CONBOO Memperkenalkan Produk Kecantikan dan Haruman Premium

CONBOO Memperkenalkan Produk Kecantikan dan Haruman Premium. Terkini jenama yang membawa semangat keyakinan, CONBOO telah melancarkan dua produk utamanya, iaitu BEAU3 MILK dan CONBOO SCENTS.


Berpegang kepada tagline “INSPIRASI KEYAKINANMU”, CONBOO menjanjikan kualiti terbaik dengan harga mampu milik. Sekaligus dapat memenuhi keperluan pengguna yang ingin tampil yakin dan menawan.

BEAU3 MILK – Rahsia Kulit Cerah Berseri
BEAU3 MILK merupakan susu kecantikan pertama keluaran CONBOO yang dirumus khas untuk membantu memutihkan dan mencerahkan kulit secara semula jadi. 

Mengandungi kombinasi bahan-bahan premium seperti Susu Kambing, Vitamin C, Glutathione, dan Sarang Burung, produk ini memberikan nutrisi yang diperlukan untuk kulit sihat dan berseri.


BEAU3 MILK didatangkan dengan empat perisa lazat iaitu Strawberry, Melon, Banana, dan Chocolate. Makanan tambahan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. 

Selain mencerahkan kulit, ia juga membantu mengurangkan jerawat / jeragat serta membantu menganjalkan kulit.

CONBOO SCENTS – Haruman Elegan untuk Lelaki dan Wanita
Bagi pencinta haruman boleh dapatkan CONBOO SCENTS. Koleksi minyak wangi premium keluaran CONBOO ini memawarkan kepekatan Eau De Parfum. 


Dengan isipadu 30ml, koleksi ini menawarkan dua pilihan eksklusif untuk lelaki: CELESTE D’OR dan AMBRE ROYALE, serta dua haruman mewah untuk wanita: BELLE OPULENCE dan GOLDEN ECLAT.

Setiap botol dijual pada harga istimewa RM49.90, menjadikannya pilihan terbaik untuk anda yang menginginkan haruman tahan lama dengan sentuhan elegan.

Hannah Delisha – Duta CONBOO

CONBOO juga telah memilih selebriti terkenal, Hannah Delisha, sebagai duta rasmi. Dengan keperibadian ceria, suara merdu, dan bakat lakonan yang menyerlah, Hannah melambangkan keyakinan yang menjadi inspirasi utama jenama ini.

Pembelian Mudah di Platform Rasmi
Produk CONBOO boleh didapati melalui media sosial rasmi di Instagram dan TikTok @conbooofficial. Dengan kehadiran digital yang aktif, CONBOO memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman pembelian yang mudah dan pantas.

CONBOO bukan sekadar jenama kecantikan, ia merupakan simbol keyakinan diri. Sertai ribuan pengguna lain dan rasai sendiri kehebatan produk-produk ini. 

Jom tampil dengan yakin, berseri, dan harum dengan CONBOO – INSPIRASI KEYAKINANMU!

Movie Review : Babah (2024)

Babah, filem penuh emosi daripada Nads Media Entertainment telah mencipta fenomena di seluruh Malaysia sejak tayangannya pada 5 Disember 2024. Siapa sangka filem yang sarat dengan emosi dan kekeluargaan ini berjaya meraih kutipan yang di luar jangkaan.


Babah sebuah naskhah yang mengangkat kisah kasih sayang seorang ayah dan pengorbanan terhadap anak perempuan serta keluarganya. Jalan cerita yang begitu dekat dengan hati masyarakat, bagaimana seorang ayah yang terpaksa melalui detik-detik kesukaran dalam hidup seperti masalah pendengaran, kehilangan pekerjaan dan perjuangan membantu saat-saat anaknya menghadapi penyakit serius. Ini setelah anaknya itu disahkan menghidap Sindrom Guillain-Barre (GBS) selepas berkahwin.


Filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Qi Razali (Isyak/Babah), Sweet Qismina (Maya), Cristina Suzanne (Hayati) dan Adam Lee (Ikmal). Kemunculan pelakon muda berbakat besar iaitu Dhia Arissa dan Daniella Qabeela telah berjaya membawa watak Maya dalam fasa umur yang berbeza mencantikkan perjalanan cerita kehidupan Maya dari kecil sehingga dewasa.

Pendekatan  cinema verite iaitu penceritaan yang santai, realistik, spontan dan bersahaja mampu menjentik emosi penonton secara organik, tanpa paksaan. Menurut Nadia Nadzri, selaku penerbit bersekutu, idea asalnya apabila beliau sendiri tersentuh dengan sebuah video viral yang memaparkan persembahan seorang ayah di majlis perkahwinan anak perempuannya. Digabungkan pula beberapa klip video viral yang lain seperti kisah perjuangan seorang pesakit Sindrom Guillain-Barre telah memberikan inspirasi beliau dan suami selaku penulis skrip untuk menghasilkan naskhah yang begitu dekat dengan jiwa masyarakat.

Tayangan Khas Bersama Media
Satu tayangan khas untuk media telah diadakan bagi meraikan sambutan luar biasa terhadap filem Babah. Siapa sangka melalui perkongsian dari penonton Babah setelah menonton filem ini telah mencetus fenomena. Ini apabila penonton sendiri berkongsi pelbagai kisah peribadi bersama ayah mereka di media sosial sekaligus menggambarkan bagaimana filem ini mencerminkan hubungan mereka dengan bapa masing-masing. Perkongsian ini telah menjadi tular, mencetuskan gelombang emosi yang terus membawa ramai penonton ke pawagam.


