Dan saya bersama anak-anak telah berkesempatan menyertai majlis pelancaran kedai konsep tersebut baru-baru ini. Turut sama di majlis turut dijemput adalah 30 kanak-kanak daripada ruamh anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih.

Berkesempatan untuk menemubual dengan Ketua Pegawai Ekskutif dan Pengarah Digital Durian (DD) Animation Studio Sdn Bhd ,Encik Sinan Ismail sememangnya tidak saya lepaskan. Menurut Encik Sinan idea menghasilkan karektor Didi ketika anaknya berusia 1 tahun. Pada ketika itu lambakan video muzikal kanak-kanak di youtube memang sangat banyak. Namun untuk mencari video muzikal yang sesuai dengan kanak-kanak agak kurang.
Menurut Encik Sinan Ismail terdapat 3 perkara utama yang ingin dicapai pengenalan kepada kedai konsep menerusi kerjasama Didi & Friends dengan ZOOMOOV iaitu:-
- sesuatu yang boleh menggembirakan kanak-kanak
- untuk memberi pengalaman Didi & Friend di luar kaca TV
- menggalakkan aktiviti kekeluargaan di antara anak-anak dan ibubapa
Dan nama Didi itu sendiri adalah inspirasi dari perkataan Digital Durian dan kini telah menghasilkan sebanyak lebih kurang 46 lagu dengan 540 juta views dari Youtube. Apa yang penting penghasilan video Didi & Friends adalah untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak selain daripada membantu 'motor skill' mereka.
Tidak dinafikan anak saya seperti Amani dan Afiq juga membesar dengan menonton muzik video dari Didi & Friends. Pelbagai lagu klasik zaman saya ketika kanak-kanak juga dapat didengari dari kompilasi muzik Didi & Friends. Contohnya seperti Can Mali Can, Bapaku Pulang Dari Kota, Burung kakak Tua dan banyak lagi.
Antara sebilangan anak-anaka yatim yang hadir dan turut memeriahkan acara yang disediakan khusus buat mereka. Memang nampak anak-anak ini begitu seronok sekali.

Anaqi dengan Yara: Hiks. Macam penakut sikit reaksi Yara bila menaiki Jojo. Mungkin sebab ianya adalah pengalaman pertama buat Yara bermain alatan tunggangan seperti ini.

Anak-anak juga boleh boleh melakukan aktiviti seni di sini. Memang seronok apabila melihat anak-anak kita bersungguh-sungguh melakukan aktiviti seni. Aktiviti seperti ini mampu membentuk sifat positif dalam diri anak-anak dan menyerlahkan daya kreativiti dalam diri mereka.
Seperti Ameer dia masih memerlukan sokongan dalam mengikuti segala langkah untuk aktiviti seni ini.

Tada!!!!!!!!!!1 Hasil kerja seni 3 adik beradik yang telah siap dan boleh dibawa pulang.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...