Kempen Pink Wobbly Breast Odyssey

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Oktober Pink), jenama mentega kacang semula jadi terkenal, JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama “Pink Wobbly Breast Odyssey”


Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) dihadiri lebih daripada 100 tetamu yang terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, kolaborator, ahli media dan pencipta kandungan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara sambil menyokong inisiatif kesihatan payudara MAKNA.


Antara nama-nama terkenal yang hadir adalah Timbalan GM MAKNA, En. Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi. Di pelancaran kempen, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang kaca Jobbie merah jambu yang direka khas dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”. 

Setiap balang menampilkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk berwarna merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang menghidap penyakit ini. Untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan diderma kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, demi membantu menyediakan sumber maklumat dan rawatan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara.


Nama kempen ini diilhamkan daripada dua elemen utama yang berkaitan perjalanan kanser. Perkataan “Wobbly”melambangkan kerentanan yang dihadapi ketika memerangi kanser payudara, sementara “Odyssey mencerminkan perjalanan unik dan penuh keberanian setiap orang yang menghadapi penyakit ini. Ini selaras dengan matlanat JOBBIE untuk menyebarkan kegembiraan  dan memperjuangkan kualiti hidup yang lebih baik.


En. Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE menjelaskan, kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan 'Pink Wobbly Breast Odyssey' menggalakkan semua orang untuk menyebarkan pengetahuan, menyokong pesakit dan menyumbang kepada penyelidikan dan jawatan kanser payudara.
Di JOBBIE, kami percaya bahawa sebagaimana mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin
menyebarkan sedikit harapan, semangat dan sokongan kepada pejuang dan pemandiri kanser payudara melalui inisiatif ini. Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih baik dan lebih sihat, dan pada masa yang sama mengilhamkan rakyat Malaysia untuk peka terhadap penyakit yang bukan sahaja
memberi kesan kepada pesakit tetapi juga keluarganya. Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan komuniti dan penjaga pesakit untuk menyokong satu sama lain dan mengambil kesihatan payudara dengan serius.
Acara pelancaran menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan yang menyarankan rejim holistik untuk penjagaan kesihatan payudara. Para tetamu menikmati sesi yoga yang menegaskan kepentingan kesihatan mental bagi mereka yang hidup dengan kanser. Pameran Wobbly Breast Hall of Fame turut menampilkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobby Breast. 


Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara percuma, disediakan oleh penaja kami, Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2).

Kanser payudara merupakan bentuk kanser nombor satu di kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 32% daripada semua kanser yang dikesan dalam wanita. Risiko menghidap kanser payudara meningkat dengan usia dan berlaku dengan lebih kerap di kalangan individu berusia 50 tahun ke atas.


Malangnya, kebanyakan kes dikesan lewat, dengan hampir separuh kes dikesan pada Tahap 3 atau Tahap 4, apabila pilihan rawatan lebih terhad dan peluang untuk bertahan hidup menurun. 

Statistik ini menekankan kepentingan pengesanan awal dan saringan berkala, terutamanya bagi wanita berumur 40 tahun ke atas, demi meningkatkan peluang rawatan dan mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit ini.

Acara pelancaran kempen turut menampilkan pakar kesihatan dan pemandiri kanser untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser.

Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan.

“Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka.

 Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara. Dalam peranan kami dalam ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan, dan dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan. 


Adalah penting bagi wanita untuk mendapat
maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat. Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal kata Dr Haliz.

Pengacara, pemandiri kanser dan aktivis Choo Mei Sze berkongsi pengalaman dan kejayaannya sendiri
mengharungi kanser, memberi dorongan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama. 
Perjuangan menentang kanser merupakan perjalanan yang sunyi dipenuhi dengan suka duka terutamanya pada usia muda, jadi menerima sokongan dari keluarga dan orang tersayang sangat penting
Kuncinya adalah untuk bersemangat dan berfikiran positif serta mengambil langkah untuk mengurus penyakit dengan maklumat yang betul serta rawatan. Saya amat berbesar hati untuk menyertai inisiatif ini dan berkongsi perjalanan peribadi saya dengan harapan dapat mengilhamkan mereka yang sedang memerangi pertarungan mereka sendiri.
Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif “Pink Wobbly Breast Odyssey” Jobbie, sila lawati
www.jobbienutbutter.com.

Generali Malaysia Lancar Festival Pertama untuk Meraikan Budaya & Warisan Itali

Generali Malaysia dengan bangganya membawa segala yang menarik dari Itali ke Malaysia dengan Festival Del Leone—meraikan budaya, makanan, kesejahteraan dan komuniti Itali, dari 25 hingga 27 Oktober 2024 di Piazza Level 3, Pavilion Bukit Jalil. Digelar sebagai 'Festival Singa', acara luar yang mengujakan ini merupakan festival Itali pertama yang dianjurkan oleh Generali di Malaysia, menyebarkan semangat watak jenamanya yang kuat dan berani – Leo the Lion. 
  