Babah telah mencatat kutipan box office yang luar biasa dengan sebanyak RM6 juta berjaya diraih sepanjang 20 hari tayangan setakat ini, menjadikannya filem nombor satu di Malaysia. Pencapaian hebat ini turut membuka laluan kepada gelombang kedua penonton yang pastinya ingin menyaksikan kisah menyentuh hati yang menjadi bualan dikalangan masyarakat tempatan.

Tonton dan Menang
Sebagai tanda penghargaan kepada penonton pihak produksi Babah telah mengumumkan kempen istimewa untuk penonton yang membeli tiket berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif, Kempen ini direalisasikan dengan tajaan daripada Ottoman Tour and Travels Sdn. Bhd. Antara hadiah yang ditawarkan seperti:-

● 2 tiket: Penginapan mewah di Langkawi Sembilan Resort.
● 4 tiket: Percutian yang tidak dapat dilupakan ke Jepun.
● 6 tiket: Perjalanan spiritual untuk Umrah atau pengembaraan ke Eropah.

Filem terbitan Nads Media Entertainment  turut mendapat sokongan daripada rakan penaja seperti  Daughters of Malaya, Al-Baik Malaysia, Ottoman Travel & Tours, Joielle Baby dan ramai lagi.

Babah di Pawagam Sinagapura
Babah juga akan ditayangkan di Singapura bermula 26 Disember 2024 di enam lokasi iaitu di Cathay Cineplex, termasuk Downtown East, Causeway Point, West Mall, Century Square, JEM, dan Clementi 321. Buat warga Singapura jangan lupa hadirkan diri ke pawagam dan tonton Babah untuk sama-sama rasai perjalanan dan kasih-sayang seorang ayah daripada pelakon hebat dari Malaysia.


Review Saya
Menonton filem Babah mengingatkan kisah saya dengan ayah sendiri. Cuma jalan cerita agak berbeza yang mana saya dapat rasakan untungnya mereka yang memiliki ayah seperti watak Babah dalam filem. Jujurnya selain dari kekuatan cerita, lakonan mantap dari 5 barisan pelakon utama yang cukup bersahaja memberi emosi yang cukup kuat dalam perjalanan naskhah tentang keluarga.


Dari segi prop menyelusuri peredaran masa sangat tersusun dan cantik, begitu juga sinematik filem ini menambah rencah emosi didalamnya. Banyak sangat pengajaran yang kita boleh ambil sepanjang menonton. Bagaimana kita tidak perlu putus asa dalam kehidupan, sayangilah keluarga dan orang terdekat selagi mereka ada serta paling penting redha dengan apa yang telah terjadi dalam hidup.


Seperti kata Uncle Lim dalam filem Babah:
God answers you in 3 ways. God say YES and give you what you want. God say NO and give you something better. Or God say WAIT and give you the best later.
Babah secara keseluruhan punyai kekuatan penceritaan untuk menggerakkan emosi, memberi inspirasi, dan menyatukan hubungan satu famili.

Jangan lupa tonton!


Ifa Raziah dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Umumnya ramai yang sudah tahu tentang pertelingkahan antara usahawan dan selebriti terkenal tanah air Datuk Ifa Raziah serta pengacara dan penyanyi asal Singapura Roslan Shah yang hampir tujuh tahun bersengketa. Kini mereka telah bersepakat mengakhiri segala sengketa yang berlaku dengan berdamai dan buka buku baru.


Satu majlis sidang media Kemaafan Dendam Yang Terindah: Ifa Raziah dan Roslan Shah telah diadakan di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Isnin baru-baru ini.

Menurut Ifa Raziah beliau ingin membuka lembaran baru dan menutup kisah lama.

Perselisihan faham saya dan Roslan bermula di Malaysia pada awal Januari 2018. Bayangkan hampir tujuh tahun isu ini berlarutan. Saya saya bersyukur kepada Allah kerana telah meleraikan ego Roslan dan saya, hasilnya silaturahim kembali utuh seperti dulu.
Bagi Ifa sendiri, beliau dan Roslan pun sudah lama bersahabat sehinggakan Roslan dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Bahkan seluruh ahli keluarga Ifa Raziah cukup mengenali Roslan secara dekat. CEO StarVendors ini juga berharap isu persengketaannya dan Roslan dapat dijadikan iktibar serta teladan buat mereka di luar sana yang mengalami perkara sama.
Jangan pernah dengan cerita daripada mulut orang lain. Jika ada masalah dengan sahabat, cubalah berjumpa berterus-terang. Jangan pernah melibatkan orang luar yang menambah garam dalam persengketaan.  Sesungguhnya kita kena bersangka lebih baik dan positif berbanding menyimpan perasaan dendam yang akan merugikan diri sendiri.


