"Kempen Beli Barangan Malaysia" Platform Terbaik Untuk Usahawan IKS
Melalui kempen ini secara tidak langsung dapat membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk keluaran mereka serta dapat mencari peluang baru bagi menghasilkan produk yang lebih bermutu dan mematuhi standard bagi memasarkan produk di pasaraya besar lain di seluruh Negara.
Dengan platform yang disediakan membolehkan produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan IKS dapat dipasarkan bukan sahaja di peringkat Domestik bahkan di peringkat Antarabangsa. Satu pengiktirafan buat usahawan IKS untuk memajukan produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pastinya produk IKS yang terpilih mempunyai perlabelan dan rekabentuk yang sesuai untuk dijual di pasaraya besar, telah mempunyai sijil KKM dan sijil pengiktirafan Halal.
Kita sebenarnya boleh mendapatkan produk terbaik setanding dengan kualiti antarabangsa tetapi dijual pada harga yang jauh berpatutan. So, why not! Kita bertukar tabiat cara berbelanja dengan memilih produk-produk tempatan yang ternyata ramuannya dijamin tanpa was-was dan harga yang ditawarkan lebih menjimatkan.
Antara 3 jenama yang terlibat didalam Kempen Beli Barangan Malaysia adalah ubat gigi jenama MISMIS, perapi rambut SWAG dan penjagaan diri Asianic dan Blossom. Kini untuk pengetahuan semua, produk jenama tempatan ini boleh didapati diseluruh pasaraya besar Tesco di seluruh Negara.
Sepertimana yang telah digariskan oleh pihak Kementerian, produk tempatan yang terpilih perlu mempunyai kualiti dan pembungkusan yang setanding dengan produk antarabangsa dan paling penting melepasi piawaian produk bermutu untuk pasaran pasaraya besar dalam dan luar Negara. Dan ternyata produk jenama MISMIS, SWAG dan BLOSSOM ini antara jenama yang mencapai piawaian yang telah digariskan. Terbaik!
UBAT GIGI - MISMIS
Jenama penjagaan oral ini telah telah mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. Ini mencakupi semua peringkat umur dari kanak kanak sehinggalah dewasa. Produk MISMIS telah dihasilkan melalui kerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dari segi penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan.
Untuk pembuatan ubat gigi, bahan mentah utamanya merupakan polifenol koko yang berkualiti tinggi.Penjagaan oral MISMIS juga telah memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Ini selarasa dengan matlamat syarikat iaitu untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.
Menurut Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat;
“Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan anda senyuman manis dan nafas yang segar sepanjang hayat. Jenama MISMIS adalah pilihan yang bijak bagi pengguna yang inginkan produk 99.9% dari bahan semulajadi.”
Ubat gigi perisa bubble gum dan coklat yang sememangnya menjadi kegemaran anak.
Keterangan lanjut mengenai produk, boleh follow dan like:-
Antara feveret produk saya adalah Blossom di bawah keluaran syarikat Wonderland Primary Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai syarikat pemasaran. dan pernah menghasilkan produk penjagaan badan sendiri iaitu jenama Asianic. Dan kini melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan produk losyen yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari.
Menurut Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.;
“Blossom adalah produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain dipasaran. Dengan harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang diformulasikan dari ekstrak yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat, cantik dan muda sentiasa”
Blossom dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan ianya adalah water-based jadi memang mudah serap. Tidak melekit dan bila kita sapu di tangan memang rasa lembut sangat tangan. Ada pelbagai jenis pembungkusan jadi kita boleh pilih samada untuk diletakkan di rumah, di pejabat mahupun untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Sebab ada saiz paling kecil yang mana boleh muat dalam tas tangan kita.
Keterangan lanjut mengenai produk, boleh follow dan like:-
SWAG – PERAPI RAMBUT
Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata,
"Jenama Swag kini telah menjadi pilihan bagi lelaki yang mementingkan pengayaan rambut. Selain itu jenama Swag juga sesuai untuk semula lapisan umur terutamanya anak muda dari sekolah rendah dan menengah yang sentiasa ingin kelihatan rapi dan bergaya mengikut citarasa pengayaan rambut terkini."
Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna.
Kita boleh guna setiap hari tanpa ada kerisauan di hati. Hiks. Ini kerana pembuatan Jenama Swag tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan jenama ini. Baunya juga menyenangkan (natural) dan wangiannya pomadenya memberi rasa lebih maskulin.
Kemas dan rapi bukan setelah menggunakan Swag! Produk Swag ini juga mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya dan membersihkan selepas sehari menggunakannya.
Saya cukup teruja dengan pembungkusan Swag Liquid Pomade. Saya dah cuba memang tidak melekit dan baunya memang best. Sebab ianya water- based jadi sangat mudah menggunakannya. Rasanya untuk perempuan, Swag Liquid Pomade ini pun sesuai. sebab baunya sangat natural dan best!