Sepanjang tiga hari, festival ini akan menampilkan hampir 150 gerai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, menawarkan pelbagai pilihan produk Itali dan tempatan termasuk masakan yang lazat, stesen kopi dengan haruman menyegarkan, serta hasil seni dan kraf yang unik. Sebagai sebahagian daripada komitmen Generali untuk menyokong PKS tempatan, festival ini akan memberikan mereka platform untuk mempamerkan produk mereka, mengukuhkan dedikasi Generali untuk memperkasakan dan memupuk pembangunan usahawan Malaysia.


“Di Generali, kami amat berbangga dengan asal usul Itali kami, dan Festival Del Leone ini merupakan peluang yang terbaik untuk kami membawa sebahagian daripada Itali ke Malaysia, di samping menyokong komuniti, artis-artis serta syarikat perniagaan tempatan. Acara ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadi Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai, terlibatdengan komuniti, serta mencipta pengalaman yang bermakna bagi semua yang turut serta,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia. 


Festival ini akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua, termasuk peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan watak jenama Generali iaitu Leo the Lion, serta jualan lukisan Mona Lisa yang akan dihasilkan oleh 30 artis tempatan dengan versi unik mereka sendiri berdasarkan karya terkenal tersebut. Semua hasil daripada jualan akan disalurkan kepada Yayasan Generali Gemilang, sebuah yayasan amal yang berusaha untuk mengatasi jurang pendidikan bagi kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan di Malaysia. 



Antara aktiviti lain yang menarik termasuklah bengkel membuat piza dan pasta, bengkel seni espreso dan latte, serta bengkel melukis topeng Venetian untuk kanak-kanak. Selain itu, para pengunjung boleh memanfaatkan daripada pemeriksaan kesihatan asas percuma yang disediakan oleh rakan NGO Generali, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, penyaringan BMI, di samping demonstrasi kesedaran kanser payudara bagi menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Sebagai tanda penghargaan, pelanggan Generali Malaysia boleh menikmati diskaun eksklusif di gerai vendor yang terpilih dengan menunjukkan Aplikasi Mudah Alih GeneraliMY atau portal MyGenLife mereka.


Acara kemuncak festival ini ialah pertandingan yang memberi peserta peluang untuk memenangi dua tiket penerbangan pergi-balik ke Itali, dilindungi oleh insurans perjalanan Generali Malaysia. Untuk menyertai, pengunjung perlu menyelesaikan beberapa cabaran menarik di pelbagai stesen, mengumpul cap pada poskad mereka, dan menghantar kapsyen kreatif di stesen yang terakhir.


Festival Del Leone terbuka untuk semua, dan kemasukan adalah percuma. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, lawati laman Facebook dan Instagram rasmi Generali Malaysia.

TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di MyTOWN Kuala Lumpur

Ultraman kembali beraksi di bumi Malaysia bersempena dengan TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 yang kini sedang berlansung di Central Town, Aras Bawah, Pusat Beli-Belah MyTOWN Kuala Lumpur.


Untuk info, TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES berlansung selama 10 hari iaitu bermula dari 18 Oktober sehingga 27 Oktober 2024, 10 pagi sehingga 10 malam .

Saya sendiri berkesempatan menghadiri ke majlis pembukaan acara TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di hari pertama. Memang sangat meriah, ini kerana di ruang legar berdekatan kawasan pameran sudah kelihatan ramai peminat setia Ultraman berbaris panjang menantikan booth jualan figurine esklusif Ultraman dibuka jualan pada jam 12 tengahari.

Persembahan Ultraman Bertarung Dengan Rakaasa
Apa yang lebih menarik Ultra Hero terbaharu iaitu Ultraman Arc betsama rakan Ultraman yang lain akan membuat penampilan esklusif dalam sesi persembahan di atas pentas untuk menewaskan raksasa jahat..


Kita akan dapat lihat kemunculan Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed, begitu juga dengan watak raksasa jahat yang ikonik.


Saya dan rakan-rakan sempat menonton persembahan ini. Jujur saya katakan persembahan ini memang sangat menghiburkan. Persembahan selama 20 minit, sarat dengan aksi yang cukup mendebatkan. Bayangkan jika kita warga dewasa sudah cukup terhibur apatah lagi kanak-kanak yang menjadikan Ultraman sebagai adiwira
mereka.

Jadinya peminat Ultraman jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan pada 19 Oktober, jam 1 petang.


Manakala persembahan ulangan dijadualkan pada hujung minggu bulan Oktober iaitu pada 19, 20, 26 dan 27. Persembahan secara LIVE pada jam 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang untuk setiap tarikh. (Jadual ini juga pada perubahan tanpa notis awal) 

Beramah Mesra Dengan Ultraman
Disediakan juga Sesi Ramah Mesra iaitu acara bergambar bersama Ultraman Arc dan Zero sejurus selepas setiap persembahan tamat. Namun begitu bagi melayakkan menyertai aktiviti ini, peminat perlu berbelanja  sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts. Bagaimanapun, tiket Sesi Ramah Mesra adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. 


Saya juga antara peminat bertuah kerana dapat bergambar dengan Ultraman Arc dan Zero. Seronok! Sekali-sekala kita kembali kepada dunia kanak-kanak yang sentiasa mengagumi usaha Ultraman bebas dari serangam dan kuasa kejahatan raksasa.

