Didapati pasaran e-dagang Malaysia dianggarkan bernilai AS $ 4 bilion akan terus meningkat kesan daripada pandemik Covid-19. Ini adalah kerana lebih ramai pelanggan akan membeli produk atas talian. Walaupun Covid-19 sudah berakhir, tabiat membeli-belah atas talian tetap tinggi memandangkan pembelian ini lebih mudah.
Dengan lebih ramai pelanggan yang membeli-belah atas talian menjadikan kadar penggunaan internet yang lebih tinggi, sekaligus menjadikan nilai pasaran e-dagang di sini melebihi AS $ 4 bilion. Ini juga membantu meningkatkan pendapatan syarikat seperti PDZ yang terlibat dalam perniagaan pelapik kontena.
PDZ telah memulakan langkah mengembangkan syarikatnya. Di mana syarikat ini berjaya mendapatkan kontrak logistik bernilai RM600 juta dari operator e-dagang gergasi yang berpangkalan di China. Antara syarikat e-dagang yang disebut menpunyai kontrak logistik bersama PDZ bernilai RM600 juta termasuklah Alibaba Group Holding Ltd dan Tencent Holdings Ltd yang kini menguasai pasaran e-dagang China dengan platform seperti Taobao dan JD.com Inc.
Perolehan pendapatan PDZ pasti akan meningkat dengan kontrak ini dan boleh memperolehi keuntungan fiskal yang lebih tinggi pada tahun semasa dan seterusnya. Syarikat ini juga mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi sebanyak RM1.22 juta untuk suku semasa yang berakhir pada 31 Mac 2020, berbanding tahun sebelumnya yang sama iaitu RM1.04 juta. Ini disebabkan oleh jumlah yang lebih tinggi dapat dicapai syarikat pada Januari dan Mac.
Tinjuan juga mendapati syarikat memperolehi keuntungan bersih selama tiga bulan berbanding dengan tahun sebelumnya. Ini juga disebabkan oleh perolehan pendapatan yang lebih tinggi dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...