Diskusi Bersama Beaconhouse Dalam Memahami dan Menyokong Emosi Anak-anak Yang Perlu Kembali Ke Sekolah

Diskusi Bersama Beaconhouse Dalam Memahami dan Menyokong Emosi Anak-anak Yang Perlu Kembali Ke Sekolah- Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai satu diskusi bersama Beaconhouse Malaysia secara atas talian. Untuk pengetahuan semua, Beaconhouse Malaysia merupakan kumpulan sekolah swasta antarabangsa terkemuka yang mempunyai beberapa cawangan di Malaysia. Perbincangan adalah menjurus kepada topik bagaimana peranan ibubapa serta guru dengan mengambil berat dan saling bekerjasama dalam memahami serta menyokong emosi anak-anak yang perlu kembali ke sekolah.


Menurut Sherlin Chang, Penolong Pengurus, Pendidikan Awal Beaconhouse Malaysia,
Children are now just coming back to school after nearly one year of learning from home and while there have been plenty of conversations about their physical safety more must be said and done with regards to their mental and emotional wellness.

Kestabilan mental dan emosi kanak-kanak adalah secara langsung berkait dengan kemampuan mereka untuk belajar dan berkembang baik dari segi akademik dan juga sosial. Apabila mental dan emosi mereka tidak stabil secara tidak langsung menjejaskan pembelajaran mereka di sekolah.

Tambah Sherlin lagi;
Children have gone through a lot over the past year and this has had a detrimental effect on their mental and emotional state. The prolonged time at home coupled with the very sudden switch to being back at school full time can have a compounding effect on their state.

Didalam perbincangan, Sherlin turut  menyatakan bahawa anak-anak mudah cenderung berasa terasing dan ingin melepaskan diri setelah terperangkap didalam rumah pada jangka masa yang lama. Selain itu mereka juga akan mula rasa tidak selesa dan tidak betah untuk berjauhan dengan keluarga memandangkan mereka telah menghabiskan hampir setahun belajar dari rumah. 

Seperti yang dialami oleh saya sendiri. Di mana anak saya sukar untuk bangun awal pagi. Mereka juga menikmati hidangan sarapan dan makan tengahari mengikut waktu yang mereka suka dan selesa. Tidak seperti di sekolah yang mempunyai peraturan dan waktu rehat untuk menikmati hidangan yang seperti ditetapkan.

So while things are now starting to change – as students head back to school, for some children and parents this could be just the beginning of their problems. As they leave the comfort of home and head back to what must feel like a completely alien environment, stress could be a major factor. This is why it is so vital for teachers and parents alike to pay attention to the signs that children are undergoing some form of mental or emotional stress
tambah Sherlin.

Jadi apabila mula kembali ke sekolah. Anak-anak pasti ada rasa sedikit tekanan terutama dari segi penyesuaian diri dengan jadual waktu sekolah dan aktiviti yang perlu disertai.

Antara tanda biasa yang dtunjukkan oleh kanak-kanak yang mengalami tekanan seperti:-
  • Anak akan menangis berjam-jam lamanya.
  • Selera makan menreka menjadi berkurang
  • Kurang motivasi atau terlalu bersemangat.
  • Menunjukkan tingkah laku yang mengganggu rakan yang lain termasuklah seluar yang kerap basah, kurang beri tumpuan dan sebagainya.
Nampak seperti gejala biasa tetapi hakikatnya jika dibiarkan ianya boleh menjadi depresi dan tekanan dalam diri anak-anak.
Disruptive behaviour may not only be a sign of stress. It could also be a holdover from bad habits picked up whilst at home. Children can be increasingly restless, constantly moving around class or wanting to leave to go to the toilet.
Some children may be unable to focus in class or feel extra sleepy. This is likely due to changing sleep patterns over the course of the past year. As children did not have to travel to school, most could wake up later which in turn meant sleeping later at night as well. This is something parents will have to monitor and adjust gradually to get children back into their normal school routine.
Sementara itu Pemangku Pengetua, BNEY Ampang, Rachel Khong menyatakan bahawa kesan daripada pandemik memang memerlukan perubahan dalam pendekatan pendidikan biasa yang boleh mempengaruhi perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak.


Di mana kanak-kanak biasanya suka bergaul tetapi dengan pandemik ini kita harus mengambil langkah berjaga-jaga yang bertentangan dengan sifat kanak-kanak semulajadi ini. Mereka mesti berada dalam jarak satu meter dan ini sukar terutama bagi anak-anak yang lebih kecil. Maka peringatan secara berterusan diperlukan. Secara tidak langsung ini juga mempengaruhi perkembangan mereka secara keseluruhan kerana salah satu cara utama kanak-kanak berkembang adalah melalui pergaulan sosial.

Beaconhouse percaya bahawa penglibatan ibu bapa dan guru adalah penting dalam memantau dan memberi pendidikan dari segi tingkah laku anak.. Disyorkan juga untuk meluangkan sedikit masa bercakap dengan anak dan keraplah bertanya tentang hari yang mereka lalui setiap hari. Ketahui apa yang mereka rasakan dan fikirkan. Jadilah pendengar yang baik. Melalui pemerhatian didapati kanak-kanak sebenarnya lebih terbuka untuk berbicara dan berkongsi apa sahaja sekiranya kita mendekati mereka dengan baik dan ikhlas.