Patung Ultraman Bersaiz Manusia
Alang-alang berada di sini jangan lupa merakamkan kenangan dengan bergambar bersama  patung Ultraman Arc dan Ultraman Blazar yang bersaiz manusia (anggaran dalam 2 meter tingginya). Ianya terletak di bahagian kiri dan kanan pintu masuk utama TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES.



Koleksi Terbaru Ultraman
Sslain itu, kita juga boleh melihat secara dekat figura terbaharu daripada Tamashii Nations. Ada juga pelbagai pilihan figura Eksklusif Tamashii Spot yang boleh kita lihat dari pameran di TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES.


Jom ramai-ramai kita datang ke MyTOWN KL bagi memeriahkan  acara di TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES .

Kaleidoscope VII Mempersembahkan Dunia ke Malaysia!

Alami kehebatan kuasa alat muzik percussion di Kaleidoscope VII: HANDS Intenational Drumming Festival yang bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Oktober ini. Di bawah tema Gendang Sedunia, acara gemilang ini akan menggabungkan pemain dram dari tiga negara yang mempersembahkan kepelbagaian irama bertenaga yang bakal menyatukan kita semua. 


Sejak diperkenalkan pada 2009, Kaleidoscope telah menghimpunkan pemain percussion bertaraf dunia dari lebih 13 negara untuk memberikan kepelbagaian ekspresi budaya kepada rakyat Malaysia. Tradisi ini diteruskan untuk tahun 2024 dengan penampilan kumpulan terkenal dari China dan Indonesia. Dengan lebih seratus penghibur, ekstravaganza berdurasi dua jam ini akan membawa penonton merentasi sempadan dari tempat duduk mereka.

Simfoni Kepelbagaian Budaya
Pemain-pemain percussion terkenal yang didatangkan khas dari seluruh dunia akan mempersembahkan kepelbagaian tradisi muzik mereka di Kaleidoscope VII.

Kumpulan Gendang Chongdaoyuan Jiangzhou dari China, sebuah unit warisan budaya terpelihara terkenal negara tersebut, akan menambat hati penonton tempatan dengan alat percussion tradisional mereka yang unik, bakal membawa para pendengar ke dunia melodi masa silam. 


Gamelan Yuganada dari Indonesia, diketuai oleh komposer I Wayan Sudirana, akan mempesonakan pendengar dengan kehalusan bunyi gamelan Bali. Persembahan "Pesu Mulih" mereka bakal mengalunkan perincian irama dan keharmonian muzik tradisional ini. Lagu ini merangkumi falsafah gamelan Bali iaitu keseimbangan asimetri, di mana kuasa-kuasa yang bertentangan digabungkan untuk mewujudkan keharmonian.

Irama Tempatan Di Pentas Dunia
Kumpulan percussion Malaysia sendiri juga akan memeriahkan pentas acara ini dengan mempamerkan bakat mereka yang tersendiri. Hands Percussion akan memecah sempadan percussion dengan komposisi asal yang inovatif bertajuk "Re-percussion." Karya hebat ini memberi perspektif baharu pada signatur kumpulan ini dengan elemen percussion yang dibina semula dengan rujukan kepada asas ekspresi irama. 


Rhythm in Bronze, ensembel gamelan kontemporari Malaysia yang telah banyak meraih anugerah, akan memikat hati penonton dengan persembahan "Samudra Vasane" dan "Suntuk Masa” yang bertenaga. Ia akan menggamit pendengar untuk merenung sejenak akan keindahan alam semula jadi dan peredaran masa.

Lagi citarasa tempatan, Sri Maayakarar akan menyemarakkan pentas dengan persembahan Urumi Melam yang bertenaga, menggabungkan irama Tamil lama dengan rentak moden. 


Persembahan kumpulan dan artis tempatan yang lain juga akan memeriahkan pentas acara dengan gaya muzik mereka yang memukau dan tersendiri. Antaranya, Akademi Ajurnasukma, San Percussion, Dhiya Suhaili, dan Leslie Ali.

Kemeriahan Sambutan Irama Sedunia
Kaleidoscope VII bukan sekadar konsert; ia turut meraikan perpaduan dalam kepelbagaian. Dengan menghimpunkan pemain dram dari budaya dan latar belakang yang berbeza, festival ini membuktikan bahawa bahasa muzik itu adalah universal dan kuasa luar biasa irama yang mampu menyatukan manusia dari segenap lapisan masyarakat.

Jadual Persembahan:
- 19 Okt (Sabtu) 8 malam
- 20 Okt (Ahad) 11:30 pagi & 4:30 petang

Sertai kami di Zepp Kuala Lumpur untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan. Untuk tiket, sila layari Cloudjoi dan cari "HANDS INTERNATIONAL DRUMMING FESTIVAL - KALEIDOSCOPE 7 GENDANG SEDUNIA."

The best outfit ideas with shapewear dresses for fall

During fall, we can say that fashion start with its annual transformation. The color palettes get dominated by richer colors. Layers play a huge role, as well as cozy textures. For those who want to stay stylish and accentuate their silhouettes, there’s a shapewear style that should be an essential in their closets.