Sementara itu Roslan Shah berkata, beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk berbaik dengan Ifa Raziah sungguhpun menerima respon yang cukup dingin pada awal-awal ketika beliau ingin memohon kemaafan. Roslan juga bersyukur berkat kesungguhan beliau dengan sokongan suami Ifa sendiri membantu meleraikan persengketaan 7 tahun mereka.
Saya sudah berbincang dengan Ifa, untuk tahun baru ini rancang nak buat kenduri (tahlil dan doa selamat) untuk ahli keluarga kami yang telah meninggal dunia. Insya-Allah kalau boleh, saya nak buat majlis tersebut di Singapura dan Kuala Lumpur serta turut disertai anak-anak yatim. Sambil mendoakan buat yang telah tiada, kita bersedekah dan bagi saya itu lagi afdal.
StarVendors KL Mega Raya Fest 2025
Didalam sidang media sama, Ifa turut mengumumkan festival anjurannya iaitu StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 yang bakal di KLBEC KL BASE Exhibiton Centre, Kuala Lumpur. Festival yang bertemakan Nostalgia Raya bakal berlansung dari 20 hingga 24 Mac 2025.

Kepada usahawan dan peniaga yang berminat boleh dapatkan harga promo Early Bird bagi booth indoor bermula RM3,999 (Intermediate), Corner RM4,499 (Corner) dan RM 9,999 (VIP). Manakala harga promo Early Bird booth outdoor pula berharga RM2,699 (Corner), dan RM2,399 (Intermediate).

Harga Early Bird ini hanya ditawarkan sehingga 31 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor 018-3722977.

Tung Yuen Chinese Restaurant Memperkenalkan Pakej Hidangan Bersempena Tahun Baru Cina Tahun Ular

Jom raikan Tahun Baru Cina 2025 yang akan datang di Tung Yuen Chinese Restaurant, Mardhiyyah Hotel & Suites. Pada tahun zodiak ular, Tung Yuen membuka tirai Tahun Baru Cina dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk adakan sesi makan besar di hotel ini.


Menawarkan beberapa pakej yang bermula serendah RM52. Turut ditawarkan Yee Sang juga dikenali sebagai loh sang yang melambangkan kemakmuran dan kemajuan. Untuk Yee Sang terdapat empat jenis pakej iaitu Yee Sang Vegetarian Istimewa, Colorful Jelly Fish Yee Sang, Lucky Salmon Fish Yee Sang dan Prosperity Abalone Yee Sang.



Bermula dari 6 Januari 2025 hingga 27 Februari 2025, Mardhiyyah Hotel & Suites menawarkan set hidangan Tahun Baru Cina bermula daripada RM988 untuk 5-6 orang, manakala pilihan set RM1388, RM1688 dan RM1988 untuk 10 orang.


Tetamu juga boleh menikmati Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled Chicken Soup with Mushroom, Cordyceps Flower and Black Garlic, Braised Dried Seafood Thick Soup with Crab Roll and Dried Fish Maw, Thai Mango Shredded Chicken Meat and Roasted Chicken, Steamed Red Garoupa with Roast Golden Garlic and Abalone Sauce dan Baked White Shell Prawn with Spicy Roasted Sesame Paste.



Pada waktu makan malam Tahun Baru Cina 28 Januari 2025 pakej hidangan ditawarkan bermula dari RM988.00 hingga RM2488. Tetamu boleh menikmati Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled “Kampung” Chicken Soup, with Assorted Dried Seafood, Steamed Red Garoupa with Wood Ear Fungus “Kampung” Style, Braised Baby Abalone, Fish Maw with Shimenji Mushroom and Broccoli, Spice Duo Garlic Baked Fresh Water Prawn dan banyak lagi.



Manakala untuk set Chinese New Year Prosperity pada 29 Januari 2025 sehingga 28 Februari 2025. Set ini sesuai untuk majlis keluarga dan syarikat yang menawarkan 4 set menu dengan harga berbeza iaitu Chinese New Year Prosperity RM 988.00 (5-6 orang), RM 1488.00 (10 orang), RM 1888.00 (10 orang) dan RM 2088.00 (10 orang).




Untuk tempahan boleh hubungi 03-5511 8811 EXT, 2616 (Tung Yuen Chinese Restaurant) atau 019-261 6847/012-3518284. Semua menu disahkan Halal oleh JAKIM & JAIS. Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube). @mardhiyyahhotel untuk mengetahui promosi terkini.

Untuk info lokasi Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1, Mardhiyyah Hotel & Suites

Concorde Hotel Shah Alam Meraikan Anak-anak Good Samaritan Home

Concorde Hotel Shah Alam telah meraikan anak-anak dari Good Samaritan Home pada hari Khamis 19 Diisember 2024. Sambutan yang cukup meriah ini telah diadakan di bilik majlis Grand Patio, Concorde Hotel Shah Alam.

Program CSR yang dianjurkan  setiap tahun ini telah membuktikan Concorde Hotel Shah Alam, terus komited untuk menganjurkan acara tahunan ini kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami kepada masyarakat
Puan Amalia Alias, Pengarah Jualan dan Pemasaran, Concorde Hotel Shah Alam.



The Good Samaritan Home telah ditubuhkan sejak tahun 1999 oleh Albert Ong dan YM Ong bekas paderi dan isterinya, ianya adalah sebuah rumah kebajian berdaftar yang menyediakan perkhidmatan kepada anak-anak terbiar dan di dera. Puan Ong adalah penyelia rumah kepada seramai 18 penghuni perempuan dan 22 lelaki dengan 10 penjaga yang tinggal di rumah ini. Kanak-kanak ini berumur dari 4 tahun sehingga 21 tahun. 


