tangan perubatan dan sarung tangan nitril setahun.
Pembekal utama di Malaysia sememangnya tidak menemui jalan keluar yang cepat untuk mendapatkan permintaan sarung tangan perubatan kerana munculnya penyakit Covid-19 di seluruh dunia. Ini kerana kesan pandemik ini menyebabkan sarung tangan perubatan global semakin berkurang akibat lonjakan permintaan. Isu ini juga didorong oleh masalah virus korona yang akan berlanjutan hingga tahun depan.
Jadi adakah ini sebenarnya yang disasarkan oleh pelabur China atau Hong Kong?
Iaitu dengan menjadi pemilikan di dalam Anzo, mereka akhirnya dapat memiliki bahagian dalam perniagaan sarung tangan yang diusahakan oleh syarikat.

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...