Sumber Pic : Google
.
“Misi untuk menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif adalah selari dengan komitmen global Nestlé untuk membantu lebih 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengamalkan gaya hidup lebih sihat,”
Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad
Bagi menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku. Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk MILO® Champions Clinic, MILO® ActivJam Senamrobik, MILO® Hidup Bola, Hari Sarapan Malaysia
Sumber Pic : Google
Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.
MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka. MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.
Sumber Pic : Google
MILO® Champions Clinic: Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona! Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO®Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua. Untuk maklumat lanjut mengenai sukan-sukan yang terlibat dalam MILO® Aktif Negaraku, serta perkembangan usaha MILO® dalam menggalakkan gaya hidup aktif di Malaysia, sila layari www.milo.com.my atau www.facebook.com/MiloMalaysia
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...