Kanak-kanak ini menceriakan majlis dengan lagu-lagu Krismas yang didendangkan oleh Kugiran Batak "Los Ganesha'. Selepas nyanyian, majlis diteruskan dengan pertandingan menghias kek mini dan jamuan makan tengah hari yang cukup istimewa.


Sepanjang majlis, kanak-kanak dihiburkan oleh En. Vincent Tan, seorang ahli silap mata dan badut. Turun berkaloborasi rakan penaja bersama iaitu Cik Lilian Yeong dari Metro Travel & Tours dan Limosin bagi menyediakan kemudahan pengangkutan ke hotel. 
Kami berharap akan terus dapat menganjurkan acara ini untuk tahun-tahun yang mendatang. Kami di Concorde Hotel Shah Alam amat gembira kerana dapat menghiburkan dan melihat senyuman  yang terukir di bibir kanak-kanak ini. 
Terbaik Concorde Hotel Shah Alam yang sudi menyantuni mereka yang memerlukan.

TIMELESS SOUND, AUTHENTIC ACOUSTICS: INTRODUCING HUAWEI FREEBUDS PRO 4

Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia has unveiled the HUAWEI FreeBuds Pro 4, the latest high-end True Wireless Stereo (TWS) earbuds under the premium HUAWEI SOUND brand. First introduced globally during the HUAWEI Flagship Launch Event in Dubai, these cutting-edge earbuds combine technological innovation with timeless acoustic precision, offering Malaysians an unmatched audio experience. 


Inspired by classical audio craftsmanship and Huawei’s unwavering pursuit of innovation, the HUAWEI FreeBuds Pro 4 are designed to deliver pure, lossless, and immersive sound for discerning listeners. Featuring Dual-Driver True Sound technology with Digital Cross-Over capabilities, users can enjoy richer, lifelike soundscapes and unparalleled clarity.

Powered by the 11mm Quad-Magnet Dynamic Driver Unit and Huawei’s proprietary L2HC 4.0 codec, the earbuds achieve an industry-leading 2.3Mbps lossless TWS transmission for high-resolution audio at up to 48kHz / 24-bit. The result is a flawless listening experience that replicates the essence of live music.

Unmatched Acoustic Precision Featuring Dual-Driver True Sound

HUAWEI FreeBuds Pro 4 boasts Dual-driver True Sound, which works in harmony with Digital Cross-Over technology to deliver a rich and lifelike sound experience.

The Dual Independent Sound Output System further refines the sound profile, allocating the audio signals to each of the Dual-driver, for a well-rounded immersive effect. Coupled with the powerful 11mm Quad-Magnet Dynamic Driver Unit, it produces precise and stable real-time audio reproduction without any distortion

This is further bolstered by the HUAWEI FreeBuds Pro 4’s 2.3Mbps lossless TWS audio transmission capabilities, powered by Polar Code technology and Huawei’s proprietary L2HC 4.0 codec. An industry-leading breakthrough, this technology enables high-resolution audio at up to 48kHz / 24-bit for an exceptional immersive listening experience.

Stable & Clear Calls
As more calls get made on the go, it’s become especially crucial for audio users to receive the handsfree call technology they need to ensure clarity, comfort, and privacy. Powered by Huawei’s ever-evolving AI noise cancellation algorithm, HUAWEI FreeBuds Pro 4 can eliminate up to 100 dB of external noise during calls.

On top of that, it uses a quad mic, along with multi-channel deep neural network (DNN) algorithm to cleverly differentiate between human voice and environmental sounds with greater accuracy. Whether you're at a lively concert, an exciting sports game, or a bustling café, the system intelligently isolates your voice from background sounds, ensuring your conversations are crisp and uninterrupted, no matter the setting.

HUAWEI FreeBuds Pro 4 also supports Head Motion Controls, allowing users to answer and reject calls by nodding or shaking their heads, delivering a hands-free and convenient call experience.

Next-Level Noise Cancellation
To improve noise cancellation and allow more immersive hearing, HUAWEI FreeBuds Pro 4 come with Shape Memory Foam ear tips that effectively reduce background noise. Its structural advantage allows for up to 30% enhanced noise reduction compared to the previous generation of HUAWEI FreeBuds Pro. The Intelligent Dynamic ANC generates exclusive noise-cancellation parameters based on your real-time environment to deliver a pure immersive listening experience.

Elegant Design Inspired by Classical Instruments
Inspired by the beauty of elegant string instruments, the Spectrum Silver Strings design of the HUAWEI FreeBuds Pro 4 incorporates precision craftsmanship.

Meticulously crafted with an elegant Spectrum Silver Strings design, the earbuds are available in three sophisticated colours: Black, White, and Green. Each earbud features six protective lacquer layers, ensuring a lustrous finish and premium look, accentuated by the signature HUAWEI SOUND emblem.

Availability and Pricing
Experience enhanced audio quality from calls to music with the new HUAWEI FreeBuds Pro 4 priced at RM899. It will be available globally starting 11 January 2025 on the official Huawei online store. The pre-order period runs from 19 December 2024 to 10 January 2025. Pre-order your HUAWEI FreeBuds Pro 4 within this period and receive free gifts worth RM327 for both online and in-store orders.

Additionally, you can also enjoy early bird vouchers worth RM100 when you pre-order on the HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada or the HUAWEI Official TikTok Shop.