This key component, is the shapewear dress. This type of dress combines the functionality of shapewear with fashion-forward designs. You get both function and form with them.

The following are a few of the best outfit ideas if you want to use a shapewear dress as a foundation. You can use them for sophisticated evening looks as well as for casual weekends. You’ll learn how to make the most out of them.

 


Combining sweaters and dress
Fall is a synonym of sweaters, and if you combine them with a shaper dress, you’ll get a cozy and chic outfit. In this case your dress should offer light compression, to subtly smooth your silhouette. Layer it with a chunky and oversized knit sweater on top. You’ll get a effortless and laid-back look.

This is a combination that balances out the structured shape of the dress but also provides comfort. For a little elegant touch, make sure you pair them with knee-high boots. A wide-brimmed hat or scarf are the right accessories. Perfect for weekend brunch with friends, casual strolls or even running errands.

For this season, stick to earthy or neutral tones, for a more natural fall aesthetic. Don’t be afraid to play with textures. Some will add depth to your overall look. If you want a more fitted look, tuck the sweater into the dress using a belt. This will define your waist.

 


Layers with trenches or long coats
During fall, when temperatures drop, outerwear is essential. A shapewear dress with body shaper shorts is perfect for a layered look with coats or trenches. The streamlined silhouette of the dress will provide a sleek foundation that allows you to wear bold outerwear without bulks.

Tailored trenches are always a perfect match. They’ll elevate your look and the cinched waist will emphasize the smooth shape that your dress created. This is an ideal pairing for formal settings, like evening outings or office wear. Classic pumps or heeled ankle boots will complete your look. You can also add a statement bag.

For an effortlessly chic look consider monochromatic outfits. Match your coat with your dress color. Your coat should also have structured shoulders to balance the silhouette created by the dress. You can also add a thin belt to define your waist more and enhancing your hourglass shape.

Pairing it with casual denim jackets
If you are looking for a more relaxed but still trendy fall outfit this is ideal. This will give a casual edge to a form-fitting shaping dress. And it also becomes perfect for everyday wear. The denim jacket will give a laid-back and rugged feel. And the shapewear dress will keep the polished figure under.

 

This outfit goes perfect with ankle boots or sneakers, depending on the vibe you choose. Consider switching up the jacket styles. One option are fitted denim jackets for tailored looks. Another, for a more off-duty and relaxed style are oversized ones.

For casual daytime outfits, use simple accessories like minimal jewelry or a crossbody bag. Consider adding some layers like a beanie or scarf. This will add style and warmth if the weather gets cooler. To transition this outfit from day to night, you can change the sneakers to heeled booties and add statement jewelry.

 

Blazer chic
If you want to achieve a more sophisticated look, pair your shapewear dress with a tailored blazer. This is the perfect combination for professional environments. Also, if you want to look sharp and elegant on nights out. The dress will create a seamless and smooth foundation and the blazer will add a professional touch and structure.

For a more cohesive look, choose a well-fitted blazer that should complement the shape of the dress. Using a belt over it can give you an hourglass figure. It will also draw attention to your waist and elongate the body. You can also add pointed-toe heels to enhance the chic aesthetic.
 


This is a very versatile outfit that you can wear for dinner with friends, to the office and even to some formal events. In this case, your blazer should come in fall colors. If you feel a bit adventurous, try a piece with velvet or leather accents for a more luxurious look. And keep the accessories sleek and minimal.

 

Miliki Rumah Kediaman di Irama Sendayan 2 dan Jalani Gaya HIdup Yang Diinginkan

Miliki Rumah Kediaman di Irama Sendayan 2 dan Jalani Gaya HIdup Yang Diinginkan- Tidak dinafikan memiliki rumah kediaman idaman memang menjadi impian setiap orang. Apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Setiap ruang, dekorasi, pilihan warna, fasiliti dan keselesaan menjadi perkara yang penting dan perlu diberi perhatian.

Kediaman impian bukan sahaja perlu menepati citarasa bahkan pada masa yang sama kita boleh jalani gaya hidup sepertimana yang kita mahukan. Namun untuk memiliki keduanya secara serentak bukanlah mudah sebenarnya.

Contohnya kita ingin jalani gaya hidup seperti pergi bercuti, menikmati hidangan enak di restoran esklusif bersama yang tersayang, beriadah di pusat rekreasi terbaik dan semuanya memerlukan kos juga. Jadinya kemungkinan besar kita perlu mengenetepikan gaya hidup yang kita mahukan dan hanya mampu memberi tumpuan kepada memiliki rumah idaman.

Rekaan Terbaik Rumah Kediaman Irama Sendayan 2
Irama Sendayan 2 yang dibangunkan oleh Matrix Concepts terletak di kawasan strategik seluas 69 ekar di persimpangan Bandar Sri Sendayan. Untuk info kawasan perumahan di sini semakin berkembang di bandar Seremban dan memberi banyak potensi hebat kepada pemilik pada masa akan.