Rachel juga menekankan bahawa pendekatan komunikasi terhadap anak-anak adalah sangat penting. Ini boleh membuatkan mereka lebih rasa selamat, dihormati dan bermotivasi.Contohnya seperti "Saya bangga kerana anda boleh lakukan", "Wah! Hebatnya" dan pelbagai lagi.

Menurut Rachel kanak-kanak juga harus diberi lebih banyak pilihan dan mendengar suara mereka dalam menyatakan pendapat masing-masing. Sekaligus memberi anak kemampuan membuat pilihan yang sihat dan sekaligus meningkatkan harga diri serta pemikiran logik mereka.
Our role as educators and adults are to enable these environments be empowering children with choice
Didalam pembelajaran kurikulum di Beaconhouse turut mengambil berat tentang pembentukan samada tingkah laku yang boleh diterima dan tidak dapat diterima. Sekembalinya pelajar ke sekolah dengan pengalaman dan perspektif baru, sekolah perlu membuat persediaan strategik dalam peralihan pelajar kembali semula ke sekolah. 
Any transition should be done carefully and gently. Adopt some of what made learning from home special and integrate that with more conventional school methods. Most importantly parents and teachers must have open lines of communications to collectively address the issue
tambah Rachel. 

Nah! Betapa pentingnya kita memahami dan mengambil berat emosi anak-anak sekembalinya mereka ke sekolah. Gabungan antara ibubapa dan guru sangat membantu pihak pentadbiran sekolah untuk menguruskan anak-anak terutama di waktu pandemik ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Beaconhouse Malaysia boleh layari: www.beaconhouse.edu.my

Diskusi Bersama Beaconhouse Dalam Memahami dan Menyokong Emosi Anak-anak Yang Perlu Kembali Ke Sekolah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 06, 2021 Rating: 5

18 comments:

  1. benda-benda camni bagus sebab bagi didikan kepada kitr dan anak-anak. nampak remeh tapi sebenarnya sangat berguna kan!

    ReplyDelete
  2. kalau adults boleh lah nak adjust kalau ada perubahan tapi kanak-kanak ni memang agak sensitif. Bagusnya Beaconhouse ambil inisiatif ni untuk bantu parents

    ReplyDelete
  3. Bukan anak kecil je ayu...yg sekolah menengah ni pun kena tune masa dia. Selalu tidur lambat dah kena tidur awal sikit. Tapi i sokong usaha macam Beacon ni. Membantu juga kita para ibu bapa nak beri info yang bermanfaat!.

    ReplyDelete
  4. Hahahaha bila baca artikel ni. Aiiiii kecik-kecik emo nak pi sekolah. School bukannya ada monster. Kak, semua anak-anak yang bersekolah dari tadika sampai sekolah menengah takmo ke sekolah. Merempan takmo keluar. Alasannya sebab COVID-19. Tapi kau duk rumah takmo belajar. Kalau ibu mati, macam mana anak nak survive? Ilmu bukannya boleh repeat bila usia 20 tahun baru nak start. Kita dah ada guidelines belajar di sekolah rendah sampai mana. Sekolah menengah selesai sampai exam SPM. Dan seterusnya. Buat ibu jadi hijau je nak explain berkenaan education. Kita ni umur dah banyak. Risau sangat.

    ReplyDelete
  5. Betul.. emosi anak-anak kita kena amik berat, jika kita endah tak endah, tu le jadi sikap anak memberontak..

    ReplyDelete
  6. Bab emosi anak ni bukan mudah handle. Dan kita lak ramai parents yang ambik mudah. Kesian anak-anak membesar tak kuat mental fizikal, kelak kita jugak yang terima padahnya. Bagus Beaconhouse bagi awareness

    ReplyDelete
  7. Bagus la Beaconhouse ni.. Bukan focus pada syllabus sahaja tapi juga EQ development of the kids kan..

    ReplyDelete
  8. Bagusnya bila baca artikel ni.. Byk input psl anak... Tempat yg bagus kt Beaconhouse ni.. Paling tidak parents tahu apa yg patut dilakukan bila ank semakin membesar

    ReplyDelete
  9. bagus juga beacon ni. kalau anak anak nampak seronok, maknanya takde masalah la tu. parents kena selalu perhatikan emosi anak anak

    ReplyDelete
  10. Tips yang bagus untuk para ibu bapa supaya lebih peka dengan kesihatan mental dan emosi anak2. Ada dalam kalangan kita ni masih kurang kesedaran sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. Betul tu. Jangan ingat parents je tertekan emosi bila anak-anak di rumah dan rasa lega bila anak-anak dah kembali ke sekolah. Emosi mereka sangat lembut dan perlu difahami serta dirawat agar tidak terluka.

    ReplyDelete
  12. hmmmm tiba tiba rasa parenting is hard sebab sekarang kita yang adults pun kena belajar emosi dan jaga mental anak anak kan.. heeeee... tu yang kena buat jadual bila boleh anak anak main gajet heeeeee

    ReplyDelete
  13. it's so interesting to read about the perspective of beaconhouse on this matter. thanks for sharing them!

    ReplyDelete
  14. Beaconhouse is very well-known and i m glad that they have such informative discussion session.

    ReplyDelete
  15. We Introduce Bomber Jackets In United State With Premium Quality Leather Used In Making Leather Jackets
    San Francisco Team Of Decade NFL Niners Gameday Satin Jacket

    ReplyDelete
  16. your article is well written and simple to understand. you make excellent points. Thanks for the blog…

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.