New Addition: HUAWEI FreeClip
Huawei also introduced a fresh new pink-coloured HUAWEI FreeClip, reflecting a unique texture that enhances the audio wearable’s attractiveness and offers consumers a stylish new option. This new colour variant of the open-back HUAWEI FreeClip earphones now brings the total number of colours to four: Purple, Black, Beige, and Pink - providing a simple and shiny appearance to the earbuds, complemented by a matte-finished charging case.

The HUAWEI FreeClip retains the same specifications as its counterparts, featuring a 10.8mm dual-magnet high-sensitivity driver unit and enhanced dynamic bass algorithm for clear sound and reduced voice leakage. AI Crystal-Clear Calls technology ensures clear calls even in noisy environments, supported by a 36-hour battery life and rapid 10-minute charging for 3 hours of music playback.

Availability and Pricing
The new Pink HUAWEI FreeClip, priced at RM899, will be available globally starting from 11 January 2025, while the Black, Purple, and Beige variants will be available from 1 January 2025. Pre-order the Pink HUAWEI FreeClip starting from 18 December 2024 until 10 January 2025 and enjoy free gifts worth over RM278.

For more information, updates or promotions about Huawei’s latest products, please visit HUAWEI official website, HUAWEI Official Facebook page or Instagram

HUAWEI UNFOLD THE CLASSIC WITH MATE X6 FOR THE MALAYSIAN MARKET

Huawei Consumer Business Group (CBG) officially introduces the HUAWEI Mate X6, HUAWEI nova 13 Series, and the HUAWEI FreeBuds Pro 4. These flagship products showcase Huawei’s expertise in foldable technology, advanced AI-powered photography, and premium wireless audio, catering to users seeking unmatched performance for both work and play.


In today’s fast-paced world, staying productive and connected while maintaining a seamless user experience has become essential. Whether you’re a professional managing projects on the go, a content creator capturing the perfect shot, or a multitasker balancing work and personal life, the HUAWEI Mate X6 is designed to meet your needs. With its lightweight design, powerful performance, and advanced features, the HUAWEI Mate X6 ensures you can work smarter and live better, no matter where life takes you.

HUAWEI Mate X6-Lightweight, Reliable and Powerful, Definition of a Perfect Foldable Smartphone

The HUAWEI Mate X6 redefines foldable smartphones with its sleek, durable design and cutting-edge camera technology. Featuring the futuristic Space-Age Orbit camera layout and an exclusive Nebula Grey Vegan Fibre finish, the Mate X6 is as elegant as it is practical. Equipped with a 50MP Ultra Aperture Camera, 40MP ultra-wide-angle lens, and 48MP telephoto micro camera, it ensures stunning photos, whether capturing vast landscapes during an adventure or close-up moments with loved ones.

Beyond its exceptional design and photography capabilities, the HUAWEI Mate X6 transforms how you work and play with its innovative Live Multi-task feature. Supporting up to three applications simultaneously on its expansive unfolded display, the Mate X6 lets users seamlessly switch between tasks. Imagine attending a video call while reviewing a presentation and taking notes—all on one device. Whether you’re managing projects on the go or catching up on daily tasks, the Mate X6 empowers you to stay productive and efficient, no matter where life takes you.

The HUAWEI Mate X6 will be available in Nebula Red, Nebula Grey, and Black. Priced at RM8,688, customers can pre-order the HUAWEI Mate X6 starting from 18 December 2024 to 10 January 2025 at HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada and HUAWEI Official TikTok Shop.

Exclusive launch offers await customers who pre-order the HUAWEI Mate X6. Enjoy complimentary gifts, including the HUAWEI Watch Ultimate, 1-Year Screen Protection, and an exclusive trade-in rebate of up to RM2,000 for selected HUAWEI smartphones. To add even more value, customers can redeem vouchers worth over RM600 through the HUAWEI AppGallery, featuring discounts and perks from Celebrity Fitness, Dadi Cinema, Lexis Hotel Group, Salad Atelier, and more.

As part of the pre-order promotion, the HUAWEI Mate X6 offers a trade-in rebate of up to RM2,000 for eligible devices, including the HUAWEI P50 and above. Customers placing their orders through HUAWEI AppGallery will also unlock exclusive vouchers worth more than RM600, further enhancing the value of this flagship device.


For added convenience, customers can also own the HUAWEI Mate X6 through the Maxis Zerolution Postpaid Plan. Starting from as low as RM220 per month with a 36-month instalment plan under Maxis Postpaid 109, this offer makes the flagship foldable device even more accessible for  those seeking the ultimate combination of performance and affordability.

Celebrate this exciting launch with exclusive pre-order deals across HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on ShopeeHUAWEI Flagship Store on Lazada and HUAWEI Official TikTok Shop. For more  information on Huawei’s promotions and latest innovations, please visit HUAWEI official website, HUAWEI Official Facebook page or Instagram.

Stara Platform Tuisyen Dalam Talian Membantu Pembelajaran Anak Sekolah Rendah

Stara Platform Tuisyen Dalam Talian Membantu Pembelajaran Anak Sekolah Rendah-Majlis Anugerah Cemerlang Stara telah diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar sepanjang pembelajaran bersama Stara. Untuk info Stara adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu  "STAR A" merupakan platform tuisyen dalam talian khusus untuk pelajar sekolah rendah iaitu dari darjah satu sehingga darjah 6. Stara telah membantu lebih daripada 25 ribu pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan serta potensi diri mereka. 


