Dumpling Kings Berkaloborasi Bersama Phuture Daging Menghasilkan Dumpling Daging Berasaskan Tumbuhan

"Malaysia's First Plant-Based Dumpling Outlet"!!

Woot woot!

Dumpling Kings sememangnya cukup popular dengan hidangan dumpling terbaik kini berkaloborasi bersama Phuture Daging pengeluar hidangan inovasi daging yang berasaskan tumbuhan telah membuka outlet pertama di Malaysia "Plant-Based Dumpling" (Daging Berasaskan Tumbuhan).


Dan saya bersama rakan media yang lain berkesempatan mencuba keenakan masakan ini di satu sesi pengenalan hidangan dumpling terkini mereka di Le Food Cafe. Dumpling “Daging Berasaskan Tumbuhan” yang saya cuba adalah dari 2 jenis iaitu goreng dan stim dari 4 varian iaitu cendawan (mushroom), pedas (spicy), kucai (chives) dan kimchi.
Dumpling Chives with Japanese Pearl Rice

Dumpling mushroom
My feveret 🧡

Dimpling Kimchi

Dumpling Chilies

Dumpling mushroom with handmade ramen

Steamed Dumpling with chilies 

Sides dish: Chilles Cucumber & potato Slices, Chilled Peanut Beancurd Carrot, Korean Kimci dan Spicy Sour Kelp.

Walaubagaimanapun memang sangat direkomenkan menikmati “Daging Berasaskan Tumbuhan” bersama Dumpling King Signature ginger soy sauce, cuka dan juga minyak cili yang sememangnya sangat sedap,

Apa yang penting dumpling yang dihidangkan adalah semuanya HALAL dan SEGAR (disediakan secara fresh). Ini selari dengan misi Dumpling Kings sendiri untuk menawarkan dumpling terbaik yang boleh dinikmati semua kaum di Malaysia tanpa ragu yang mengambil kira larangan agama dan juga keperluan diet.

Produk yang dikeluarkan oleh Phuture Daging sememangnya diperakui halal dalam proses pembuatannya. Dan kerjasama ini sekaligus menyaksikan pembukaan outlet Dumpling Kings pertama di Malaysia yang menawarkan menu berasaskan tumbuhan sepenuhnya halal pada tahun 2020.

Lyn, pengasas bersama (co-founder) Dumpling Kings menyatakan; 

Our collaboration with Phuture Daging maximises nutritional values in our dumplings .
Moreover, our dough is handmade fresh by authentic dumpling chefs

Tidak dinafikan peningkatan permintaan dan kesedaran mengenai makanan berasaskan tumbuhan di Malaysia, terutamanya sejak Covid-19 pandemik telah memberi kesan kepada rangkaian logistik makanan, terutamanya peningkatan kebimbangan dari aspek kesihatan dan keselamatan makanan. Namun demikian, tawaran hidangan berasaskan tumbuhan adalah terhad dan sukar untuk didapati.

Untuk pengetahuan semua, Lyn dan Shawn merancang untuk pergi lebih jauh ladi bersama jenama Phuture Daging. Ini dengan memperkenalkan model francais bagi membuka peluang bagi usahawan muda di Malaysia. Kini mereka dalam proses merancang dan meningkatkan kerjasama bersama Phuture Daging pada tahun 2021 dengan memperkenalkan Dumpling Kings untuk usahawan muda yang berminat untuk menceburi sektor pemakanan ini.

Menurut Shawn yang juga merupakan pengasas bersama (co-founder) Dumplings Kings,
Consumers have increasing awareness and Malaysia’s enterprising youth are willing to build on this. With our best practices in sourcing, financing, and marketing in place and backed by the foodtech experts at Phuture Daging, we at Dumpling Kings can work with aspiring entrepreneurs to grow the local plant-based sector.

