Butik Pameran Wirdora Kini Dibuka di Ampang | Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020

Wanita berhijab pasti sinonim dengan penggunaan pin (brooch) dan peniti tudung. Dan biasanya bukan hanya rekabentuk sahaja yang menjadi tumpuan bahkan kualiti juga menjadi keutamaan. Pin yang tajam sememangnya antara syarat utama bagi memastikan fabrik tudung tidak rosak kerana tercarik.

Pengenalan Kepada Jenama Wirdora
Wirdora, sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan barangan perhiasan wanita dan lelaki
menggunakan kristal Swarovski asli yang diimport dari Austria, hari ini melancarkan butik pameran baru mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur. Wirdora adalah Swarovski branding partner yang sah dimana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli ~ authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag dan no kod di mana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri.

Wirdora diasaskan oleh Puan Wirdalina Binti Tauhed pada bulan Mei 2017. Menurut Puan Wirdalina, pada awalnya beliau telah menceburi bidang penjualan tudung premium kanak-kanak. Dan pada ketika itu, beliau telah menawarkan satu pin tudung Swarovski dengan setiap pembelian tudung. Didapati pelanggan lebih berminat untuk mendapatkan pin tudung Swarovski yang ditawarkan. Sejak itu, beliau mendapat idea untuk mengeluarkan produk aksesori seperti pin (brooch) dan peniti tudung.

Puan Wirdalina seorang yang sangat teliti dan sentiasa mencari yang terbaik untuk produknya. Pelbagai negara dilawati untuk mencari kilang yang mampu memenuhi kriteria yang menghadilkan produk seperti yang beliau mahukan. Memang sangat mencabar kerana tidak banyak kilang mampu membuat pin yang tajam.

Untuk pengetahuan semua, Wirdora dimulakan oleh Wirdalina dengan kaedah home-based business kerana menyedari kekurangan jenama tempatan yang mengeluarkan aksesori wanita. Bermodalkan hanya RM200 pada walnya. Dan sedikit demi sedikit, tahun demi tahun, Wirdora mengorak langkah lebih jauh sehingga mampu mencatat jualan RM 1 Juta dalam masa setahun. Wow!!! Satu pencapaian yang cukup hebat.

Sehingga kini, Wirdora dikenali hingga ke Brunei malah telah berjaya membuat penampilan di pentas
berprestij London Fashion Week pada bulan Februari yang lalu. Wirdora adalah satu-satunya produk aksesori keluaran tempatan yang terpilih ke pentas peragaan berprestij tersebut.

Kategori Produk Wirdora
Terdapat dua kategori produk ditawarkan oleh Wirdora iaitu :-
  • luxe  series
  • standard series 
Bagi aksesori di dalam kategori luxe series, terdapat aksesori yang diberi sentuhan rhodium, 18k rose gold plated, 18k white gold plated berserta stainless pin. Setiap barangan Wirdora sememangnya dijamin kualitinya. Ianya:-

 Tahan karat
 Hypo allergenic
 Anti-tarnish
Produk-produk Wirdora juga menjalani ujian kualiti (QC) yang sangat ketat seperti ujian anti falls dan ujian ketajaman (pin). Bagi aksesori Wirdbora yang di dalam kategori luxe, ianya didatangkan dengan jaminan warant selama setahun dan servis selepas jualan.




Antara aksesori wanita keluaran Wirdora adalah kerongsang, pin tudung dan scarf ring. Saya difahamkan Wirdora juga mempunyai keluaran khas mengikut bulan (bertemakan warna) dan juga edisi istimewa raya.

Manakala buat kaum lelaki pula, Wirdora menyediakan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link. Sememangnya cantik-cantik butang baju melayu yang ditawarkan dan harga adalah mengikut saiz kristal Swarovski serta rekaan yang dipertaruhkan.