Dengan adanya Majlis Anugerah Cemerlang Stara secara tidak lansung dapat mengiktirafkan pencapaian anak-anak serta memberi inspirasi kepada mereka untuk terus konsisten cemerlang dalam pelajaran. Pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan dari pelbagai aspek, ini termasuklah pencapaian dalam subjek pelajaran serta sahsiah diri sepanjang pembelajaran, Ibu bapa serta penjaga pelajar turut sama dijemput hadir untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka.

Stara Menawarkan Pendidikan Sekolah Rendah Dalam Talian
Pelajar Stara adalah dari seluruh Malaysia. Menerusi kehebatan serta capaian teknologi internet hari ini membolehkan mereka dapat berkumpul didalam satu platform dan belajar bersama-sama. Manakala tenaga pengajar Stara adalah dari kalangan guru sekolah dan juga pensyarah universiti tempatan. Program tuisyen dalam talian Stara bermula dari hari Isnin sehingga Khamis sahaja. Pendekatan pembelajaran bukan sahaja melalui penyampaian, bahkan diselitkan juga dengan visual, latih tubi dan juga video yang boleh dilihat secara ulangan oleh pelajar.

Sehingga kini hanya 5 subjek sahaja ditawarkan untuk program kelas Stara iaitu bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Pendidikan Islam

Cintakan Ilmu 
Pengasas Stara ialah Puan Nurul Atieka Binti Mohamad Zahari atau lebih dikenali sebagai Madam Ieka. Ibu kepada seorang cahayamata ini merupakan anak jati Lanchang Pahang yang cukup cintakan ilmu. Pernah bekerja di dunia perbankan tetapi akhirnya memilih perniagaan dalam bidang pendidikan kerana beliau mempunyai misi untuk membantu seramai yang boleh anak-anak dalam pembelajaran.

Setiap anak berhak untuk bersinar, dan dengan bimbingan yang betul, mereka boleh capai apa sahaja
Terkini Madam Ieka telah memperkenalkan Program Stara Care di mana satu platform yang dapat membantu serta memberi manfaat kepada orang lain. Program ini adalah khusus buat anak-anak yang terjejas dalam pembelajaran atas pelbagai faktor. Antaranya seperti asbab dari kemiskinan, dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya. Program CSR yang bakal direalisasikan  pada tahun 2025 ini bertujuan untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik dari terus tercicir dalam pembelajaran.

Penerima Anugerah Bintang Stara
Di Majlis Anugerah Cemerlang Stara turut meraikan adik Uwais Ashraf Abdul Rahman, 11, dari Sekolah Kebangsaan Seri Tasik Jln Tasik Permaisuri 1 dan Qaseh Raudhah Mohd Azhar, 10, dari Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi Saidina Othman Ibnu Affan (SIRAJ SUBA), Bandar Tun Razak. Kedua-dua pelajar ini merupakan penerima Anugerah Bintang Stara di atas kecemerlangan mereka sepanjang pembelajaran.


Menurut adik Uwais, belajar bersama guru Stara membolehkan beliau dapat memperbaiki kelemahan topik-topik tertentu didalam subjek matematik. Dengan penerangan yang mudah dan jelas sangat membantu Uwais menguasai subjek Matematik dengan lebih baik.


Manakala Qaseh sentiasa berasa semangat dan seronok menghadiri kelas bersama guru Stara, Qaseh juga memuji guru Stara yang mengajarnya membantu beliau menjadi lebih berminat dengan subjek yang beliau belajar.


Pakej Tuisyen Stara
Terdapat 3 pilihan pakej yang ditawarkan oleh pihak Stara.


ELITE -RM149/bulan
•⁠  ⁠5 subjek/bulan
•⁠  ⁠20 sesi sebulan
•⁠  ⁠Bahan pembelajaran disediakan
•⁠  ⁠⁠Rakaman kelas tanpa had
•⁠  ⁠⁠12x kem percuma Jan - Dis

VIP - RM199/bulan
•⁠  ⁠5 subjek/bulan
•⁠  ⁠20 sesi sebulan
•⁠  ⁠Bahan pembelajaran disediakan
•⁠  ⁠⁠Rakaman kelas tanpa had
•⁠  ⁠⁠12x kem percuma Jan - Dis
•⁠  ⁠⁠12x class percuma “Speak With Confidence”
•⁠  ⁠⁠Skema & jawapan trial UPSA & UASA

PREMIER - RM299/bulan
•⁠  ⁠5 subjek/bulan
•⁠  ⁠20 sesi sebulan
•⁠  ⁠Bahan pembelajaran disediakan
•⁠  ⁠⁠Rakaman kelas tanpa had
•⁠  ⁠⁠12x kem percuma Jan - Dis
•⁠  ⁠⁠12x class percuma “Speak With Confidence”
•⁠  ⁠⁠Skema & jawapan trial UPSA & UASA
•⁠  ⁠⁠Group coaching mingguan

Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke Stara, boleh layari laman facebook rasmi Stara atau hubungi 0182244357 untuk pertanyaan lanjut.

 P/S : Tahniah Stara dan pelajar-pelajar Stara. Teruskan perjuangan dalam menggali ilmu. Moga terus bersemangat melangkah ke hadapan dan salam maju jaya.

