Dan kini saya boleh dapatkan produk Dim Sum hanya di kedai Ayamas mahupun Giant. Ini kerana jenama Ayamas Kitchen telahpun melancarkan pelbagai jenis produk Dim Sum halal sejuk beku yang lazat untuk memenuhi selera penggemar makanan tradisional Cina.
Untuk pengetahuan korang terdapat 10 jenis Dim Sum dimana lima jenis kini telah berada di pasaran iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam & Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai, dan Pek Kombo Dim Sum. Lain-lain termasuk Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam & Ikan, dan Dim Sum Udang.
Saya sendiri sudah menikmati Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen, dan rasanya memang sedap! Paling best ianya sangat mudah untuk disediakan serta bergantung kepada jenis Dim Sum itu sendiri. Kita boleh kukus, rebus, goreng atau dengan hanya memanaskannya sahaja menggunakan ketuhar gelombang mikro atau oven. Tapi untuk rasa yang terbaik, ianya perlu dikukus secara tradisional. Dan korang boleh nikmati Dim Sum Ayamas Kitchen ini bersama sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life memang bertambah-tambah lagi keenakkannya.
Lima daripada sepuluh jenis Dim Sum ini kini boleh didapati di pasaraya Giant di seluruh negara iaituAyamas Kitchen Hakao Udang (160g) yang dijual pada harga RM13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) pada RM10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) pada RM11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada RM11.99 sepaket, dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada RM12.79 sepaket.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...