Faces of Wirdora 2020
Pada majlis tersebut, Wirdora turut melantik personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020.
Menurut Hawa beliau mula mengenali jenama Wirdora melalui kakak dan ibunya yang merupakan pengguna tegar jenama ini.Dan beliau sendiri membeli dan mencubanya sendiri dan ternyata Wirdora dapat memenuhi kehendak selain memudahkan beliau bersiap menyarungkan hijab.

Untuk kontrak adalah dalam tempoh 6 bulan. Dan pastinya Hawa akan semtiasa menggayakan produk Wirdora ketika beliau menyampaikan berita da juga ketika beliau bertugas bagai wartawan penyiaran.

Jom Ber-Wridora Di Hari Raya Ini
Jangan lupa untuk dapatkan produk Wirdora yang ditawarkan pada harga bermula dari RM18 sehingga RM350. Ianya boleh didapati secara atas talian (online) dan offline. Belian atas talian boleh didapati di:-

Laman web Wirdora :- https://wirdora.com
Laman web fashion valet :- https://www.fashionvalet.com
Instagram Wirdora :- @wirdorahq

Manakala pembelian secara offline boleh dibuat di kedai fizikal Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan juga IOI City Mall, Putrajaya. Produk Wirdora juga boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri.

WIRDORA
C16, 1, Jalan Ampang Utama 1/1, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 9 Pagi - 6 Petang
Sabtu & Ahad : Tutup
Sebarang pertanyaan berkenaan produk Wirdora, boleh juga menghubungi Puan Wirdalina di 019-274 1897

Produk Wirdora pelengkap gaya,
Kualiti terbaik kristal dari Austria,
Jom dapatkan untuk raya,
Pasti berseri-seri terserlah aura,

Butik Pameran Wirdora Kini Dibuka di Ampang | Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 16, 2020 Rating: 5

16 comments:

  1. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (469) 464-5833 (Chat Only)
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete
  2. wah wir dh melangkah lagi dgn WIRDORA plak...kenal wir melalui julia..tk silap dlu die bisnes tudung

    ReplyDelete
  3. Kalau cantik macam ni la, confirm pin brooch mommy tak kan hilang

    ReplyDelete
  4. Sekali pandang tak berkelip mata tengok, cantiknya swarovski tu dah satu hal, yang empunya tu pun alahaii manisnyaa rupa...Sis suka designnya laa, cantik, harga pun boleh tahan yekk..

    ReplyDelete
  5. cantik2nya la pin2 tudung tu semua.. ada juga yg shopping awal utk raya nnt kang...hihihi

    ReplyDelete
  6. Eh. Dalam gambar last tu, yang tengah-tengah tu ke model terbaru Wirdora? Letups ye rekaan dia

    ReplyDelete
  7. Cantik cantik brooch ni. Boleh la buat hadiah time raya nanti.

    ReplyDelete
  8. Ya memang cantik barang dia so pas ni klu nak brli pin ke skaf ring ke dah tau dah mana nak beli.

    ReplyDelete
  9. Memang cantik..naik berbling bling biji mata sis. Nanti nak kesana lagi..ingat nak beli sebarang 2 3 brooch n pin tudung

    ReplyDelete
  10. pernah beli, memang cantik. kena jaga betul2 yang ni sebab a bit pricey kan

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing! Although I will not be using any , but the collections are beautiful!

    ReplyDelete
  12. cantiknya. walaupun saya tak akan gunakannya, bolehlah saya beli nnti untuk hadiahkan pada mak atau girlfriend

    ReplyDelete
  13. Cantik semua koleksi wirdora ni. Harga pun berpatutan. Nanti nak usha la pin tudung dan scarf tudung nak pakai buat raya nanti

    ReplyDelete
  14. Cantiknya swarovski mengelip. Kalau ada se dua pun dah rasa elegant sgt2 ni. Harga pun nampak berpatutan.

    ReplyDelete
  15. baru tahu tentang jenama brooch Wirdora ni. not bad juga harga-harga dia ya sis.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.