BIG BAD WOLF BOOKS: CHANGING THE WORLD, ONE BOOK AT A TIME

Big Bad Wolf Books, also known as the World’s Biggest Book Sale, has become synonymous with offering millions of books at UNBELIEVABLE prices and with its unwavering purpose to ignite a love for reading across the world. Founded in 2009, the company’s simple yet impactful goal was to make books affordable and accessible to EVERYONE, regardless of their background or income. 


More than just a book sale, Big Bad Wolf Books is a global reading advocacy initiative, on a mission to inspire people to read, educate, and enrich lives through the joy of books. By offering books at discounts of up to 95%, Big Bad Wolf Books has made literature, knowledge, and creativity available to millions. 
  

From classics to contemporary fiction, children’s books to coffee-table treasures, the wide range of books at the Big Bad Wolf Book Sale caters to readers of all ages and interests. Beyond selling books, the Big Bad Wolf Books actively collaborates with community projects, NGOs, and schools to provide books to underserved communities. Their efforts ensure that the joy of reading reaches those who need it most.


Andrew Yap, Co-founder of Big Bad Wolf Books, explains: “Books have the power to change lives. Our mission is not just to reach avid readers but to inspire non-readers to discover the joy of reading. We believe that everyone deserves the opportunity to learn, grow, and dream through books, no matter their background.” 


For anyone who has yet to fall in love with reading, the upcoming Big Bad Wolf Book Sale Sunway 2024 is the perfect place to start. With its vast and diverse collection and UNBELIEVABLE deals, it’s an open invitation to explore stories, discover new passions, and take the first step into the world of books. Whether you’re looking to stock up your library, find unique gifts, or simply lose yourself in the pages of a good book, this is your chance. 


Mark your calendars and get ready to empower your 2025 with affordable books and start the New Year with a New You! Don't miss this opportunity to make reading a part of your life in 2025 and beyond.

Perfume Verlune by Dato’ Jamal

Wangian perfume yang cukup istimewa simbolik tanda kasih dan cinta buat si isteri  Kenalkan Verlune by Dato’ Jamal yang telahpun  secara rasminya dilancarkan pada 12 Disember 2024 di Slow Wood Coffee, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Saya rasa sangat bersyukur apabila ramai yang sudi hadir meluangkan masa dan memberi sokongan pada majlis pelancaran Verlune by Dato’ Jamal.
Istimewanya ketika di majlis pelancaran Dato’ Jamal sendiri telah memperkenalkan minyak wangi hasil rekaannya yang diilhamkan menerusi cinta dan pengabdiannya kepada isteri tersayang iaitu Datin Zai Izzati.

SebagaiTanda Cinta
Minyak wangi Verlune merupakan dedikasi tulus dari hati Dato’ Jamal kepada isterinya yang menandakan satu kejayaan dalam perkahwinan mereka.


Menurut Dato’ Jamal, Verlune membawa maksud bulan di dalam bahasa Perancis. Ia juga melambangkan keteguhan, cahaya dan cintanya kepada isteri yang menjadi tulang belakang dalam setiap kejayaan yang dikecapi.
Sebenarnya nama Verlune ini jika diterjemahkan dalam bahasa Perancis bermaksud bulan.
Bulan mencerminkan ketenangan dan kestabilan yang saya alami sendiri di tengah-tengah kerumitan serta ujian dalam kehidupan profesional saya sebagai seorang penyanyi.
Bdikatakan bulan yang saya maksudkan itu ialah isteri tercinta saya iaitu Datin Zai Izzati. Malah maksud Verlune itu sendiri melambangkan keteguhan, cahaya dan cinta,
Campuran Bunga dan Woody Notes
Verlune by Dato’ Jamal menampilkan wangian campuran bunga dan woody notes yang mewah direka untuk memancarkan keanggunan dan gaya hidup moden.


Harga bagi minyak wangi Verlune by Dato’ Jamal adalah RM198. Namun bersempena pelancaran pertama produk Verlune, pihak pengurusan berbesar hati memberikan promo istimewa dengan menawarkan harga serendah RM149.


Verlune by Dato’ Jamal  ini juga boleh didapatkan melalui platform dagangan e-digital TikTok Shop @lecreateurdesparfum

P/S: Haruman Verlune memang wangi, saya sudah mecubanya🤗

FestStar FoodFest Bertemakan “Menikmati Rasa, Merayakan Gaya Hidup”

Bertemakan “Menikmati Rasa, Merayakan Gaya Hidup FestStar FoodFest anjuran FestStar Influencer Entertainment kali ini bukan sahaja menampilkan gerai makanan daripada peniaga tempatan serta antarabangsa, malah terdapat persembahan artis, demonstrasi masakan oleh chef selebriti dan aktiviti interaktif bersama pempengaruh popular.


Antara barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan bagi menghiburkan pengunjung ialah
Noraniza Idris, T alia Mentor, Damia, XPDC Kita Peng Yu, Kembara Live dan Kristal.

Tidak terhenti disitu, kehadiran pempengaruh media sosial seperti Emy Cha Cha, Puterabell, Han Budak Cina, Puan Tina, Adila, Gemor Jalan, Mirul Maneh, Kak Reptor dan Paah Rabbit pastinya akan meriuhkan lagi suasana.

Berbekalkan pengalaman luas dalam menguruskan acara, festival kali ini pastinya lain dari sebelumnya selepas melakukan beberapa inovasi yang pasti akan memberikan pengunjung yang hadir suatu pengalaman yang berbeza.

