COEX
Insomniacks
Misha Omar
Dato' Siti Nurhaliza
Amy Search
KEPCI Music Fest adalah malam yang penuh bermakna di mana potensi muzik untuk menyatukan orang terseriah melangkaui jangkaan, bahkan juga dapat mencipta memori yang tidak dapat dilupakan.Dato' Siti Nurhaliza
Persembahan memang cukup bertenaga dari semua artis yang terlibat diikuti dengan sorakan dan nyanyian bersama-sama dengan penonton yang hadir. Memang sangat happening! Apatah lagi dengan lagu-lagu dari penyanyi otai sehinggalah artis yang baru mencipta nama.
Kepci Music Fest 2023 bukan sekadar pesta muzik, bahkan pesta makanan KFC juga. Seronok dapat lihat penonton yang hadir tidak kira bangsa dan usia, bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur.
Penghibur legenda Datuk Amy Search meluahkan rasa teruja,
KEPCI Music Fest bukan sahaja tempat dendangan muzik; ia adalah bukti kolektif perpaduan dan kasih sayang tanah air, dengan sentuhan KFC yang menggiurkan menjadikannya lebih istimewa.Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands, menekankan kepentingan festival itu dengan menyatakan,
Ketika kami menyambut lang tahun KFC ke-50 menghidangkan citarasa tercinta Malaysia, Kami dingatkan bahawa kejayaan KFC bukan sekadar resepi kami sahaja; bahkan ia sebuan, kisah kasih sayang yang berkekalan dan kesetiaan keluarga Malaysia yang luar biasa kami. KEPCI Music Fest adalah penghargaan yang tulus ikhlas kami dan kami tidak sabar untuk memikat selera anda dan berkongsi detik-detik istimewa anda untuk tahun-tahun yang akan datang.

I singgah jap kat blog u ;)
ReplyDelete