Berstatus hakmilik kekal, Irama Sendayan 2 dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026. Unit kediaman yang mempunyai keluasan diantara 2,142 hingga 2,311 kaki persegi dengan saiz lot 20'x70' dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasan yang dapat memberi keselesaan terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga. dan juga dapat memenuhi keperluan gaya hidup yang berbeza setiap pemilik kediaman,


Rekaan dalaman di setiap unit kediaman Irama Sendayan 2 ini memang mementingkan keselesaan penghuni kediaman. Contohnya seperti halangan dinding yang rendah bagi memudahkan pergerakan penghuni didalam rumah.

Dengan halaman bersaiz 4 kaki atau 9 kaki memberi alternatif kepada pemilik kediaman samada untuk membuat tambahan ruang dapur atau menambah ruang yang lebih peribadii, ruang santai dan sebagainya.

Aksesesibliti dan Kemudahan
Antara faktor lain mengapa projek perumahan Irama Sendayan 2 menjadi pilihan adalah disebabkan aksesibiliti yang cemerlang. Ini terutamanya akses untuk ke kawasan perniagaan, sekolah, dan sebagainya. Oh ya! Jarak ke KLIA hanya dalam 30km sahaja.

Ianya juga terletak berhampiran dengan d’Tempat Country Club yang dibina di atas 6.33 ekar landskap hijau. Kelab rekreasi yang mesra keluarga ini menawarkan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan untuk penduduk Sendayan 2.


Suasana perumahan di sini sangat tenang dan cukup privasi. Memiliki kawasan rekreasi dan taman permainan membolehkan setiap penghuni kediaman melakukan aktiviti santai seperti riadah, piknik dan sebagainya.


Tidak perlu khuatir dari segi  aspek keselamatan memandangkan kawasan perumahan di Irama Sendayan 2, dikelilingi pagar anti panjat (Hi-Sac Fencing) dan komuniti berpengawal yang akan mengawasi 24 jam.


Apa yang pasti Irama Sendayan 2 adalah pilihan terbaik bagi kita yang mencari rumah kediaman impian dan pada masa yang sama boleh jalani gaya hidup sepertimana yang diinginkan.



Untuk lebih info boleh layari https://www.iramasendayan2lifestyle.com/

Eka Heights Menawarkan Kediaman Yang Dapat Memenuhi Gaya Hidup Terkini

Eka Heights Menawarkan Kediaman Yang Dapat Memenuhi Gaya Hidup Terkini - Kediaman di Eka Heights bukan sekadar rumah bahkan ianya lebih daripada itu. Ia merupakan kediaman yang dapat memenuhi gaya hidup masyarakat hari ini. Dikelilingi persekitaran kehijauan yang tenang dan juga kemeriahan suasana hidup bermasyarakat menjadikan kawasan kediaman Eka Heights adalah pilihan yang terbaik terutamanya pada pembeli rumah pertama yang mencari rumah impian mereka.

Projek kediaman Eka Heights yang dibangunkan oleh Matrix Concepts ini merangkumi lebih 371 ekar hartanah di Seremban Barat. Eka Heights juga telah membuktikan dengan kejayaan jualan Presint 3 dan Presint 10 dalam masa yang singkat menjadikan Eka Heights menjadi pilihan ramai.

Sebanyak 3,620 unit kediaman ditawarkan dengan pelbagai rekaan dan susun atur, yang dapat memenuhi setiap gayahidup dan saiz keluarga. Manakala terdapatnya 25 unit komersial dengan menawarkan barangan runcit dan pelbagai lagi.

Pembangunan Strategik
Pembangunan Eka Heights terletak di lokasi yang strategikiaitu terletak di Seremban dan berdekatan perbandaran Bandar Sri Sendayan & Bandar Enstek dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dengan adanya aksesibiliti cemerlang memudahkan penduduk Eka Heights menjalani urusan harian mereka, samada ke tempat kerja dan sebagainya.

Selain itu Eka Heights juga terletak di dalam kawasan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) iaitu koridor pembangunan baharu di Negeri Sembilan. Ini secara tidaklansung dapat menambah nilai hartamah Eka Heights, infrastruktur terbaik dan peluang pekerjaan.

Taman Mageka – Kehijauan Alam Semula Jadi di Depan Pintu Kediaman

Penduduk Eka Heights juga boleh bersantai di Taman Mageka yang berkeluasan 15.5 ekar. Kawasan rekreasi kehijauan yang mesra keluarga untuk datang beriadah bersama-sama, 


Taman Mageka terletak di tengah-tengah Eka Heights. Di situ terdapatnya oasis hijau seluas 15.5 ekar yang yang membolehkan penduduk berkumpul untuk berehat, bermain dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.


Terdapatnya tasik seluas 8 ekar, taman permainan dan kemudahan rekreasi yang menyokong gaya hidup aktif, seperti berbasikal, berjoging dan pelbagai lagi.


Sistem Keselamatan Terbaik
Keselamatan terbaik menjadi keutamaan di Eka Heights. Bagi mereka yang berkeluarga khususnya pasti tidak akan risau dengan keselamatan ahli keluarga mereka. Ini kerana Eka Heights dikelilingi pagar dan juga dilengkapi dengan pondok pengawal yang mengawasi 24 jam.  