Menurut Herrie Shaputra Azizan atau mesra disapa Puterabell, Pengarah Urusan FestStar Influencer
Entertainment, pihaknya sentiasa memastikan acara yang dianjurkan membawa konsep segar dan kreatif.

Kata Herrie, acara kali ini mempunyai objektif seperti mempromosikan keunikan makanan tempatan disamping memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dengan jayanya.

Malah festival kali ini juga bermatlamat memberi impak yang positif kepada umum dalam suasana acara yang santai dan menghiburkan.

Pihak kami sentiasa cuba membawakan konsep mengikut trend terkini supaya pengunjung yang hadir seronok berkunjung ke acara yang kami lakukan.
Penganjuran festival kali ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan keunikan kulinari tempatan, ia juga mampu membantu PKS untuk berkembang.
Acara yang dianjurkan ini juga mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah acara menyeronokkan yang mampu memberi impak positif kepada komuniti, industri dan budaya.
Dengan pengalaman luas dalam menganjurkan pelbagai jenis acara sebelum ini, saya yakin festival kali ini akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para pengunjung. Mereka bukan sahaja boleh makan tapi terdapat pelbagai aktiviti serta konsert yang akan dijalankan
Sementara itu, pastinya aktiviti-aktiviti seperti paintball, soopa doopa, neon light, electronic beam dan fun run akan menjadi tumpuan ketika acara itu dilangsungkan.

Lebih mengujakan apabila terdapat juga program ketuk-ketuk, mini zoo, night of fright, pesta kopi, pameran kerjaya dan konsert yang pasti buatkan pengunjung teruja untuk hadir memeriahkan acara.

FestStar FoodFest dijangka akan berlangsung pada 25 hingga 31 Disember bermula jam 11 pagi sehingga 12 malam bertemoat di TF Mart, T aiping, Perak.

Selain itu, buat peniaga-peniaga yang berminat untuk sertai acara ini sebagai penjual boleh hubungi 013-4194285 atau emel pada shanlatika@gmail.com.

Pihak FestStar Influencer Entertainment menggalakkan kehadiran peniaga-peniaga di luar sana untuk bersama-sama menjana rezeki dengan menambah pendapatan semoena hujung tahun ini.

Jom Dapatkan Pakaian CNY 2025 di AEON

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2025 AEON Malaysia telah menampilkan pelbagai rekaan dengan warna-warna fresh yang bakal menjadi trend dan pilihan masyarakat Malaysia.


Bertemakan elemen 满 (kemewahan), koleksi CNY adalah mengambil inspirasi tahun 2025  iaitu Tahun Ular iaitu simbolik kepada pembaharuan, cita-cita dan kemakmuran.

Koleksi CNY 2025 Tokidoki x AEON
Tahun ini AEON telah bekerjasama dengan label tokidoki, jenama gaya hidup yang cukup dikenalindi seluruh dunia.


Untuk info koleksi  CNY AEON tahun ini telah menggabungkan elemen ceria bersama tradisi serta mengekalkan konsep relevan serta kesesuaian untuk bergaya di kalangan masyarakat Malaysia.

Menampulkan karektor berwarna-warni dan corak berani memberikan sentuhan segar kepada oversized tees, samfu dan aksesori. Sesuai digayakan oleh golongan muda dan sedondon sekeluarga.

Simone Legno, Pengarah Kreatif tokidoki,
Kami sangat teruja untuk membawa pesona ikonik tokidoki kepada koleksi CNY AEON. Bersama-sama, kami mencipta gabungan tradisi dan gaya kontemporari yang meraikan musim dengan cara yang baharu dan menarik.
Ditawarkan pada harga mampu milik bermula darinRM49 hingga RM199.

Pratonton Fesyen CNY 2025 AEON
Pratonton Fesyen CNY 2025 AEON menampilkan beberapa koleksi dari jenama in-house terbaik yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan AEON.




Antaranya seperti Scar, Plus Collection, Arcadia, Crème, Guys’ Vision (GV) dan ti:zed.

Scar
Koleksi ditawarkan dari RM49 hingga RM199. Koleksi ini sememangnya sangat cantik dan rekaan yang up-to-date.

Plus Collection
Rekaan fesyen untuk mereka yang berbadan besar. Ini membuktikan fesyen tidan kenal saiz badan. Semua berhak bergaya.

Arcadia
Pelbagai pilihan pakaian bercorak dengan fabrik yang cukup selesa. Harga yang ditawarkan dari RM69 hingga RM159.

Crèm
Peminat fabrik jacquard dan chiffon dengan percikab rona merah mawar dan monokrom klasik pasti teruja.
Harga adalah dari RM69 sehingga RM199.

Guys’ Vision (GV) dan ti:zed
Pakaian khas untuk lelaki warna merah, emas, dan biru navy. Ditwarkan dari saiz S hingga 2XL dan harga bermula RM29 hingga RM139

Jom Raikan CNY 2025 Bersama AEON
Raikan Tahun Baru Cina dengan koleksi AEON yang dapat menyerlahkan pesona anda di musim perayaan. 

 
Dengan pilihan pakaian yang kepelbagaian, rekaan menaeik dan up-to-date serta  harga mampu milik menjadikan pembelian di AEON cukup bernilai.

Kunjungi pasaraya AEON terdekat atau dapatkan dari atas talian di www.aeonretail.com.my