Dengan potensi permintaan melebihi penawaran untuk produk sarung tangan ini sekaligus Anzo Holdings Berhad dapat menggandakan pengeluaran sehingga lebih dari 2 bilion sarung tangan perubatan dalam masa setahun.
Jika dilihat kepada keuntungan yang bakal diperolehi oleh Anzo Holdings Berhad dari perniagaan pembuatan sarung tangan memang hebat, Sekiranya Anzo dapat menghasilkan 1 bilion sarung tangan dalam masa setahun, ianya akan menjana pendapatan lebih dari RM400 juta. Dengan harga pasaran semasa mencecah USD75 untuk setiap kotak 1,000 keping, Anzo dikatakan boleh mendapat keuntungan seumur hidup. Dijangkakan juga Anzo dapat menghasilkan keuntungan lebih dari RM200 juta setiap tahun selagi dapat menyediakan 1 bilion sarung tangan.
Bayangkan jika kumpulan ini menggandakan pengeluaran, maka ianya dapat memberi keuntungan lebih dari RM400 juta. Secara tidak langsung, meletakkan Anzo Holdings Berhad sebaaris nama besar pembuat sarung tangan terkemuka di Malaysia seperti Top Glove, Hartalega dan Kossan.

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...