Turut hadir dalam majlis menandatangani perjanjian bersama adalah pengurus besar Phuture Daging, Datin Maziah Binti Omar yang turut menyatakan bahawa jalinan kolaborasi ini juga untuk mempertengahkan produk halal Phuture Daging yang merupakan penyelesaian daging berasaskan tumbuhan di pasaran Malaysia.
Jenama Phuture Daging iaitu daging berasaskan tumbuhan diproses sesuai mengikut piawaian halal, dan telah diawasi oleh Lembaga Penasihat Halal Phuture Daging yang diketuai oleh Pn. Norlia Binti Yusof.

Datin Maziah turut mengatakan, 

Phuture Daging's experienced R&D and culinary team will continue to support and assist Dumpling Kings to incorporate plant-based solutions into their menu As a Muslim consumer and dumpling lover myself, I often found options limited to products sold in the frozen foods section or the few halal eateries that sell dumplings.

Our partnership today offers new freshly-made dumpling offerings to Muslim consumers as well as health-conscious foodies. After all, halal is not just about religious obligations, but also encompasses high food standards, i.e quality, safety and health. All our ingredients are halal, sourced from local farms and processed in compliance with halal practices.

Dengan adanya dumpling yang intinya daging berasaskan tumbuhan (istimewa Vegan Meat Malaysia) membolehkan semua orang merasai hidangan hebat ini tanpa was-was, buat mereka yang pemakan sayuran sahaja (vegan), sedang berdiet dan juga muslim (kerana ianya HALAL).

Keterangan lanjut boleh layari,

Dumplings for All

14 comments:

  1. aha ini lah dia dumpling berasaskan tumbuhan tu...tapi tetap ada rasa daging kan...serius teringin nak cuba...

    ReplyDelete
  2. Wah, menariknya ada dumpling daging berasaskan tumbuhan macam ni. Macam mana ek rasa dia agaknya? Kalau makan macam ni sure sihat ni

    ReplyDelete
  3. wah teringin juga nak juga dumpling daging berasaskan tumbuhan ni. mesti sedap :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. dumpling is my most favorite ! hope available ni dekat penang soon

    ReplyDelete
  5. Teringin juga nak try... semoga mereka mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan seluruh Malaysia... Tahniah DK dan Phuture Daging berjaya membuat kolaborasi yang hebat...

    Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  6. Menarik ni Dumpling Daging Berasaskan Tumbuhan.. iena suka makan dumping..nanti boleh la cuba

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan dumpling. Tengok dumpling mushroom tu rasa nak cuba juga lah. Mesti sedap.

    ReplyDelete
  8. Wow nampak menarik je dumpling berasaskan tumbuhan tapi rasa daging. Macam mana eh rasa dia?

    ReplyDelete
  9. amat menarik idea Plant-Based Dumpling tu.. memang terbaik kalau ada sos cicah yang sedap.. wife saya suka makanan mcm ni.. boleh rekomen..

    ReplyDelete
  10. Teringin nak rasa dumpling ni . Peminat makanan cina ni susah sikit . Nak cari yang halal tu payah. Ada yang halal ni nak beli lah nan ti

    ReplyDelete
  11. Sedapnya dumplings. Rasa mengidam balik nak makan dumplings. Hahaha. Kolabrasi yang bagus untuk kota yang nak jaga kesihatan. Bahan pun dari plant based.

    ReplyDelete
  12. Memang favourite yaya dumpling ni. Rasa curios pula nak rasa dumpling unik yang dikatakan plant based ni mesti sedap kan dan baik untuk kesihatan juga

    ReplyDelete
  13. Sedap tu Dumpling Daging Berasaskan Tumbuhan, blm pernah rasa lg

    ReplyDelete
  14. Dim sum memang makanan fav iza ni. Nak cari yang halal and sedap tu susah. Boleh la iza cuba yang ni nanti. Especially yang ada daging tu macam sedap je.

    ReplyDelete

Sharing is caring...