Antara projek kediama Eka Height yang masih dibuka jualannya adalah ferra dan meora. Butiran mengenai kediaman di presint ini boleh dirujuk pada foto di bawah.

Ferra Eka Heights

Meora Eka Heights

Untuk lebih info dan pertanyaan boleh klik pada pautan  Matrix WhatsApp Business Account:


guardian Sambut Ulang Tahun Ke-57, Kembangkan Usaha Untuk Memupuk Kecantikan dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-57 operasinya dengan pelbagai aktiviti yang memantapkan komitmennya terhadap kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:


• Kempen Pink October dijayakan secara kolaborasi bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk meningkatkan kesedaran, memperluaskan akses, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perjuangan menentang kanser payudara.

• Pelancaran jenama kecantikan dan kesejahteraan eksklusif baharu di stor-stor guardian Malaysia di seluruh negara dan dalam talian, yang bakal disusuli dengan acara kemuncak rasmi akhir bulan ini di guardian The Exchange TRX bagi meraikan tawaran baharuyang menarik ini.


• Promosi eksklusif diskaun 57% untuk pembelian item kedua untuk lebih 3,000 produk, ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian sepanjang bulan ini.

Melalui inisiatif ini, guardian Malaysia menyasarkan untuk mengingatkan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan kesejahteraan dan kecantikan diri mereka.


Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, menegaskan:
Kecantikan luaran dan kesejahteraan dalaman menuntut penjagaan secara harian. Ini termasuk pengetahuan tentang apa yang baik untuk anda dan kemampuan untuk mengakses ‘pilihan produk kecantikan dan kesejahteraan yang tepat’.
Pink October: guardian Malaysia Pertingkat Perjuangan Menentang Kanser Payudara

Kanser payudara kekal sebagai kanser #1 yang menjejaskan kaum wanita di Malaysia, dengan 1 dalam 19 wanita yang didiagnosis. Disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan kadar pengesanan awalyang rendah - terutamanya di kalangan isi rumah berpendapatan rendah - hampir separuh daripada keshanya disahkan pada peringkat akhir (Peringkat 3 dan 4).

Ini mengakibatkan kadar survival 5 tahun yang rendahiaitu 66.8%, di mana ia lebih rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Singapura (79%), Korea Selatan (92.6%), dan Jepun (96.2%).

Pengesanan awal adalah penting dalam memerangikanser payudara. Dengan kerjasama bersama Kundaldan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), guardian Malaysia akan memperkenalkan kit pemeriksaan payudara Pink Glove eksklusif.

Kit ini mengandungi sarung tangan gosok dengan langkah-langkah pemeriksaan sendiri, dua botol mandian badan, dan satu skrub badan, dijual pada harga RM23.88.


Untuk setiap kit Pink Glove yang terjual, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada NCSM bagi menyokong usaha-usaha pendidikan, kesedaran, dan program pengesanan awal kanser payudara.

Selain itu, 10,000 kit Pink Glove akan diedarkan oleh NCSM kepada wanita yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah UrusanNCSM, berkata:
Kami berterima kasih kepada guardian Malaysia di atas usaha untuk menambah baik akses kepada pemeriksaan sendiri kanser payudara. Kit Pink Glove, yang digabungkan dengan kempen kesedaran, sumbangan, dan agihan kepada wanita kurang berkemampuan, menawarkan pendekatan yang holistik dalam menangani kanser payudara merentasi semua demografi.
Sepanjang bulan Pink October, guardian akan menjalankan kempen digital bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pengesanan awal, termasuk video oleh Dr. Tan Gie Hooi, Pakar BedahPayudara & Onkoplastik, mengenai kepentingan pengesanan awal.

Selain itu, NCSM akan menganjurkan sesi informatif mengenai kesedaran kanser payudara di guardian The Exchange TRX dari 21 hingga 27 Oktober 2024, diikuti dengan kempen pendidikan dan saringan yang menyasarkan komuniti kurang berkemampuan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

Istimewa Oktober: Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu di guardian Malaysia

guardian Malaysia terus memilih susun jenamakecantikan dan kesejahteraan terbaik untuk pelanggankami. Sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun ke-57, kami akan melancarkan lebih daripada20 jenama baharu dan eksklusif bulan ini 
tambahAnna.

Jenama-jenama baharu ini akan tersedia di stor fizikal dan dalam talian mulai minggu pertama bulan Oktober 2024.


Parti Ulang Tahun Oktober: Diskaun 57% - Untuk bulan Ini Sahaja!


Bagi meraikan ulang tahun ke-57, guardian menawarkan diskaun 57% untuk item kedua untuk lebih 3,000 produk terpilih sepanjang bulan Oktober2024.


Maklumat mengenai produk yang ditawarkan boleh didapati secara dalam talian di e-katalog guardianbaharu atau melalui aplikasi dan eStore guardian di www.guardian.com.my.

Sebagai reaksi terhadap permintaan yang semakinl meningkat untuk pembelian dalam talian, guardian Malaysia juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran e-katalog baharunya - cara yang lebih nudah dan menarik untuk pelanggan meneroka pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikankami.

