Jom Belajar Skil Baru Bagi Tingkatkan Kemahiran Diri

Jom Belajar Skil Baru Bagi Tingkatkan Kemahiran Diri- Jemu duduk rumah, jadinya saya telah mempelajari satu skill baru daripada https://ilearnfromcloud.com/  . Walapun agak baru tetapi kursus yang ditawarkan agar menarik juga.. Kiranya sambil kita duduk kuarantin di rumah ada juga benda baru yang boleh asah dan belajar.


Laman web juga sangat mesra pengguna. Untuk setiap pautan memang ada penjelasan yang jelas. Dan ianya dibahagikan mengikut menu kursus yang ditawarkan. Bagi saya agak kemas dan teratur. Walapun saya pertama kali explore sudah jelas kursus apa yang ditawarkan di https://ilearnfromcloud.com.

Antara kursus yang ditawarkan (sehingga hari ini) adalah seperti berikut:-
  • From Rate Race to F.I.I.R.E
  • Your Key to Solving Problems Quickly
  • The Art of  Problem Solving
Apa yang menarik semua kursus yang ditawarkan memang akan dibantu secara personal oleh jurulatih yang berkelayakan. Kiranya adanya mentor dalam setiap kursus yang dihadiri.


Dan di dalam 3 kursus yang ditawarkan, saya telah memilih The Art of Problem Solving yang mana pakej yang ditawarkan berharga RM169 tetapi sekarang ada promosi hanya RM39 sahaja.


The Art of  Problem Solving
Setiap manusia tidak pernah lari dari masalah. Samada daripada sekecil-kecil isu sehinggalah besar yang boleh menyebabkan emosi kita terganggu. Antara apa yang saya belajar dari kursus yang ditawarkan (The Art of Problem Solving) adalah bagaimana kita dapat menangani masalah yang dihadapi kepada motivasi yang perlu ada dalam diri.


Di dalam kursus The Art of Problem Solving ada 7 topik yang diperbincangkan (lessons). Setiap satu memang akan dihuraikan secara terperinci dan padat. Penulisan yang sangat baik dari Mr FC Hong.


Apa yang kita akan pelajari dari kursus The of Problem Solving by FC Hong
  • Ketahui bagaimana kita mengenal pasti dan membezakan masalah yang dihadapi dengan pantas.
  • Belajar untuk mengemukakan soalan yang tepat dan mencari punca masalah yang dihadapi.
  • Memahami dan cari cara mengatasi masalah yang dihadapi.
  • Ketahui faedah kewangan dari penyelesaian masalah yang cepat.
  • Ketahui 7 langkah yang terbukti untuk menyelesaikan masalah dan menyelesaikan masalah dengan cepat dan cekap.

Siapa yang sangat disyorkan untuk mengikuti kursus ini?
  • Mereka yang mempunyai sifat positif
  • Orang yang berhasrat untuk mmendapat pendapatan yang tinggi
  • Orang yang mahu memimpin.
  • Orang yang berhasrat untuk lebih berjaya.
  • Orang yang mahukan lebih banyak  perkara yang dicapai dalam hidup.
  • Orang yang ingin nasib baik.
  • Orang yang ingin mengawal.
  • Orang yang ingin menguasai seni kemahiran menyelesaikan masalah.
  • Mereka yang mempunyai sifat negatif
  • Orang yang mudah stres atau gelisah.
  • Orang yang marah kerana sedikit masalah.
  • Orang yang hilang arah (lost).
  • Orang yang baru kehilangan pekerjaan.
  • Orang yang mempunyai masalah kewangan sekarang.
Saya suka dengan pendekatan Mr Hong yang meletakkan setiap bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu bermula dengan 5 W (Why, What, When, Where, Who) dan kita selesaikan dengan cara 1H (How) .

Mr Hong juga ada menggariskan beberapa contoh yang mana kita boleh keluarkan setiap satu poin pada permasalahan yang kita hadapi. Memang nampak lebih jelas dan lebih bersistematik.



Kita juga dibantu dalam mengkaji kebarangkalian faktor-faktor yang memungkinkan kita tidak bertindak sepatutnya. Dalam hidup memang kita kena buat tindakan. Seperti Mr Hong ada cadangkan, kita perlu menggariskan apa yang kita perlu lakukan dalam tempoh tertentu - 30 hari, 90 hari dan seterusnya. Pastikan kita mencari terus solusi yang ingin kita dapatkan. Jangan diam dan tidak bertindak. Ini kerana ianya boleh memakan diri sendiri.

Selesai program saya diberikan sijil penghargaan kerana berjaya melengkapkan kursus yang ditawarkan.

Secara peribadi apa yang saya boleh kongsikan, kursus seperti ini bagus terutama bagi mereka yang sentiasa mahu meningkatkan potensi kemahiran dalam diri. Dengan bantuan pembelajaran yang lengkap, mudah difahami dan personal mentor membantu lagi kita untuk maju ke hadapan. Selain itu, sikap optimis dan positif juga dapat dipupuk melalui menyertai kursus atas talian seperti yang ditawarkan di https://ilearnfromcloud.com/.


Untuk keterangan lanjut boleh layari:
Youtube: https://www.youtube.com/c/iLearnFromCloud

#ilearnfromcloud #smartlearning #QuitTheRatRace #MindMapping101 #ArtOfProblemSolving


xoxo,

9 comments:

  1. Menarik harga tawaran untuk kursus nie. Ilmu tu sangat diperlukan ye tak. Harapnya Rawlins tak terlampau fatique untuk hadir sebab dah banyak sangat mesyuarat/ persidangan dalam talian kena hadir nie. Huhu

    ReplyDelete
  2. Cool information. This course sounds good to participate. I want to participate it too. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. so much to learn and to improve... wish to participate too and learn for a better future!

    ReplyDelete
  4. Wah, byk juga diskaun yg dibagi. Murah giler. Memang berbaloi ni. Lagipun tak salah kalau nak menambah ilmu macam ni kan 🤗

    ReplyDelete
  5. Saya setuju sangat,ilmu seperti ni memang kita perlukan! Yelah dalam keadaan tak menentu ni, elok sangat kita upgrade diri di samping belajar mengurus kewangan, kan!

    ReplyDelete
  6. Bagus juga ni kursus macam ni.. kalau tak kita pun tak tau masa depan nanti nak buat apa, tak laa rasa kalut kang bila pencen...

    ReplyDelete
  7. Kursus like that is great, everyone should have the ability to adapt and change.

    ReplyDelete
  8. bae pun join kursus FIRE tu, memang banyak ilmu yang dapat belajar. serius bestt

    ReplyDelete
  9. Bagus la course ni kak pulak2 zaman minda, mental n fizikal kita diuji dgn pandemik ni kannn

    ReplyDelete

Sharing is caring...