Sebabnya anak perempuan saya yang seorang ni seorang yang sangat 'thoughtful' (betul ke eja, ehh). Saya perhatikan setiap kali perayaan apapun, Amani akan beria buat kad dan juga belikan hadiah. Kalau raya tu dia pun teringin nak kasi angpow kat adik-adik dia. Jenis yang suka memberi.
Kebaikannya ini memang adik-beradik dia lain sangat perasan. Mana yang suka bergaduh (cari pasal dengan Amani) macam Akid pun akan touching, sebab perangai Amani yang sentiasa ingat orang lain.
Beria tau, saya pusing satu mall cari hadiah untuk Amani. Ada juga kiriman dari anak-anak lain untuk carikan hadiah untuk Amani. Saya dengan Dedet kebetulan bagi hadiah lebih kurang sama iaitu sandal. Anak yang lain kebanyakan hadiahkan barangan bertemakan unicorn. Sebab Amani memang peminat unicorn.
Happy ulangtahun ke 10 Amani. Semoga Amani sentiasa diberi kesihatan baik, diterangkan hati, dipermudahkan segala urusan pembelajaran, diberi kejayaan manis-manis. Ameen
Mummy doakan yang terbaik buat Amani. Love you so much :-)

Happy birthday Amani...
ReplyDeletetq aunty :-)
Delete