E-Katalog interaktif ini direka untuk meningkatkan pengalaman melayari, menjadikannya lancar dan mesra mudah alih. Dengan penampilan yang segar dan moden, e-katalog ini menampilkan elemen interaktif di samping menghubungkan pengguna secara langsung ke platform e-dagang Guardian untuk pembelian yang mudah dan tanpa masalah.

Ini merupakan bulan yang mengujakan buatpelanggan kami! Kami mengajak semua orang untuk meraikan ulang tahun kami dengan menikmati produkhebat pada nilai yang tiada tandingan, di samping menyokong kempen kesedaran kanser payudara kami bersama NCSM. Kami berharap kejayaan dalammemupuk kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ini kekal untuk 57 tahun lagi
 jelas Annamengakhiri.

PENGALAMAN LEBIH DARIPADA PC DENGAN HUAWEI MATEPAD PRO 12.2-INCI

Selepas pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci yang baru-baru ini di Kuala Lumpur, ramai rakyat Malaysia teruja untuk memiliki tablet berkuasa ini yang dapat mempermudahkan kehidupan harian mereka. Sama ada anda menguruskan kerja, tugasan sekolah, atau projek kreatif, peranti canggih ini membantu anda menyelesaikan semua dengan mudah. HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci bukan sekadar tablet; ia direka untuk memberi pengalaman “Lebih Daripada PC”. Melalui inovasi ini, Huawei bertujuan menjadikan tablet sebagai pengganti yang mampu menggantikan komputer tradisional.

Mendefinisikan Semula Multitasking dengan Pengalaman Lebih Daripada PC
Gaya hidup rakyat Malaysia semakin pantas dan penuh dengan multitasking, dan HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membolehkan peralihan tugas yang lancar. Bayangkan anda sedang mengedit video untuk tugasan sambil membuat penyelidikan – semuanya hanya menggunakan satu peranti. Atau bayangkan menguruskan e-mel kerja semasa berulang-alik, kemudian dengan mudah beralih untuk menyediakan pembentangan untuk mesyuarat seterusnya. HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membawa pengalaman seakan komputer riba ke mana sahaja, sambil mengekalkan kemudahan dan keselesaan untuk kekal produktif sepanjang hari.

Meningkatkan Produktiviti di Hujung Jari Anda
HUAWEI Glide Keyboard direka untuk menyelesaikan masalah biasa pada tablet seperti ketiadaan storan stylus khusus dan pengecasan. Dengan rekaan inovatif 2-dalam-1 untuk storan stylus & keyboard bagi HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, stylus akan dipasangkan dan dicas secara automatik apabila disimpan, memastikan ia sentiasa sedia digunakan walaupun selepas tempoh lama. Ini menghapuskan kerumitan mengurus aksesori stylus yang berasingan dan mengelakkan kehabisan kuasa apabila diperlukan.


HUAWEI Glide Keyboard juga meningkatkan aliran kerja dengan ciri pelarasannya yang fleksibel, sesuai untuk menaip dan tugas kreatif. Semasa menggunakan tablet untuk melukis, keyboard akan kekal terangkat di atas pad sentuh, memberikan kestabilan tanpa mengganggu gerakan atau lakaran. Diperbuat daripada bahan yang lembut pada kulit, ia direka untuk tahan lasak termasuk terhadap tumpahan teh, kopi, atau minyak masak, menjadikannya sesuai dan selesa untuk kegunaan harian.


Mengubah Tugas Harian Menjadi Kecemerlangan Tanpa Usaha
HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci membawa produktiviti ke tahap baru dengan WPS Office setara PC, menawarkan antaramuka seperti PC dan alat penyuntingan yang hebat. Pengguna boleh beralih dengan mudah dari PC ke tablet tanpa perlu menyesuaikan cara kerja mereka, hasil reka bentuk menu yang intuitif. Ciri-ciri seperti memasukkan video dalam Presentation, Pivot Table dalam Spreadsheet, dan header serta footer khusus dalam Writer mempermudahkan aliran kerja dan menjadikan pengurusan tugas kompleks lebih efisien.


Sama ada anda seorang pelajar yang membuat laporan mendalam atau seorang profesional yang menangani pembentangan, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci memastikan pengalaman yang lancar dan efisien dengan semua alat yang diperlukan untuk menghasilkan dokumen berkualiti profesional.

Dimana Keunggulan Bertemu Keselesaan dengan Paparan Tandem OLED PaperMatte
HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci dilengkapi dengan paparan Tandem OLED PaperMatte yang menakjubkan, dengan kecerahan sehingga 2,000 nits yang memberikan warna yang terang dan kejelasan untuk penstriman, membaca, dan pembentangan. Teknologi lapisan piksel nano yang canggih memanjangkan jangka hayat paparan tiga kali ganda, manakala lapisan pengasingan piksel mengoptimumkan kecekapan kuasa sebanyak 33%, memastikan visual yang jelas walaupun di bawah sinaran matahari.