Ada pembungkusan dalam tiub juga jadi sesuai untuk kita membawa produk ini ke mana sahaja (seperti melancong dan sebagainya).
Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki oleh jejaka hebat diluar sana.
Yerpp kemas bergaya dengan pomade Swag semestinya!
Yerpp kemas bergaya dengan pomade Swag semestinya!
Barang Kita Barang Baik!
Jomlah cuba!
banyak jenama Malaysia sekarang setanding kualiti dengan produk import, malah lebih baik dan lebih jimat kan? bagus adanya kempen macam ni
ReplyDeleteWahhhh.. Cuma nak cakap packaging dia wow n vibrant sgt.. Mmg menarik hati ni cuba lah.. Bestnyaaaa
ReplyDeleteEna pon sokong produk buatan malaysia. Skrang pon slowly dah tukar banyak kepada produk muslim. Biar mahal sikit tp kite yakin ntk pakai kan.
ReplyDeleteBest kan produk produk malaysia based sekarang.. selalunya mahai mahai sekali tengok harga mampu milik..yang hand cream tu I dah letak dalam bag
ReplyDeleteBangga dengan produk tempatan. Memang sebenarnya usahawan2 kita ni bijak dan kteatif malah memang barangan setanding produk luar.
ReplyDeleteproduk buatan malaysia memang tak kurang hebatnya, support bisnes mereka bermakna kita juga memajukan ekonomi negara. Yang penting ianya diiktiraf oleh pihak berkuasa dan boleh guna tanpa ragu2
ReplyDeleteproduk buatan malaysia memang tak kurang hebatnya, support bisnes mereka bermakna kita juga memajukan ekonomi negara. Yang penting ianya diiktiraf oleh pihak berkuasa dan boleh guna tanpa ragu2
ReplyDeleteKalau tak bagitau, memang tau pun ini produk muslim..bolehlah cari nanti Ubat Gigi MismIs dan minyak rambut Swag tu...
ReplyDeleteBagus kalau ada platform untuk produk tempatan kembangkan sayap di pasaran. Suka tengok packaging Blossom! Simple dan cantik! Tak sangka ada pomade untuk perempuan guna juga. Unik!
ReplyDeleteYay!!!!!!! Barang buatan Malaysia pun standing dgn barangan import. Let’s support our local product more. Besides buying, we should also promote.
ReplyDeletebagusnyaa bila tgk org2 kita berniaga ke tahap mcm ni. kita kena ada usaha jgk utk support mereka
ReplyDeleteAlhamdulillah makin banyak barang2 tempatan yg setanding jenama antarabangsa sekarang! Will definitely support!
ReplyDeletehebatkan orang kita mampu hasilkan produk yang bagus-bagus macam 3 produk ni. Zul memang puji kehebatan mereka dalam menghasilkan produk dan pasaran sehingga masuk ke dalam Tesco. Produk mismis tu memang puas hati. sekarang tengah cuba Blossom dengan Swag pula
ReplyDeleteBagus ya ada kempen sebegini, memberi kesedaran pada pengguna yang produk buatan Malaysia juga setanding dgn produk luar negara. Sis sentiasa support prodk tempatan
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok nampak banyak produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa. Nanti nak cubalah produk2 yang tersenarai ni. :)
ReplyDeleteMenarik produk buatan Malaysia. Kalau orang Malaysia tak sokong siapa nak sokongkan? Tahniah pengusaha Malaysia mengeluarkan produk sendiri
ReplyDeleteSeronok tengok anak tempatan yang dah semakin ramai berani mengeluarkan produk setanding antarabangsa. kita sebagai pengguna pun boleh la guna tanpa was-was kan.
ReplyDeletebagus kak ayue guna produk tempatan. eve barang lokal ni sebenarnya berkualiti jugak setanding produk antarabangsa. menarik ubat gigi mismis tu
ReplyDeleteBanyak produk tempatan yg bagus2 sebenarnya. Cuma ada sesetengah masyarakat kurang yakin nak menggunakannya. Btw first time dengar brand ubat gigi Mismis. Comel nama dia
ReplyDeleteberminat pulak saya utk dapat kan hand lotion tu. suka sangat pakai lotion. banyak pilihan pulak tu
ReplyDeleteSiapa yang Komen nak dapat hadiah dari Asianic Blossom..jom like page dan inbox Admin. Kata laluan Ayu Arjuna..cepat ! Cepat!
ReplyDeleteSayangnya Qiss baru tau ada produk IKS ni. Bolelah beli next time. Dapat juga bantu usahawan kita. Nak try semua produk tu..hehe
ReplyDeletepertama kali ni kak saya tengok n tahu pasal produk ni. hebat sangat ya, produk tempatan tapi nampak seakan look international gitu.
ReplyDelete