Dengan nisbah kontras ultra-tinggi 2,000,000:1, resolusi 2.8K, dan nisbah skrin-ke-badan yang mengagumkan sebanyak 92% dengan bezel 4.6mm yang ultra-nipis, paparan ini memberikan pengalaman yang sangat imersif. Kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 480Hz memastikan prestasi yang lancar untuk melukis, bermain, atau membaca.

Direka untuk mobiliti, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci yang ringan dan tahan lasak sesuai untuk sesi kuliah, sesi brainstorming, dan mesyuarat. Tambahan pula, teknologi PaperMatte mengurangkan silau dan meningkatkan keselesaan mata, dengan Sijil Premium Prestasi Keletihan Visual Rendah SGS 2.0. Tersedia dalam warna Premium Gold yang elegan, tablet ini memiliki penutup belakang Golden Silk yang unik, menetapkan standard baru dalam reka bentuk tablet.

GoPaint Malaysia Creating Activity 2024
Aplikasi GoPaint yang dibangunkan oleh Huawei telah mendapat pujian ramai untuk pelbagai jenis berus dan alatnya, menawarkan fleksibiliti kreatif kepada pengguna. Dengan pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci, aplikasi ini memperkenalkan Fluid Brush baru yang meniru gabungan semula jadi pigmen seperti dakwat dan cat air, menyesuaikan kesannya dengan tekstur kanvas untuk aktiviti seperti melukis dan kaligrafi.



Untuk meraikan pelancaran ini, Huawei memperkenalkan GoPaint Malaysia Creating Activity 2024, satu pertandingan seni digital peringkat kebangsaan yang akan berlangsung dari 12 Oktober hingga 31 Disember 2024. Peserta boleh mempamerkan kreativiti mereka dalam kategori seperti Seni Sci-fi, Reka Bentuk Fesyen, dan Batik, dengan pemenang akan menerima HUAWEI Watch GT5 terkini. Dilengkapi dengan pelbagai fitur, HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci adalah peranti ideal untuk artis yang ingin mengekspresikan diri melalui seni digital.

Tawaran Eksklusif Pelancaran
Dari 12 Oktober hingga 11 November 2024, pelanggan yang membeli HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci (Premium Gold) pada harga RM4,599 akan menikmati bundle hadiah eksklusif bernilai RM2,546. Tawaran hebat ini merangkumi HUAWEI Glide Keyboard, HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, HUAWEI Sound Joy, dan HUAWEI Bluetooth Mouse. Selain itu, mereka yang membeli secara dalam talian juga akan menerima baucar tunai tambahan sehingga RM300. Untuk membuat pesanan, kunjungi mana-mana HUAWEI Experience Store, Laman Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, atau Kedai Flagship HUAWEI di Lazada.

Untuk maklumat lanjut, kemas kini terkini atau promosi mengenai HUAWEI MatePad Pro 12.2 inci, sila layari Laman Rasmi HUAWEI, halaman Facebook rasmi HUAWEI, atau Instagram.

Festival of Drum and Percussion Malaysia Bakal Berlangsung 7 Disember 2024

Festival of Drum and Percussion Malaysia merupakan festival muzik yang penuh dengan warna-warni, dengan pelbagai alat muzik seperti Drum, Gendang dan Perkusi yang bersatu mencipta irama dan bunyi (Rhythm & Sound) yang merangkumi berbilang budaya dan harmoni.


Menerusi Festival of Drum and Percussion Malaysia yang bakal berlangsung selama satu hari kita dapat menyaksikan acara-acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi Interaktif dalam pelbagai Genre, Persembahan Drumline, serta sebuah Gala Konsert "All-Star Show" yang mengagumkan.



Antara artis dan pemuzik yang terlibat termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa'ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis DiRajaMalaysia dan jemputan khas lainnya.

Objektif utama Festival of Drum and Percussion Malaysia dianjurkan adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, serta menyumbang kepada industri kreatif Malaysia selain meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel, dan persembahan.
Oleh yang demikian, kami selaku penganjur juga menganjurkan Gala Konsert "All-Star Show" yang merupakan Kolaborasi dan Gabungan Persembahan ModenDrum, Latin, World & Etnik Percussion, dan Malaysia tradisional percussion, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk mempamerkan kepada semua bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu terus disokong dan dibanggakan
dari Jin dari JS Music.

Festival yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor ini akan bermula dari 10 pagi sehingga 11 malam. Gala Konsert All-Star Show pula akan berlansung dari jam 8.45 sehingga 11 malam.

Terdapat pelbagai aktiviti lain termasuklah  pameran dan jualan alat muzik, demostrasi produk, "mini games", "busking & jamming" dan cabutan bertuah, turut berlangsung serentak.

Dua kategori tiket iaitu Festival Pass dan Tiket Konsert dijual kepada pengunjung. “Pemegang "Festival Pass" akan dapat menikmati keseluruhan Festival, termasuk makan malam yang disediakan.
“Tiket konsert pula sesuai untuk sesiapa yang hanya berminat untuk menyaksikan Gala Konsert sahaja.

Datang ramai-ramai dan sokong muzik tanah air kita!